
Home > All posts
Bila Hantu Bangla Mengamuk…
Posted by TerbaikLaH at 8:28 PM

DHAKA – Seramai 3,500 pekerja kilang kain di sini terpaksa berhenti melakukan kerja masing-masing apabila tempat kerja itu diserang hantu dan mengganggu mereka.Justeru, para pekerja berkenaan enggan meneruskan kerja kerana pihak pengurusan kilang enggan mengambil langkah sewajarnya untuk menghalau hantu tersebut. Inspektor polis kawasan industri Gazipur, Showkat Kabir berkata, pemilik sebuah kilang kain di sini dipaksa untuk berdoa dan mengedarkan makanan kepada fakir miskin pada Rabu lalu.Usaha itu diharap dapat menghalau hantu yang sering mengganggu para pekerja di kilang berkenaan.Kira-kira 3,500 pekerja berhenti melakukan kerja mereka di sebuah kilang di Gazipur di utara Dhaka baru-baru ini.Para pekerja itu kemudian bertindak memusnahkan kelengkapan perabut kilang bagi memaksa pemilik kilang bertindak menangani masalah tersebut.Para pekerja kilang mendakwa mereka diganggu makhluk halus semasa berada di dalam tandas wanita.“Semua pekerja, pemilik dan pengurus kilang akan menyertai majlis doa itu. Kilang akan beroperasi semula pada hari Khamis (semalam) selepas dua hari ditutup kerana gangguan hantu,” katanya. – AFP
Gambar Terkini Jerebu Di Kota Tinggi Dan Pasir Gudang 2013
Posted by TerbaikLaH at 8:27 PM
Gambar Dan Berita Terkini Jerebu Di Kota Tinggi Dan Pasir Gudang 2013. Beberapa Kawasan di Johor Bahru seperti Kota Tinggi dan Pasir Gudang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bahaya atau peringkat Merah ketika bacaan diambil setakat 7 pagi 21 Jun 2013 . Berikut adalah beberapa foto yang dikongsikan mengenai keadaan Jerebu yang melanda Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
Bacaan IPU 21 JUN 2013: IPU di Kota Tinggi mencatatkan bacaan 313 manakala Pasir Gudang pula 310.

Gambar Jerebu di Pasir Gudang

Foto Ehsan dari Rakan FB yang berkongsi keadaan Jerebu Semasa
sumber
Laman Web Jiwang.Org Ditutup Akibat Kandungan Hakcipta
Posted by TerbaikLaH at 8:26 PM
Laman web Jiwang.org sudah ditutup akibat perkongsian kandungan hakcipta terpelihara. Jiwang merupakan sebuah laman perkongsian filem dan muat turun lagu percumay dan telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.
Paparan Muka Jiwang.Org

Pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. SKMM telah menghalang pengguna daripada akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini. sumber
TEMURAMAH EKSKLUSIF GADIS BERUWANG : MAS NAWAITU SOBIRIN
Posted by TerbaikLaH at 6:20 PM
JOM KENALI GADIS DI SEBALIK VIDEO AKU NAK LELAKI BERUWANG | BIODATA GADIS BERUWANG | TEMURAMAH MAS BERUWANG | Pasti anda tertanya-tanya siapakah gadis di sebalik video yang bertajuk Gadis Beruwang yang menjadi viral dan perhatian ramai di laman sosial. Ikuti temuramah eksklusif dengan Masitah atau lebih dikenali sebagai Mas Nawaitu Sobirin di mazeermohamad.com.
Bila kali pertama Mas mula
Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual
Posted by TerbaikLaH at 6:09 AM

London – Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli. Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.
Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans
Posted by TerbaikLaH at 6:08 AM
