NASIB MALANG VIVIAN LEE DIROMPAK DAN DITIKAM!

on Thursday, June 20, 2013






VIVIAN LEE DIROMPAK DAN DITIKAM DENGAN PISAU | Vivian Lee yang membuat kontroversi popular menerusi post gambar-gambar terlampau bersama teman lelaki di laman blog. Kekasih kepada Alvin ini dikhabarkan telah dirompak dan ditikam dengan pisau ketika sedang berjalan seorang diri di Jalan Ipoh.



Menurut Alvin, kekasihnya itu sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah kondominium yang

ISU IZREEN AZMINDA BERKEMBAN DALAM FILEM PECAH!






JANGAN PERBESARKAN ISU SAYA BERKEMBAN - IZREEN AZMINDA | Pelakon Izreen Azminda tidak merasakan adegan memperlihatkan dirinya dalam keadaan berkemban dalam salah satu babak menerusi filem terbarunya, Pecah, sebagai satu hal yang akan menimbulkan isu besar. Ya, berkemban dengan tuala merah. Sekali fikir, sudah tentu nama bakal ibu yang kini hamil 8 bulan 2 minggu ini, akan jadi 'panas'.



"

HIMPUNAN GAMBAR GADIS CUN DENGAN SIX PACK!








KOLEKSI GAMBAR AWEK CUN BERSIX PACK | Siapa cakap perempuan yang memiliki six pack dan berotot tak cantik? Memiliki six pack dan rupa menawan pastinya merupakan pakej lengkap yang menjadi idaman kebanyakan wanita di luar sana. Di sini kita himpunkan dan kongsikan gambar perempuan cantik dan seksi yang memiliki six pack.


























































 





 



ADIRA MASUK HOSPITAL KERANA WARNA KULIT PUTIH SANGAT?






ISU ADIRA AF8 MASUK HOSPITAL KERANA KULIT TERLALU PUTIH | KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.



Ini berita yang Murai terima daripada teman Murai Batu yang mendakwa Adira

CARA UNTUK MENJADI POPULAR DI LAMAN SOSIAL!





CARA MUDAH UNTUK MENJADI TERKENAL DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK, TWITTER, PINTEREST, GOOGLE+, LINKEDIN DAN SEUMPAMANYA | Tipu la kalau korang tak nak jadi terkenal kan. Semua orang ada niat dalam hati untuk menjadi popular dan dikenali ramai. Walaupun tidak terkenal di alam nyata, terkenal di alam maya pun jadilah!





Tahukah anda bagaimana untuk menjadi terkenal di laman sosial? Okay, berikut

Primadona Filem Melayu Dato’ Sarimah Ahmad Di Anugerah Tokoh Seniman 2013.

Dato' Sarimah menerima Anugerah Tokoh Seniman 2013 daripada Dato' Seri Nazri.

“Sejak bergelar pelakon, saya tidak pernah harapkan apa-apa anugerah. Siapa sangka tahun ini saya diberikan anugerah ini? Ia memang tidak dijangka langsung,” kata primadona filem Melayu era 60-an, Datuk Sarimah Ahmad yang dianugerahkan Tokoh Seniman 2013 sempena Hari Seniman 2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seniwati yang mula mencipta nama menerusi filem Ali Baba Bujang Lapuk ketika berusia 17 tahun itu menerima anugerah berkenaan daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam majlis berkenaan.
Sarimah yang kini berusia 71 tahun ketika ditemui berkata, anugerah itu membuktikan penggiat filem veteran sepertinya dihargai.

“Saya bersyukur kerana kerajaan sangat prihatin dengan nasib penggiat seni veteran. Alhamdulillah, mudah-mudahan apa yang kita minta akan diberi perhatian dan dipenuhi. Cuma, saya bercakap bagi pihak kawan-kawan berkaitan isu royalti.

“Ketika mula-mula berlakon dulu, saya terima gaji tak sebanyak mana. Sekarang filem saya berkali-kali ditayangkan di kaca TV dan boleh dikatakan setiap hari, tetapi kutipan royaltinya tiada. Mudah-mudahan perkara ini dapat diatasi nanti,” katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Penganugerahan itu turut membolehkan Sarimah membawa pulang wang
tunai berjumlah RM30,000, songket dan sijil penghargaan.

Anugerah itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menghargai jasa dan pengorbanan insan seni terutamanya pada era Studio Jalan Ampas, Singapura yang menjadi perintis kepada industri filem tempatan hari ini.

Seniwati yang dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang ini diakui mempunyai bintang yang bersinar dalam lakonan. Antara filem lain yang menaikkan namanya ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana, Dr Rushdi dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Malam gemilang buat Sarimah ini turut menyaksikan kehadiran rakan-rakan lamanya iaitu legenda bintang filem Melayu seperti Datuk Mustapha Maarof dan Mariani. Hadir sama, artis terkenal tanah air seperti Datuk M Daud Kilau, Datuk Andre Goh, Datin Tiara Jacquelina, Vanidah Imran, Ifa Raziah, Zed Zaidi, Julia Zigler, Imuda dan Sharifah Shahira.

Segmen persembahan antaranya nyanyian daripada Datuk Andre Goh dan Saleem turut ditampilkan. Paling menarik ialah rang­kaian sketsa daripada babak filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Madu Tiga dan Tiga Abdul lakonan Erma Fatima, Ifa Raziah dan Nas Adila berjaya mencuit hati semua yang hadir.

Dalam pada itu, Sarimah menafikan sudah bersara daripada aktiviti lakonan. Bagaimanapun, dia me­ngakui dengan faktor usia­nya sekarang, dia cuba untuk beralih bidang kepada perniagaan.

“Memang ada tawaran tapi dalam keadaan begini saya tak larat nak kejar masa. Namun saya tak menafikan susah nak kikis kerinduan terhadap dunia seni. Apapun sekarang saya nak buat sesuatu yang boleh menolong orang lain,” kata­nya yang kini menjadi Pengerusi Primadona Worlwide yang mengeluarkan produk makanan kesihatan.

Sementara itu, Mohamed Nazri dalam ucapannya mengakui membesar pada era kegemilangan Sarimah sebagai pelakon dan begitu meminati seniwati berkenaan.

“Sarimah mempunyai kejelitaan semula jadi. Saya gembira dapat berjumpa dengannya dan idola saya, Mustapha Maarof. Saya juga gembira dapat jumpa Saleem kerana saya antara peminatnya.

“Saya juga melihat Hari Seniman patut dianjurkan selama tiga hari kerana nak bagi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman program ini. Tahun depan patut diadakan selama tiga hari, bukannya sehari saja seperti sekarang. Banyak pengisian lain boleh dibuat seperti nyanyian lagu pop yeh yeh,” katanya.

Menurutnya, penggiat seni yang ada perlu dihargai kerana biarpun ada pepatah mengatakan patah tumbuh hilang berganti, pengganti­nya tidak sama seperti yang asal.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM130,000 kepada 13 persatuan anak seni Malaysia termasuk KARYAWAN, SENIMAN dan PAPITA.

Selain itu, beliau turut memberi sumbangan ihsan berjumlah RM10,000 kepada keluarga pelakon veteran Allahyarham S Shamsuddin dan Latifah Omar yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Tayangan Filem World War Z Lakonan Brad Pitt Bermula Hari Ini 20 June 2013.


"Apa yang akan anda lakukan jika anda bangun keesokan harinya dan semua benda tidak berfungsi lagi. Tiba-tiba anda terpaksa berlari sepantas-pantasnya untuk menyelamatkan keluarga anda. Apa yang akan anda lakukan?" tanya Brad Pitt selaku penerbit dan juga teraju utama filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, 'World War Z'.

"Itulah adalah pembukaan kepada babak-babak awal 'World War Z' dan begitulah rentak ceritanya dari awal hingga akhir."


Jelas Pitt, pada awalnya dia tertarik dengan projek 'World War Z' kerana meminati aspek penceritaannya yang mengetengahkan aksi yang mendebarkan serta perlumbaan watak protagonis terhadap masa dalam misinya menyelamatkan dunia.

"Cerita tentang kemusnahan dunia ni sebenarnya agak menakutkan tetapi itu yang penonton inginkan. Semua ini juga berpunca daripada keinginan saya menghasilkan sebuah filem yang akan disukai anak-anak lelaki saya sebelum mereka berumur 18 tahun."

Sesuai dengan statusnya sebagai ayah, Pitt yang mempunyai enam orang anak bersama Angelina Jolie turut mendedahkan satu lagi faktor yang membuatkannya tertarik kepada watak Gerry Lane, seorang bekas penyiasat United Nations.

"Dia bukan seorang 'typical hero'. Sebaliknya, dia seorang ayah yang berusaha untuk memastikan keselamatan keluarganya. Seorang insan biasa yang cuba melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa dikurniakan sebarang kuasa luar biasa.

"Dia tidak boleh terbang, dia tidak boleh membelasah orang-orang jahat. Dia hanya boleh bergantung pada akal, naluri dan pengalamannya untuk menyelesaikan masalah ini. Namun begitu, saya boleh menjanjikan filem ini adalah filem paling 'intense' dan menyeronokkan yang anda akan tonton di pawagam."

'World War Z' akan menemui penonton di pawagam bermula hari ini 20 June 2013.