Wanita Ini Dirogol Diseksa Dan Dicampak Ditepi Jalan.

on Monday, June 17, 2013



Beginilah nasib ribuan wanita Syria sehari-harian. Kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya.

Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria.

Mereka menghina wanita Sunni sedemikian rupa. Apa perasaan anda?.

Video Pelajar AS Nyanyi Lagu Sahabat Najwa Latif.


Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.

Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.


Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.

Sumber


GAMBAR, 3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan

on Sunday, June 16, 2013

3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan | Tiga orang pelajar disebuah universiti tempatan maut pagi tadi dalam satu kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga.

3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan

Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mayat dihantar ke Rumah Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut. SUMBER

UAI sifatkan petisyen BN di Kelantan kelakar


Penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kenyataannya bahawa ‘haram menjatuhkan kerajaan Islam’ yang dijadikan bahan kempen di Kelantan bukan kenyataan peribadi malah ianya sebahagian daripada ajaran Islam.
Katanya, tindakan BN mengemukakan petisyen dengan mengaitkan kenyataannya itu sebagai punca kekalahan mereka di Kelantan adalah tindakan ‘kelakar’.
“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (bahawa) haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya dipetik Sinar Harian.
Jawapan itu sebagai mengulas tindakan BN Kelantan yang memfaikan petisyen yang mengaitkan kenyataannya itu yang diguna semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 di Kelantan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Azhar juga dipetik berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
“Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu.
“(Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya. SUMBER

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis | Menerusi rancangan Melodi, tengahari tadi telah melaporkan dan menemubual seorang gadis misteri yang mengaku dirinya telah ditangkap khalwat bersama seorang artis lelaki baru-baru ini. Bagaimanapun melalui sidang akhbar sebelum ini, artis lelaki itu mendakwa dirinya diperangkap dan cuba memberitahu yang beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Hangat, Gadis Misteri Mengaku Di Tangkap Khalwat Bersama Artis

Gadis tersebut yang dirahsiakan namanya dikatakan kesal dan kecewa dengan sikap artis lelaki tersebut mendakwa diperangkap sebaliknya mendedahkan artis lelaki itu sememangnya mempunyai hubungan dan kerap mengunjunginya.

Dalam pada itu, gadis misteri itu juga mendakwa tunang artis lelaki tersebut ada berjumpa dengannya bertanyakan hal kes mereka sewaktu beliau berada dikampung dan pertemuan itu dikatakan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau juga akan terus mendedahkan belang sebenar artis lelaki yang didakwa cuba berselindung itu dan beliau juga nekad untuk tidak kembali lagi kepada artis lelaki tersebut.

Apapun, itulah antara cebisan temubual gadis misteri itu bersama Melodi. Bagi yang mengikuti rancangan Melodi tadi pasti dapat meneka siapakah sebenarnya artis lelaki yang dimaksudkan. Memang akan menjadi panas isu ini....... SUMBER


Hantu Kapcai Menang Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012



Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012.
Kemenangan itu membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Sementara itu pengarah Dharma Harun Al-Rashid turut membuat kejutan apabila memenangi bagi kategori Direktor Baru Terhebat menerusi filem Adik Manja Returns.
Hadiah bagi anugerah PFM(Persatuan Filem Malaysia) yang diraih oleh penerbit David Teo dan Astro First Terhebat (Ombak Rindu) di sampaikan oleh presiden PFM iaitu Datuk Yusof Haslam dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Acara itu telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo
15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu

Gambar Nor Azfar Penyelia Felda Mati Dibunuh Di Lahad Datu


Warga Emas DitemMIS ANJUR PERSIDANGAN BAGI MANTAPKAN FUNGSI SURAU DAN MASJID ui Mati Di Lantai Dapur

Gambar mayat Mohd Nor Azfar Noh seorang penyelia Felda mati dibunuh di Felda Sahabat Lahad Datu. Keadaan mayat ketika ditemui agak mengerikan dengan kepala hampir hancur dan kesan tikaman dibadan. Kepala pecah berpunca akibat dilanggar menggunakan pancuan empat roda selepas mangsa dibunuh. Untuk maklumat terkini, mangsa yang berusia 27 tahun itu dikatakan baru bekerja di Felda Sahabat lebih kurang dari setahun dan berasal dari tanah semenanjung iaitu Johor Bahru.
gambar penyelia ladang felda dibunuh


Punca kematian masih dalam siasatan dan kemungkinan motif dendam merupakan faktor kepada pembunuhan kejam tersebut. Difahamkan, penemuan mayat tersebut menggemparkan penduduk Felda apabila mangsa ditemui terbaring diatas jalan raya dengan keadaan yang mengerikan pada pukul 5.15 pagi 15 Jun 2013. SUMBER