Askar Syiah Campak Kanak-Kanak Dari Atas Bangunan

on Wednesday, June 19, 2013

Kejam

Betapa kejamnya askar Syiah yang sanggup menghumban sekumpulan wanita dan kanak-kanak dari atas sebuah bangunan di kawaasan yang dilanda krisis di Syria.
Di manakah nilai kemanusiaan askar-askar Syiah ini sehingga tergamak mengambil nyawa manusia yang tidak berdosa dengan sewenang-wenangnya.
Dipercayai sebanyak 50 orang telah terbunuh dengan cara terbabit.
Penulis hanya boleh berharap agar segala kekejaman yang dilakukan itu akan segera dihentikan dan semoga roh mereka yang terbunuh itu diletakkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. SUMBER



Cara Mengenali Logo Halal Original Dan Palsu

Terdapat segelintir pemilik restoran panik membeli logo halal ‘swasta’ bagi memperdaya pelanggan Islam. Logo halal tidak diiktiraf itu ditampal pada pintu di kaunter bayaran premis bagi meyakinkan pelanggan yang semakin berhati-hati selepas menyedari masih terdapat restoran tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Sebagai rujukan dan perkongsian bersama, berikut adalah cara kenali logo asal Halal yang dikeluarkan oleh Jabatab Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). SUMBER

Misteri Kematian Yuri Gagarin Selama 40 Tahun Akhirnya Terjawab


Kematian Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori konspirasi.
Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.
Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Gagarin.
Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.
Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Akhirnya Pesawat itu yang di pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat Gagarin.
Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.
Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu. SUMBER

Nahas 3 Penuntut: Gurauan Terakhir Adam


Nahas 3 Penuntut: Gurauan Terakhir Adam

Nahas 3 Penuntut: Gurauan Terakhir Adam - MUAR : “Adam yang kahwin, mak…Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.

Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.
Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.
Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin. – Sinar Harian

Sampin Altimet Jadi Fenomena

ALTIMETUM

Sampin yang digayakan oleh penyanyi rap Altimet di Anugerah Blokbuster, Sabtu lalu nampaknya menjadi bualan ramai sehinggakan peminat turut menyatakan hasrat mereka untuk mengayakan sampin sebegitu menjelang hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.
Altimet menggayakan baju melayu hitam beserta sampin bercorak celoreng askar dilihat menepati tema hipster anugerah terbabit.
ALTIMETUM1

ALTIMETUM2
Nampaknya, fesyen yang dibawa Altimet bakal menjadi ‘trendsetter’ baru buat pemakaian sampin untuk kaum Adam di luar sana.
Tidaklah nanti kita dihidangkan dengan satu jenis dan corak sampin je kan..
Tak gitu? SUMBER


Onani Beri Kesan Buruk Pada Kemaluan

Onani Beri Kesan Buruk Pada Kemaluan

Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.
Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.
Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.
Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani.
Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.
Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.
Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.
Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit.
Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.
Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.
Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.
Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.
Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.
Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit. – Dr. Ismail Thamby (HARIAN METRO)

Amy Search Masuk Institut Jantung Negara?

Amy Search

Penyanyi rock lagenda Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkongsi gambar tag nama pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) miliknya, sebentar tadi sehingga menimbulkan tanya tanya kepada peminat setianya.
Menurut Amy melalui akaun Instagramnya, dia kini sedang mendapatkan rawatan Angiogram iaitu proses perubatan yang melihat lebih mendalam keadaan organ dalaman badan terutamanya di bahagian arteri dan salur darah.
SEARCH
Mungkin papa rock kita mahu mendapatkan khidmat susulan berhubung keadaan kesihatannya.
Yalah, seperti kata orang mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sama-sama kita doakan agar kesihatan Amy sentiasa dalam keadaan baik dan sihat sentiasa. SUMBER