Nurul Dijampi Serah Dara

on Tuesday, June 11, 2013



Nurul Dijampi Serah Dara-Kalau dah terpukau dan cair dengan janji manis lelaki,mengaku sajalah,kenapa lagi nak adakan benda yang tak ada.Mungkin sebab nak cover malu.Jom baca cerita Hmetro hari ni.Cerita bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.
“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.
jampi dara Nurul Dijampi Serah Dara
NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.
“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,”

Cara Mereka Menipu Kamu Melalui Webcam


Hari ini saya dapat khabar berita yang kurang senang untuk dengari, apabila kawan saya di tipu di webcam.Dan bila di selidik rupanya yang webcam dengannya adalah seorang lelaki bertujuan menipu..  Hati-hati bila ada rakan yang mengajak anda chat ataupon webcam dan anda tidak kenali.Waspadalah bagi kalian yg sering chatting melalui webcam,berharap lepas nie tak ada lagi korban yang terkena..Tengok pic di bawah cara mereka melakukan penipuan.


Cara Buat Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahunpeperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawahSAPS muka 2 jenis peperiksaan
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

Blogger rugi RM350,000 kereta BMW dilarikan

(Kanan) Blogger BeautifulNara, Nazuwan.

SUNGAI BULOH – Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.



Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.

Video Dan Gambar Perompak Kedai Emas Ditembak Mati Di Kota Bahru


KOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.




Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya - myMetro

Saya macam bangkai bernyawa!


“Saya amat tertekan, malah pernah terfikir akan menjadi bangkai bernyawa. Bagaimanapun, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa kerana setakat ini doktor mengesahkan saya bebas daripada jangkitan HIV,” kata bekas suami kepada seorang penghidap HIV.


Hanya mahu dikenali sebagai Iskandar, 43, dia tidak menyangka wanita dikahwininya pada 2004 itu penghidap HIV selepas menemui surat kematian bekas suami kepada isterinya yang meninggal dunia kerana penyakit maut itu dan surat pengesahan doktor yang menyatakan bekas isterinya turut menghidap HIV.

Katanya, dia mengahwini wanita berusia 35 tahun itu tanpa menjalani ujian saringan HIV kerana tidak diwajibkan di Kelantan ketika itu.

“Sepanjang berkahwin, bekas isteri menyembunyikan bahawa bekas suaminya meninggal dunia akibat HIV. Saya juga tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada 2010 saya terjumpa surat kematian bekas suaminya yang meninggal dunia kerana HIV.

“Bukan setakat itu saja, saya turut menemui surat pengesahan doktor bahawa bekas isteri menghidap HIV. Ketika itu memang saya marah kerana berasa ditipu, tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.-metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

Budak Perempuan 13 Thn Lari Ikut Kekasih


MELAKA – Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu.


Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

“Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/