Penjelasan Shila Amzah Tentang Isu Baju Sendat

on Friday, June 21, 2013


Penjelasan Shila Amzah Tentang Isu Baju Sendat | Shila Amzah menerusi mStar hari ini menjelaskan kontroversi baju sendat berkata, beliau sebenarnya menganggap tindakan memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Penjelasan Shila Amzah Tentang Isu Baju Sendat

Menurut Shila Amzah lagi, dia sebenarnya tidak menyangkal perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.

Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.

"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Penjelasan Shila Amzah Tentang Isu Baju Sendat | Shila Amzah menerusi mStar hari ini menjelaskan kontroversi baju sendat berkata, beliau sebenarnya menganggap tindakan memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.

"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja. Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.

Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.

Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.

Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat. sumber

Sharizal Jaszle Ceroboh Twitter Redzwani?

Jaszle

Sepanjang minggu ini, pengikut dunia hiburan tempatan mungkin akan mabuk dengan cerita  Sharizal Jaszle. Hal ini kerana setiap hari, ada sahaja ‘drama’ baru tersiar.
Jika semalam keluarga Redzwani Puteri mendakwa ikatan pertunangan dengan  Sharizal Jaszle sudah diputuskan namun ibu Redzwani tampil membuat penafian sebelah petangnya, hari ini keluar cerita lain.
Abang sulung Redzwani, Redzwan Najib menerusi akhbar Berita Harian menegaskan ikatan pertunangan adiknya dengan Sharizal memang sudah putus dan tak mungkin bertaut semula.
Mengikut kenyataannya, keputusan itu lebih banyak didokong oleh bapa mereka yang pergi sendiri ke JAIS dan membaca kenyataan Shah kepada pihak jabatan agama.
Tambah Redzwan, Shah memang seboleh-bolehnya meminta keluarga mereka merahsiakan perkara ini namun mereka sekeluarga sudah sepakat tidak mahu hubungan itu dipulihkan.
Menyentuh bagaimana adiknya boleh mengepos status di Twitter membayangkan seolah-olah dia masih bersama Sharizal, Redzwan mendakwa perbuatan itu adalah kerja Sharizal Jaszle sendiri yang mempunyai password akaun Twitter Redzwani. MyNewsHub

Bila Hantu Bangla Mengamuk…

India

DHAKA – Seramai 3,500 pekerja kilang kain di sini terpaksa berhenti melakukan kerja masing-masing apabila tempat kerja itu diserang hantu dan mengganggu mereka.
Justeru, para pekerja berkenaan enggan meneruskan kerja kerana pihak pengurusan kilang enggan mengambil langkah sewajarnya untuk menghalau hantu tersebut.
Inspektor polis kawasan industri Gazipur, Showkat Kabir berkata, pemilik sebuah kilang kain di sini dipaksa untuk berdoa dan mengedarkan makanan kepada fakir miskin pada Rabu lalu.
Usaha itu diharap dapat menghalau hantu yang sering mengganggu para pekerja di kilang berkenaan.
Kira-kira 3,500 pekerja berhenti melakukan kerja mereka di sebuah kilang di Gazipur di utara Dhaka baru-baru ini.
Para pekerja itu kemudian bertindak memusnahkan kelengkapan perabut kilang bagi memaksa pemilik kilang bertindak menangani masalah tersebut.
Para pekerja kilang mendakwa mereka diganggu makhluk halus semasa berada di dalam tandas wanita.
“Semua pekerja, pemilik dan pengurus kilang akan menyertai majlis doa itu. Kilang akan beroperasi semula pada hari Khamis (semalam) selepas dua hari ditutup kerana gangguan hantu,” katanya. – AFP

Gambar Terkini Jerebu Di Kota Tinggi Dan Pasir Gudang 2013


Gambar Dan Berita Terkini Jerebu Di Kota Tinggi Dan Pasir Gudang 2013. Beberapa Kawasan di Johor Bahru seperti Kota Tinggi dan Pasir Gudang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Bahaya atau peringkat Merah ketika bacaan diambil setakat 7 pagi 21 Jun 2013 . Berikut adalah beberapa foto yang dikongsikan mengenai keadaan Jerebu yang melanda Kota Tinggi dan Pasir Gudang.

Bacaan IPU 21 JUN 2013: IPU di Kota Tinggi mencatatkan bacaan 313 manakala Pasir Gudang pula 310.

Gambar Sekitar Felda Sungai Mas, Kota Tinggi

jerebu kota tinggi jerebu kota tinggi jerebu kota tinggi


Gambar Jerebu di Pasir Gudang
Jerebu-Pasir-Gudang pasir gudang 2 pasir gudang

Foto Ehsan dari Rakan FB yang berkongsi keadaan Jerebu Semasa

sumber

Laman Web Jiwang.Org Ditutup Akibat Kandungan Hakcipta


Laman web Jiwang.org sudah ditutup akibat perkongsian kandungan hakcipta terpelihara. Jiwang merupakan sebuah laman perkongsian filem dan muat turun lagu percumay dan telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.

Paparan Muka Jiwang.Org

jiwang

Pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. SKMM telah menghalang pengguna daripada akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini. sumber

TEMURAMAH EKSKLUSIF GADIS BERUWANG : MAS NAWAITU SOBIRIN


JOM KENALI GADIS DI SEBALIK VIDEO AKU NAK LELAKI BERUWANG | BIODATA GADIS BERUWANG | TEMURAMAH MAS BERUWANG | Pasti anda tertanya-tanya siapakah gadis di sebalik video yang bertajuk Gadis Beruwang yang menjadi viral dan perhatian ramai di laman sosial. Ikuti temuramah eksklusif dengan Masitah atau lebih dikenali sebagai Mas Nawaitu Sobirin di mazeermohamad.com.





Bila kali pertama Mas mula

Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual

Gangguan Seksual

London – Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.
Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.
Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.
Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.
Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.
“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.
“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.
Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.