Gambar Kemalangan Perodua Viva Di Shah Alam 16 Jun 2013

on Monday, June 17, 2013


Gambar kemalangan kereta perodua Viva Di Shah Alam pada 16 Jun 2013. Dilaporkan tiga pelajar UITM maut terkorban manakala seorang cedera parah pada awal pagi tadi berpunca akibat hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan. Difahamkan, empat sahabat sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur setelah melawat I-City sebelum kemalangan berlaku pada awal 5.15 pagi.

 viva-kemalangan-shah-alam

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.

Lagi Gambar Kemalangan

Nahas-Shah-Alam 

Nahas-Shah-Alam-2 

Nahas-Shah-ALam-3


viva-kemalangan-shah-alam


kemalangan


Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013
  • (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
  • (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
  • (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
  • Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-2


Sumber: Gambar Kemalangan Perodua Viva Di Shah Alam 16 Jun 2013 | melvister.com 

Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013


Berita terkini keadaan jerebu di Malaysia sepanjang bulan Jun 2013. Untuk pengetahuan anda, beberapa kawasan di setiap negeri telah dilanda pencemaran jerebu terutamanya di semenanjung Malaysia. IPU adalah indeks pencemaran udara yang diguna pakai untuk menyemak tahap udara yang tercemar disesebuah kawasan. Jerebu berpunca daripada pergerakan angin monsun justeru menyumbang kepada pembakaran hutan.

jerebu

Senarai Negeri Dilanda Jerebu Tidak Sihat Jun 2013

Amaran Bacaan IPU Di Kawasan Jerebu Tidak SihatUpdate 17 Jun 2013

Melaka    
 Bandaraya Melaka-  161*
Bukit Rambai- 135*

Negeri Sembilan
Port Dickson- 120*

Selangor
Pelabuhan Klang- 103

Terengganu
Kemaman- 108

Nota Penting: Negeri yang tidak dinyatakan diatas berada dalam keadaan yang baik dari Jerebu

Rujukan Keputusan Bacaan IPU

api

SUMBER

Taufik Hidayat Gantung Raket.



Jakarta: Bekas juara Olimpik Indonesia dan juara dunia, Taufik Hidayat begitu beremosi ketika mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya yang pernah menjadikannya antara bintang badminton terbesar, di depan penyokongnya.

Dengan beratus-ratus penyokongnya terus melaungkan ‘Taufik Boleh’ sambil mengibar kain rentang tertera ‘Legenda’, pemain berusia 31 tahun itu bermain buat kali terakhir secara profesional di Terbuka Indonesia, kejohanan yang pernah enam kali dimenanginya.


Namun Taufik kecundang di pusingan pertama kepada pemain India, Sai Praneeth dan sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan itu. Sememangnya Taufik tidak berharap untuk pergi jauh kali ini, tapi dia tetap melangkah keluar gelanggang sebagai seorang jaguh.

“Apa yang paling sukar adalah meninggalkan badminton, sukan yang saya kenali sejak 25 tahun lalu dengan 18 daripadanya sebagai pemain profesional,” kata Taufik dengan nada pilu.


Taufik yang pernah disifatkan sebagai ‘budak jahat badminton’ dan sering dibandingkan dengan pemain hebat tenis bersuara lantang, John McEnroe, tampil dengan perwatakan berbeza ketika dia bersedia untuk menggantung raket.


“Kini, saya akan meletakkan tumpuan penuh terhadap keluarga,” katanya sambil ditemani anak perempuannya, selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Taufik mengaku kecewa tumpas di tangan Praneeth yang berada 20 kedudukan di belakangnya. Rentetan itu, dia berharap penyokong tidak 'menilainya dengan berdasarkan kepada perlawanan itu saja'. Taufik memenangi set pertama perlawanan yang tertangguh beberapa jam. Dia menang 21-15 dengan beberapa pukulan kilas ke belakang selain bermain baik di jaring.


Malangnya, dia mula hambar di set kedua, menentang lawan yang 11 tahun lebih muda daripadanya, sekali gus tewas 21-12. Di set terakhir, hantaran Taufik terus gagal melepasi jaring bagi membolehkan Praneeth menang 21-17.

Kekalahan Taufik bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah beberapa tahun dia tidak merangkul sebarang gelaran utama. Kekalahan di peringkat awal itu dijangka tidak akan mempengaruhi kehebatan kerjayanya yang menjadikannya sebagai ikon badminton di Indonesia.


Berbekalkan gaya aksi menari, Taufik menyumbang emas pertama buat Indonesia di Olimpik Athens 2004 yang menyaksikannya tanpa segan silu menangis ketika dikalungi pingat itu. Dia kemudian terus gah meraih gelaran dunia pada 2005.


Dalam pada bergelar jaguh, sama seperti atlet lain, Taufik tidak lari dihimpit kontroversi sepanjang kerjayanya.


Dia pernah menarik diri daripada Persatuan Bulu Tangkis Indonesia dan berpangkalan di Singapura. Malah, pernah sekali diarah keluar gelanggang oleh pengawal keselamatan selepas bertegang leher dengan pengadil di Sukan SEA Thailand.


Taufik juga dilapor pernah menyerang penyokong di kejohanan kebangsaan pada 2001 dan keluar gelanggang ketika berlangsungnya Sukan Asia 2002 tapi memenanginya selepas berlaku kekecohan berhubung pengadil garisan.



Pada 2006, juara Olimpik itu sekali lagi keluar gelanggang, kali ini ketika menentang seteru utama, Lin Dan di Hong Kong, membantah keputusan pengadil garisan.

Hantu Jacko bercakap dari kubur?.



Los Angeles: Michael Jackson diisytihar mati secara tidak sengaja.

Mahkamah di sini diberitahu, perisytiharan itu dibuat sendiri hantu penyanyi itu.

Jacko, 50, dikatakan memberitahu Brenda bekas isteri Lionel Richie dia membunuh dirinya secara tidak sengaja. Ini didedahkan Randy Phillips, Ketua Pengarah Eksekutif AEG, syarikat yang didakwa oleh keluarga Jacko kerana menyebabkan kematian Raja Pop itu.

Phillips mengejutkan mahkamah dengan mendakwa Jacko bercakap dari kuburnya bahawa dia mati kerana tidak sengaja.

“Brenda menelefon memberitahu saya dia berbual dengan Jacko, sama ada secara orang tengah atau secara langsung. Katanya, Jacko memberitahu dia tidak sengaja menyebabkan kematiannya.” Kenyataan itu menyebabkan orang ramai yang menghadiri perbicaraan itu ketawa.

Hakim Yvette Palazuelos menerima kenyataan itu.

Pihak Publisiti Minta Musnahkan Gambar Hodoh Beyonce!.



Sebut nama penyanyi Beyonce, mesti ramai lelaki di luar sana menggambarkan dia seorang wanita yang seksi dan cantik. Malah, Beyonce sering saja tampil dengan imej anggun dan menawan baik dalam persembahan atau pun dalam aksi sesi fotografi.

Namun baru-baru ini pihak publisiti Beyonce telah mengirimkan emel terhadap sebuah media online di Hollywood supaya memusnahkan gambar Beyonce yang disiarkan.

Dengarnya kiriman emel tersebut telah dihantarkan kepada seorang wartawan pada 5 Februari 2013. Difahamkan, gambar tersebut (gambar di atas) adalah gambar terbaru Beyonce ketika mengadakan sebuah konsert, baru-baru ini.

Disebabkan gambar tersebut kelihatan hodoh dan jelek, pihak pengurusan Beyonce telah meminta agar gambar tersebut tidak disiarkan lagi dengan menghantarkan memo bertulis kepada wartawan berkenaan.

Pun begitu, pihak pengurusan Beyonce nampaknya sudah tidak boleh membuat apa-apa lagi kerana gambar ini sudah meluas merebak. Walaupun media tersebut telah membuang gambar tersebut di lamannya tetapi banyak blogger telah memuat naik gambar itu di blog peribadi mereka.


Murai Batu mendapat tahu, berkemungkinan pihak pengurusan mahu gambar itu dimusnahkan bukan saja kerana ia nampak hodoh, tetapi dari gambar ini, pelbagai respon negatif terbit dan ia sedikit-sebanyak telah mencemarkan imej Beyonce.

Justin Bieber Kantoi Lagi.



Kalau dah namanya undang-undang, ia harus dipatuhi tidak kiralah jawatan atau status malah populariti juga tidak dapat membeli harga sebuah undang-undang. Itulah yang terjadi kepada bintang remaja sensasi Justin Bieber yang belum melepasi umur untuk bergelar dewasa.

Dia yang baru sahaja memasuki usia 19 tahun tersebut telah dihalau keluar daripada kelab malam, Lure yang merupakan lokasi paling hip di Los Angeles. Insiden ini berlaku kerana had umur untuk memasuki kelab itu adalah 21 tahun.

Sebuah parti diadakan disitu dan mempunyai ramai undangan daripada selebriti dan Justin Bieber adalah salah seorang daripadanya. Antara jemputan lain adalah Christina Milian, Reggie Bush dan Quincy Jones.

Namun sebelum itu ada sumber mengatakan bahawa wakil daripada peminat Justin telah memberitahu pihak kelab bahawa dia akan hadir dan mereka telah menjelaskan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi.

Kerana tidak menghiraukan amaran tersebut, khabarnya Justin telah mencuba nasib dan menyelinap masuk daripada pintu belakang. Setelah berjaya memasuki ke dalam kelab itu, bintang pop itu akhirnya 'kantoi' jua kerana disapa rapper yang ketika itu memegang mikrofon dan menyebut namanya.

Dia yang ketika itu berada diatas podium telah disebut oleh rapper tersebut dan ianya telah menarik perhatian sekuriti yang mendengar. lalu, mereka telah mengarahkan bintang pujaan dunia itu keluar diiringi pegawai sekuriti.

Dengan rasa dan perasaan yang sangat malu, Justin Bieber yang harus menunggu dua tahun lagi untuk mendapat 'lesen' masuk ke kelab malam itu berlalu pergi tanpa sebarang aksi tidak puas hati dan sebagainya.


Ngeri..... Kapal Terbang Lalu Atas Kepala. (Gambar & Video)


Apabila kita bayangkan syurga tropika, sukar untuk kita temui sebuah pulau yang lebih cantik dari Saint Martin. Airnya yang biru dan sejuk, pantai berpasir putih, minuman mewah dengan payung di dalamnya.

Tetapi apa yang lebih menarik terdapat disini adalah di landasan nombor 10 Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang mempunyai landasan yang begitu pendek sehingga memaksa kapal terbang perlu terbang dalam ketinggian yang rendah seolah-olah kapal terbang tersebut terbang betul-betul diatas kepala kita dan ianya menjadi destinasi yang begitu popular walaupun ianya agak merbahaya jika sesuatu berlaku.