NGERI: Suami Isteri Terbunuh Hanya Kerana Hendak Parkir Kereta!

on Monday, June 24, 2013

NGERI: Suami Isteri Terbunuh Hanya Kerana Hendak Parkir Kereta!

Tragedi malang menimpa sebuah keluarga di China apabila sepasang suami isteri terbunuh hanya disebabkan hendak meletakkan kereta di ruang parkir.

Kejadian yang berlaku awal malam Selasa lalu bermula apabila si suami turun dari kereta dan menunggu di belakang petak parkir.
Ini bagi membolehkan dia memberikan arahan pada si isteri yang berada di tempat duduk pemandu.
Malangnya kereta itu diundur dengan terlalu laju lalu menghimpit tubuh suaminya itu ke dinding.
Mendengar jeritan kuat suaminya yang meraung kesakitan, si isteri menghulurkan wajahnya ke luar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Disebabkan terlalu panik, si isteri tertekan pedal minyak dengan kuat, akibatnya kereta tersebut semakin laju berundur  ke belakang.
Sudahnya bukan saja si suami terus terperosok ke dinding, kepala isterinya juga parah kerana terhentak di tiang garaj!
Akhirnya si isteri mati di tempat kejadian, si suami meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Apa yang menyedihkan, anak mereka yang berusia enam tahun itu turut menyaksikan semua ini ‘live’ di depan mata kerana  turut berada dalam kereta itu ketika tragedi tersebut berlaku.
Inilah yang dikatakan MALANG TIDAK BERBAU… sumber

NGERI: Suami Isteri Terbunuh Hanya Kerana Hendak Parkir Kereta!
wifes-poor-driving-skill-kills-husband-herself-01-600x450

Achey Juara Bintang Mencari Bintang 2013


Achey muncul juara (pemenang) Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama sekaligus membawa pulang wang tunai RM200,000 menewaskan Bocik, Titan dan Tapaw dalam konsert final.
Bocik yang muncul Naib Juara membawa pulang RM100,000, Titan di tempat ketiga membawa pulang RM60,000 dan Tapaw di tempat keempat membawa pulang RM40,000.
Tahniah kepada Achey yenag muncul Juara BMB 2013 !
Berikut ialah keputusan penuh Bintang Mencari Bintang akhir:
Juara : Achey
Naib Juara : Bocik
Tempat ke 3 : Titan
Tempat ke 4 : Tapaw


Gambar Sumaiyah Romli, Pelajar Malaysia Yang Terkorban Di Jordan


Insiden kemalangan kereta pancuan empat roda yang terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah, di Amman, Jordan, menjadi satu titik hitam bagi lima pelajar Malaysia selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia pada petang Jumaat lalu. 

Pelajar Malaysia yang disahkan meninggal dunia dalam insiden kemalangan mengerikan itu ialah Sumaiyah Binti Romli. Allahyarham yang berasal dari Kedah dan menuntut di Universiti Kolej London dalam bidang Astronomi Fizik, meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan akibat kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkuk. sumber

Usus bocor dek penyapu

Usus bocor dek penyapu


Gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.

Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.

“Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.

“Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.-Sumber

PEMBONGKARAN! - HUBUNGAN DIANTARA KIBLAT, KAABAH DAN JUGA HARI KIAMAT.



Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 ).

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf, Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:


1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas. Arah yang ditunjukkan arah 4 jari mewakili pusingan arah lawan jam dan arah keatas ditunjukan oleh Arah ibu jari.


2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya.

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat? dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya...

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada setiap saat, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam, misal orang di sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya. Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya. Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT. Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik kelangit. Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah. Menuju Langit yang mana kemana disampaikan tu wallahualam. Yang jelas pasti tuhan telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya. Jadi selama 24Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit. Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solat dan tawaf (Kiamat?).


Kesimpulan

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgasana tuhan selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa merenung hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah jugak. Jadi harus "Saintis dan Ulama bersama-sama berbincang diantara satu sama lain untuk mengkaji serta mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan Tuhan, sehingga jiwa alan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu ( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Pandai, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini seladar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa tuhan Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi) jadi itu lebih banyak dan lebih percaya diri dalam kasih Tuahn Yang Maha Esa. Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya. Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat bererti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Ibrahim, Musa hingga Muhammad S.A.W, Nabi Isa menyempurnakan Turat dengan Injil, dan Muhammad menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran. Sehingga kita mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu . 

Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab. Neil Amstrong juga telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi jom ketahui dimana.


CRISTIANO RONALDO DIHADIAHKAN AL-QURAN (2 GAMBAR).



Bintang Real Madrid itu baru-baru ini mendapat hadiah kejutan dari Mobily, syarikat pembekal telefon bimbit Arab Saudi. Cristiano Ronaldo yang juga dikenali dengan julukan CR7 itu mendapatkan terjemahan Al Quran bahasa Portugal dari syarikat telekomunikasi terbesar di negara Timur Tengah itu.

Pemberian hadiah itu dilakukan dalam sebuah penggambaran iklan terbarunya di dubai.

Cristiano Ronaldo kelahiran Portugal, 5 Februari 1985 kelihatan di dalam foto sedang menerima hadiah mushaf Al-Qur'an dari seorang lelaki Arab.

Seperti dilaporkan laman tempatan Al-Riyadh, kapten pasukan kebangsaan Portugal ini didaulat Mobily untuk menjadi duta mereka. 

Dengan kontrak bernilai US $6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah iklan Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Secara rasmi menjadi bintang iklan Mobily, Ronaldo hadir untuk bergambar sekaligus menerima pemberian hadiah Al-Quran tersebut pada minggu lalu di Riyadh.

Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur'an di Riyadh, Arab Saudi.

Adakah bekas pemain nombor 1 dunia ini akan MEMELUK ISLAM? kerana tanda tandanya telah banyak kelihatan. moga2 dibukakan hati beliau untuk memeluk Islam.. mudah-mudahan hidayah Allah S.W.T melimpah ruah ke serata alam.

Berkayak di Antara Lelehan Lava Gunung Berapi (9 Gambar).

 


Berkayak di antara lelehan gunung berapi tidak akan anda pernah bayangkan untuk dilakukan. Aksi berani mati ini dilakukan oleh Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil yang mengharungi perairan di sekitar lelehan lava merah yang mengalir dari gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.

Namun, itu saja dianggap tidak cukup bagi kerana Pedro memutuskan untuk menjelajahi pantai dengan berjalan kaki. Menambahkan lagi cabaran, dia nekad menguji suhu panas lava sekitar 700 hingga 1100 darjah celcius dengan mencelupkan dayungnya dan segera mengangkatnya sebelum terbakar.


Dari pengalamannya, Ben mengungkapkan bahawa salah satu ancaman terbesar adalah wap beracun yang dihasilkan saat lava menghempas ke dalam air. Saat itu air laut boleh membakar kedua tangan mereka.