Posted byTerbaikLaHon
Wednesday, June 5, 2013at8:11 AM
Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini dibuka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia. Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 bilion.
Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.
Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita. SUMBER
Aktor dan pengarah popular, Farid Kamil patah tulang bahu akibat terjatuh daripada motosikal mini Kawasaki KSR 110 yang ditungganginya pada Sabtu lalu.
Berita ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo, yang memberitahu tidak berkesempatan untuk melawat artis naungan syarikatnya itu, sebaliknya mendapat maklumat keadaan Farid dilaporkan stabil.
“Saya dimaklumkan, Farid jatuh daripada motosikal ketika menunggang di sebuah litar di Subang Jaya. Akibat kemalangan yang berlaku, Farid mengalami patah pada bahagian bahu dan dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
David Teo turut memberitahu aktiviti menunggang motosikal mini adalah sebahagian daripada hobi Farid.
Sementara itu, seorang teman Farid, Pablo, memberitahu dalam satu panggilan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan semalam bahawa suami kepada aktres Diana Danielle itu berada dalam bilik pembedahan bagi membetulkan tulang bahunya dan keadaannya dikatakan stabil.
Malah aktor berusia 32 tahun itu telah berpesan agar tidak memberi kenyataan lanjut tentang keadaan dirinya. SUMBER
Posted byTerbaikLaHon
Tuesday, June 4, 2013at4:13 PM
KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyimpan hajat untuk ke wilayah Gaza di Palestin bagi melihat sendiri keadaan negara itu yang telah diserang oleh rejim Zionis.
Siti, 34, berkata, hasrat itu sudah lama diimpikan selepas tersentuh melihat masyarakat Palestin terutama kanak-kanak yang hidup menderita dan berharap impiannya itu tertunai dengan segera.
“Sudah lama sebenarnya saya mahu ke Gaza bagi melihat sendiri kesusahan masyarakat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan.
“Bagaimanapun saya perlu berbincang dengan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dahulu untuk meminta izin daripadanya.
“Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (gara-gara ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu),” katanya.
Siti ditemui pada sidang media Majlis Minum Petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ di Hotel De Palma di sini, pada Isnin
Tambah penyanyi lagu Galau ini, walaupun mendengar pelbagai cerita menakutkan daripada rakan-rakan yang pernah ke negara itu, namun dia tetap nekad mahu menjejakkan kaki ke tanah Gaza selain bertawakal kepada Allah S.W.T agar tidka berlaku perkara yang tidak diingini.
Justeru itu, sebagai langkah membantu masyarakat Palestin, Siti bersama-sama kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.
Siti (duduk tiga dari kiri) dan kumpulan Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang ‘Rebuild Gaza For A Nation’ yang bakal berlangsung di Hotel De Palma Ampang pada 29 Jun ini.
Majlis tersebut adalah atas usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn Bhd, bagi mencetus kesedaran serta mengumpul dana membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk kerana serangan Zionis Israel.
Salah seorang ahli Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, majlis tersebut merupakan salah satu acara dalam merealisasikan enam projek khas Mapim untuk rakyat Gaza seperti membina semula rumah dan masjid, menyediakan rumah anak yatim, menaik taraf dan membina hospital, program tajaan pendidikan dan menyediakan modal (mikro kredit) kepada usahawan kecil.
“Kesemua projek ini memerlukan kos sebanyak RM30 juta bagi membantu penduduk Gaza. Tetapi untuk majlis minum petang ini ia merupakan sebahagian acara dalam mengumpulkan dana tersebut.
“Dewan hotel dapat memuatkan seramai 800 orang dan kami harap agar dewan penuh dengan jualan tiket RM1,500, RM 2,500 dan RM5,000 untuk satu meja. Sebahagian wang tersebut akan disumbangkan ke tabung berkenaan,” ujarnya.
Dalam pada itu sebuah program realiti masyarakat di Gaza yang memaparkan usaha pembangunan semula daerah berkenaan juga bakal diterbitkan.
Kemudian, ia akan disusuli dengan konsert Malam Kemuncak 5 Negara: Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini (tarikh belum ditentukan).
Acara kemuncak itu yang diadakan di Kompleks Space U8 Shah Alam akan turut diisi dengan segmen bersama aktivis Mapim yang berkunjung ke Gaza.
Sebelum ini, penganjur telah mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan, antaranya Makan Malam Amal Hospital For Gaza dan Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation, di Alor Setar, Kedah.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook di www.facebook.com/mapim dan www.mapim2u.com.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Dana Pembangunan Semula Gaza, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank: Tabung Gaza MAPIM 5582-2060-1374 dan BIMB: Tabung Gaza MAPIM 0801-3010-1007-5820. – mStar Online
KUALA LUMPUR – Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.
Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.
SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia. – BERNAMA
Kangar – Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu.
Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya.
Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan. – HARIAN METRO
Tentunya anda tidak mahu "love bite" menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan
pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah Fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit...! Darling_laling ada cara untk menghilangkannya....
1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (EyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
5) Boleh juga 'tutup' love bite tersebut dengan menggunakan 'concealer' yang sama warna dengan kulit. Selamat Mencuba! Kalau tak berhasil juga......lain kali jgn berani buat "love bite" lagi..
Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50-an S Shamsuddin atau dikenali dengan panggilan Sudin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut sumber anaknya Noredah.
Semoga jasa Allahyarham akan kita kenang sampai bila-bila dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin SUMBER