Tapak Kaki Big Foot Di Kuala Pilah?

on Tuesday, June 18, 2013

Tapak Kaki Big Foot Di Kuala Pilah? Adakah ini tapak kaki Big Foot? Penduduk Kampung Kepis Baru, di sini, gempar apabila menemui ratusan kesan tapak kaki luar biasa dan bersaiz besar di atas tanah, semalam. Berdasarkan kedalaman tapak berkenaan, kesannya dilihat teratur serta dipercayai melibatkan makhluk hidup berkaki dua, serta berat melebihi 100 kilogram.

Tapak Kaki Big Foot Di Kuala Pilah?

Tinjauan akhbar Sinar selepas menerima aduan penduduk semalam, turut mendapati lebih 200 kesan tapak kaki berukuran kira-kira 20 sentimeter panjang, manakala terdapat lima jari sebesar kira-kira lima sentimeter setiap satu di kawasan lapang berdekatan sebuah hutan di situ.

Penduduk kampung, Adnan Pungut, 48, yang dipercayai orang pertama menemui kesan tapak kaki itu berkata, dia menyedari sesuatu luar biasa pada tanah di situ ketika datang ke kebunnya untuk membakar longgokan kayu yang sudah ditebang, kira-kira 3 petang kelmarin.

“Apabila sampai di sini, saya terkejut melihat banyak kesan tapak kaki luar biasa dan saiznya besar. Dengan rasa takut, saya balik ke rumah dan memberitahu kepada penduduk kampung.

“Saya bersama beberapa penduduk kampung kemudian cuba menjejaki tapak kaki tersebut sehingga ke hujung. Di pertengahan, kami dapati ada kesan bulu ayam berselerakan, dipercayai telah dimakan makhluk misteri berkenaan," katanya.

Tapak Kaki Big Foot Di Kuala Pilah?

Menurutnya, kesan tapak kaki yang jelas kelihatan adalah kira-kira sepanjang 200 meter, selain terdapat juga beberapa tapak yang dikesan di dalam hutan berdekatan.

“Kami tidak berani meredah dan menyiasat sehingga ke dalam hutan. Biarlah pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri ia mungkin dari spesis binatang buas," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Adnan juga berharap pihak berkaitan dapat menyiasat perkara itu bagi mengelakkan penduduk kampung bimbang, lebih-lebih lagi sebahagian besar merupakan penoreh getah dan perlu masuk ke dalam hutan berkenaan setiap hari.

"Hanya ini sumber rezeki kami. Bila sudah jumpa tapak pelik ini, sedikit sebanyak menggusarkan kami. Kami amat berharap pihak berkenaan bantu mengesan sebelum kejadian buruk berlaku," katanya. SUMBER

Tapak Kaki Big Foot Di Kuala Pilah? Adakah ini tapak kaki Big Foot? Penduduk Kampung Kepis Baru, di sini, gempar apabila menemui ratusan kesan tapak kaki luar biasa dan bersaiz besar di atas tanah, semalam. Berdasarkan kedalaman tapak berkenaan, kesannya dilihat teratur serta dipercayai melibatkan makhluk hidup berkaki dua, serta berat melebihi 100 kilogram.

Nurfarina Pelajar UiTM Terbabit Kemalangan di Federal Highway Mulai Sedar

Nurfarina Pelajar UiTM Terbabit Kemalangan di Federal Highway Mulai Sedar | Nurfarina pelajar UiTM yang mengalami cedera ringan dengan 6 jahitan didahi dalam kemalangan maut di Lebuhraya Persekutuan pagi Ahad lalu kini dilaporkan telah sedar dan menyedari hakikat tiga sahabatnya telah terbunuh dalam kemalangan tersebut. - Admin berterima kasih kepada seseorang yang telah memberikan link Twitter Nurfarina.

Nurfarina yang dikenali dengan nama mesra Ameng @ Emingg dikalangan rakan-rakannya juga adalah seorang blogger dengan nama blognya Fairytale dialamat http://fakesnowwhite.blogspot.com namun begitu blognya dilihat tidaklah begitu aktif.

Nurfarina Pelajar UiTM Mulai Sedar

Menerusi laman Twitter beliau, Nurfarina dilihat cuba ditenteramkan oleh sahabatnya yang lain dan admin pasti beliau masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

Nurfarina Pelajar UiTM Mulai Sedar

Dalam kemalangan itu, Nurfarina dikatakan telah tertidur dan duduk di kerusi penumpang hadapan. Beliau tercampak keluar dan mengalami kecederaan ringan didahi. Manakala 3 lagi rakannya maut ditempat kejadian.

Nurfarina Pelajar UiTM Mulai Sedar

Pelajar UiTM Mulai Sedar | Nurfarina pelajar UiTM yang mengalami cedera ringan dengan 6 jahitan didahi dalam kemalangan maut di Lebuhraya Persekutuan pagi Ahad lalu kini dilaporkan telah sedar dan menyedari hakikat tiga sahabatnya telah terbunuh dalam kemalangan tersebut.

Nurfarina Pelajar UiTM Terbabit Kemalangan di Federal Highway Mulai Sedar

 # Apapun, semoga Nurfarina terus tabah dan bersabar dengan ujian ini. Pasti ada hikmah disebaliknya...Insyaallah. SUMBER

(VIDEO) Perompak Samun Kedai Arak Dirakam CCTV

Kejadian samun bersenjata ini berlaku pada 21 Mei lalu di sebuah kedai menjual arak. Tiga orang ‘macha’ ni buat-buat masuk nak beli arak sebelum melarikan peti wang dengan botol-botol arak sekali. Siap pakai parang tu!

Tapi mereka lupa, CCTV baik punya rakam wajah ketiga-tiganya. Terang dan jelas sekali. Jom sebarkan ramai-ramai, biar ‘glamour’ muka mereka satu Malaysia.
Enjoylah macha dengan Jack Daniel tu…kang dah masuk lokap takut air paip pun korang tak dapat nak teguk! SUMBER

Tiket Konsert Linkin Park Live Di Malaysia 19 Ogos 2013

Harga Tiket konsert Linkin Park Live di Malaysia pada 19 Ogos 2013. Kepada peminat tegar Linkin Park, anda mungkin tidak akan melepaskan peluang emas ini untuk menyaksikan persembahan LP secara live. Konsert dengan tema ‘Living Things’ jelajah Asia di Malaysia ini akan diadakan pada jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

linkin park

Harga Tiket Linkin Park 19 Ogos 2013

Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas, manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 (VIP).

Tempahan Online Tiket

SUMBER

Berita Palsu Kahwin Gadis Syria Bantu Saudara Umat Islam

Berita palsu kahwin dengan gadis muslimat Syria bantu saudara atau umat islam disana. Berita yang tersebar bahawa Ikhwan Muslimin Mesir menawarkan perkahwinan dengan wanita Syria adalah tidak benar. Perkara ini telah tersebar dilaman sosial dan mendapat perhatian umum. Ramai yang tertipu dengan dakwaan bahawa rakyat Malaysia boleh beristerikan wanita Syria dengan 40USD sahaja. Kami sekali lagi menegaskan bahawa isu perkahwinan untuk menyelamatkan wanita Syria adalah seperti surat berantai dan disebar untuk kepentingan individu tertentu.

Berita Palsu Kahwin Dengan Gadis Syria Tersebar

syria 4

syria 2

syria3

Penjelasan Sebenar Berita Palsu Kahwin Gadis Syria
palsu

palsu

Petikan

Berita yang tersebar bahawa Ikhwan Muslimin Mesir menawarkan perkahwinan dengan wanita Syria adalah tidak benar. Apa yang kami musykilkan, mengapa apabila isu perkahwinan, ramai pula yang sanggup dan sebarkan walaupun berita belum sahih. Sehingga perbincangannya terpesong jauh dan lari dari niat yang asal. Tetapi kenapa apabila diajak bersama-sama solidariti bersama rakyat Syria, kurang mendapat sambutan. Moga kita tidak lari dari niat yang asal dan moga Allah memberi hidayah kepada kita semua. SUMBER

Pelakon Popular Memang Berkhalwat Dan Bukannya Di Perangkap

on Monday, June 17, 2013

Rasanya ramai yang tahu akan kes seorang pelakon lelaki yang telah ditangkap khalwat baru-baru ini. Pelakon itu yang sudah bertunang akhir tahun lepas bagaimanapun mendakwa yang dirinya diperangkap.

Menerusi Melodi yang disiarkan di TV3 tengahari tadi, wanita yang ditangkap khalwat dengan pelakon lelaki tersebut telah tampil dengan beberapa pengakuan kepada wartawan Melodi, Zuan Azmi bagi menyangkal dakwaan pelakon tersebut yang dirinya diperangkap:-

“Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya.”

Wanita itu memberitahu yang perbuatan mereka sudah diintip selama dua minggu:-

“Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak perangkap dia. JAIS tidak akan tangkap (khalwat) satu jam selepas dapat maklumat. Mereka mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan.”

“Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan saya sedang bersihkan baju konti manakala dia tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?”

Tambah wanita itu lagi mereka tinggal bersama selama beberapa minggu dan pelakon itu bersamanya hampir setiap waktu untuk tempoh hampir sebulan, dan hubungannya dengan si pelakon ialah sebagai pasangan kekasih. Wanita itu sering menemani pelakon tersebut di set penggambaran dari malam sehingga ke pagi dan si pelakon hanya akan pulang ke rumah sekali atau dua kali dalam seminggu.

Ditanya sama ada dia dijanjikan sesuatu oleh pelakon itu supaya menjalinkan hubungan dengannya walaupun wanita itu tahu dia sudah bertunang, wanita itu memberitahu:-

“Ayat manis tu sudah tentu, tapi hanya satu saja yang saya pegang sampai sekarang. Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang di atas kehendak keluarga.”

Ujar wanita itu lagi, sudah banyak perkara yang mereka lakukan bersama, namun kini pelakon lelaki itu menafikan hubungan mereka.

“Dia cuba lepas tangan, menafikan semua yang terjadi. Tak apalah, saya ada bukti semua. Saya datang untuk menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dan mempertahankan maruah saya. Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan karier dia, tetapi dengan cara dia yang begitu, saya terpaksa. Dia langsung tidak ada rasa tanggungjawab, dan hanya mahu melepaskan diri saja.”

Dia turut memberitahu yang dia dipinggirkan selepas mereka ditangkap khalwat:-

“Selepas kes ini terjadi dia pernah kata tidak akan tinggalkan saya dan akan cuba membersihkan semua ini untuk kami. Tapi dia diam saja dan saya tidak berjumpa dia sehingga sekarang.”

Wanita itu mengakhiri perbualan dengan mengingatkan wanita lain agar tidak tertipu dengan ayat manis pelakon lelaki tersebut.