Posted byTerbaikLaHon
Wednesday, June 12, 2013at12:47 PM
Baru sejam dimuat naik gambar seksi Nelydia Senrose di sebuah pulau, kritikan dan tohmahan yang mengeji tindakan beraninya berkaitan gambar tersebut membuatkan laman facebook Nelydia bertambah panas hari ini.
Komen yang diterima dari peminat Nelydia yang rata-ratanya beragama Islam dan ada juga datangnya dari kampung yang sama, Bachok Kelantan menulis mereka malu melihat gambar tersebut.
Antara komen negatif yang diterimanya lagi ialah mereka meminta Nelydia jangan lagi memuat naik gambar seksi sebegini kerana hanya mengundang kritikan negatif yang boleh menjejaskan nama baiknya sebagai artis baru.
Tidak pasti pulau mana, tapi memang kelibat Nelydia bersama rakan-rakan bercuti bersama sambil menghayati keindahan alam yang kalau tengok gambar tempat tu memang superb!
seperti yang kita sedia maklum, website movie pirate berleluasa di internet, polis telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memuatnaik movie di internet dan akan didakwa di mahkamah.. baca dokumen ini untuk pengetahuan lebih lanjut.
Untuk mencari jalan alternatif untuk mendownload movie percuma, anda boleh mencari di filestube, rapidlibrary, dan jiwang torrent..
P/S: Admin terkejut bila ada kawan admin beritahu bahawa owner syok.org kene tangkap polis sebab movie.... admin baru je nak download Aku Terima Nikahnya 2012 Mkv tetapi website dah down... sedih betul!
SRI AMAN - Seorang bayi antara lima yang maut setelah sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba di sini semalam.
Keadaan mangsa di dalam kereta Kancil yang bertembung dengan lori simen
Bayi berusia setahun yang terkorban dalam kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu ialah Noraini Bagio, anak kepada Salbiah Minggat, 19, yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.
Empat lagi mangsa lain yang maut ialah pemandu kereta, Rachael Anak Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, dan Jamaah Ali, 42.
Santi dan Salbiah merupakan adik-beradik kembar. Jamilah merupakan kakak kepada adik-beradik kembar itu. Kelima-lima mangsa malang itu mati di tempat
Kelmarin memang dah lama menunggu untuk tengok rancangan mastercef selebriti dimana penulis ingin lihat scene rozita che wan menangis.. ingatkan dia menangis dia akan terkeluar minggu tu, rupanya dia nangis sebab Micle Ang yang terkeluar, bila lihat cara dia nangis tu rasa sedih pun ada, mungkin persahabatan mereka berdua sangat akrab sehingga RCW pun nak keluar sekali dengan Michael. Dalam dok nangis keluar satu ayat yang di nak berhenti memasak, katanya lagi I pun nak ikut u sekali.. I pun Stress.
Dalam keadaan begitu kawan kawan dok pakat RCW, tapi RCW dengan cara yang cute dia tu asik dok cakap xmau.. xmau.. i xnak masak dah .. kiut jer dengar…
Bagaimanapun aksi penyingkiran tetap diteruskan pada Michael Ang. RCW tetap teruskan perjuangannya. Walaupun Michael Ang tu mulut dia laser tapi boleh katakan dia pandai gak memasak malah nampak kreatif. Bubur lambuk yang dia tak pernah masak pun dia dah boleh memasak. Cuma rezekinya takat situ sahaja, Apapun Michael And dah menyumbang rm 7000 pada badan amal kebajikan..
Apapun rupanya RCW kata dia nak keluar bukan sebab stress berada didalam Masterchef Selebriti tu tapi dia baca komen komen dari Facebook. Dalam tu peminat dok kutuk kutuk pada Rozita Che Wan tu, tu yang dia tertekan tu.. Tak per RCW kekalkan cara penampilan tu yang penting masakan tu. kecantikan sewaktu memasak tu satu bonus jer pun..
Persoalannya hanya tinggal 5 sahaja peserta di Masterchef Selebriti Musim Kedua. Adakah Juara Masterchef Selebriti Musim Kedua ini pada Syura, Celina, Syanie, Kencana atau Rozita Che Wan. Kita tunggu!!!!
ps: bila tengok rozita che wan menangis rasa comel jer dan nampak tul manjanya, patutlah zain jatuh cinta padanya..
10 Model Kereta Turun Harga | Lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.
Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagaian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017. Menurut Institut Automotif Malaysia, penurunan harga kereta secara mendadak tidak dapat dilakukan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap harga kenderaan terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi perbankan yang memberi pinjaman. Berikut ialah senarai 10 model kenderaan yang turun harga:
Secara dasarnya sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%). Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan. Harga Terkini Selepas Penurunan 1-PEUGEOT 108 – 11% Dari RM115,663 ke RM102,888 2-VOLKSWAGEN GOLF – 7.1% Dari RM169,888 ke RM157,888 3-PERODUA VIVA – 5.4% Dari RM37,174 ke RM35,174 4-PERODUA MYVI – 4.0% Dari RM50,424 ke RM48,424 5-PROTON PERSONA – 3,8% Dari RM53,113 ke RM51,113 6-PERODUA ALZA – 3.4% Dari RM59,017 ke RM57,017 7-PROTON PREVE – 3.0% Dari RM72,990 ke RM70,895 8-HONDA JAZZ HYBRID – 2.5% Dari RM92,187 ke RM89,900 9-PROTON SAGA – 1.1% Dari RM41,811 ke RM41,362 10-PROTON EXORA – 0.7% Dari RM67,212 ke RM66,762
Mohd Farizal, pelajar UMT hina lagu Negaraku - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikenali Mohd Farizal mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya mengundang padah apabila pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri telah membuat laporan polis semalam.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak.
“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar. Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu.”
Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. SUMBER