Posted byTerbaikLaHon
Thursday, June 13, 2013at2:37 PM
Gambar yang seakan-akan tatu di lengan kanan suami kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani iaitu Sha’arin Razali telah menimbulkan persoalan di kalangan pengikut laman Instagram milik kedua-dua selebriti tersebut.
Walau bagaimanapun, Hani telah menerangkan bahawa itu bukanlah tatu kekal sebaliknya merupakan tatu inai boleh dihilangkan serta dibuang pada bila-bila masa.
Namun seperti biasa peminat mula mempersoalkan adakah tatu inai dibenarkan kerana kalau sekali pandang nampak seakan-akan tatu kekal yang biasa dilakukan oleh selebriti di Hollywood sekaligus perkara ini boleh mengundang fitnah kepada Sha’arin sendiri.
India terkenal tidak hanya dalam hal sejarah dan senibina yang indah, tetapi juga untuk karpet buatan tangan. Seni membuat benda - benda interior bermula sekitar tahun 1500 kerana maharaja Mughal yang telah membuat teknologi permaidani tenunan dalam budaya popular.
Ibu kepada pelakon Diana Danielle, Norsiah Ramli, 50, menerima dengan hati terbuka kenyataan berbaur sindiran dikeluarkan menantunya, pelakon dan pengarah Farid Kamil di laman sosial Twitter, Isnin lalu.
Norsiah ketika dihubungi berkata, dia enggan memanjangkan perkara itu walaupun kenyataan Farid menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini.
Norsiah Ramli ibu mertua Farid Kamil
“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.
Farid menerusi akaun Twitter pada Isnin lalu menulis kenyataan seolah-olah satu sindiran kepada ibu mentuanya itu. Dia dilihat memberi reaksi kepada pertanyaan bagaimana dia meneruskan kehidupan dengan ibu mentuanya itu.
Dalam hari yang sama menerusi Twitter, Farid turut membuat kenyataan dia sudah bersabar selama empat tahun dan ia dipercayai merujuk kepada kehidupannya dengan ibu mentuanya itu. Norsiah berkata, pada awalnya dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga dimaklumkan.
“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,” katanya.
Bagaimanapun, cubaan Harian Metro menghubungi Farid bagi mendapatkan komennya gagal apabila telefon bimbitnya ditutup. Terdahulu, pada Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan gambar memperlihatkan Farid mengucup bayi yang baru dilahirkan sehingga menimbulkan salah faham.
Dalam kenyataan balas, Farid menjelaskan bayi dalam gambar itu adalah anak saudaranya yang baru dilahirkan dan bukannya anaknya bersama Diana.

Hadiri Kursus Kahwin, Apa Status Sebenar Bront Palarae? - KL : Sebenarnya dah lama Murai Batu tertanya-tanya apa status sebenar Bront Palarae selepas ada seorang kawan Murai Batu memberitahu dia sebenarnya sudah berkahwin di luar negara dengan seorang wanita yang bukan dalam industri hiburan.
Malah, baru-baru ini Murai Batu didatangi dengan beberapa keping gambar yang telah memaparkan gambar Bront Palarae dan pasangannya menghadiri kursus kahwin di sebuah pusat akademi di lembah klang bertarikh 16 Jun hingga 17 Jun tahun lalu. Namun, Murai Batu sendiri tidak pula mengenali siapa gerangan wanita itu kerana menerusi gambar yang dikirimkan agak kurang jelas kerana dia memakai selendang. Tapi kelihatan seperti bukan orang di dalam industri. Lebih kurang setahun lalu lah maknanya Bront mengikuti kursus kahwin? Tak silap Murai Batu, kebanyakan orang yang menghadiri kursus kahwin ini pasti usdah bertunang dah sudah mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat. Murai Batu sebenarnya semakin keliru ketika ini kerana portal Murai sebelum ini juga pernah mengeluarkan sebuah artikel mengenai kenyataan Bront Palarae yang mengakui sedang bercinta dengan seseorang pada Ramadan tahun lalu dan tidak pula dia mengatakan sudah berkahwin atau pun akan berkahwin.
Tambahan pula, awal tahun ini kecoh apabila dia digosipkan bercinta dengan pelakon Cristina Suzanne apabila dilihat sering bersama ke mana-mana majlis hiburan. Bagaimana pun Murai Batu hanya berfikiran positif sahaja, mungkin Bront dan pasangannya mengikuti kursus kahwin itu hanya untu membuat persediaan awal sebelum berkahwin. Yelah setahu Murai Batu sijil kursus kahwin memang akan sah hingga bila-bila dan boleh digunakan beberapa kali bagi pasangan yang ingin berkahwin. Tapi jika benar Bront sudah berkahwin apa salahnya berkongsi dengan media dan peminat-peminat di luar sana. – Murai
YAMAN- Jumaat (07/06/13) Secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengundang kebanyakan rasa takut dikalangan penduduk tersebut, di mana mereka tidak pernah mendapat penjelasan secara ilmiah untuk fenomena aneh ini.
Penduduk yang tinggal di lingkungan al-Salam, kota al-Hodaidah, panik akibat meunculnya api dari bawaah tanah sebelah cekungan drainase dan lidah asap yang mengepul dari retakan bumi.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu secara tiba-tiba asap mengepul dan keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh kebakaran yang mengakibatkan retakan. Dan dua hari kemudian api semakin meningkat secara mendadak.
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)
Perlawanan di antara Pilihan Malaysia XI (Harimau Malaya) menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.
Sebagai makluman tiket perlawanan akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408.
Ticket Price Detail
Tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my
Sebelum bertemu Malaysia, pasukan Chelsea terlebih dahulu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai dan mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars, pada 25 Julai.
Selain itu, pasukan kebangsaan turut melayan kunjungan Barcelona FC pada 10 Ogos ini pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. SUMBER