Jerebu: Patutlah Malaysia tak marah.. Sebab ni rupanya...

on Tuesday, June 25, 2013

Berang dengan jerebu yang menyelubungi negara mereka hingga menyebabkan ada lapangan terbang yang terpaksa ditutup, Singapura telah menggesa Indonesia mengambil `tindakan muktamad’ untuk mengatasi perkara ini..

Ketua Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura berkata, pihaknya mahu satu tindakan muktamad diambil oleh Indonesia berhubung perkara itu.

Indonesia bagaimanapun menyifatkan Singapura bersikap 'seperti budak' kerana merungut tentang masalah jerebu yang melanda negara itu ekoran kebakaran hutan yang berlaku di Pulau Sumatera.

Menteri Koordinasi Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono berkata, masalah kebakaran hutan dan jerebu tersebut berlaku secara semula jadi dan kerajaan Indonesia juga tidak mahu ia terjadi.

"Singapura hanya tahu berbuat bising (merungut) dan perlu berhenti bersikap seperti budak," jelasnya.

Tetapi yang hairannya meskipun Malaysia turut dilanda jerebu, Malaysia tidak langsung bersuara menegur Indonesia dalam perkara ini..

Ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.. kenapa agaknya??

Ini jawapannya...


Ladang milik Malaysia terbakar di Riau 
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.
Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.
Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.
“Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.
“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.
“Semuanya milik modal asing dari Malaysia.
“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.
Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.
Pemantuan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.
Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.
Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura ~ Free Malaysia Today
Ada orang kata ladang-ladang ini majoritinya dimiliki oleh beberapa pemimpin UMNO.. siapa agaknya dia? Laporan media Indonesia juga mendakwa ianya milik Malaysia..

Lapan Syarikat Ada Kaitan Dengan Malaysia Disiasat
JAKARTA: Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.
Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.
Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.
“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.
Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times

CARA MUDAH DAN MURAH BUAT TOPENG MUKA JEREBU!






FACE MASUK DIY YANG SANGAT AWESOME | Musim jerebu ni mesti ramai yang terfikir cara mudah dan jimat kos untuk menghasilkan topeng muka sendiri. Di sini Mazeer kongsikan kepada anda tutorial untuk membuat topeng muka jerebu anda sendiri yang boleh dibuat dengan bahan terbuang.



JOM TENGOK GAMBAR TUTORIAL CARA MUDAH DAN MURAH DIY FACE MASK JEREBU YANG SUPER AWESOME DI BAWAH.


|

|

|

|

|

LELAKI BUAT SEKS DENGAN BASIKAL!







LELAKI BUAT SEKS DENGAN BASIKAL DIBURU POLIS | Stockholm – Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal.



Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.



Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki

Wanita Malaysia Hina Islam Di Facebook!

hina nabi


Mana-mana umat Islam pasti akan berisghtifar membaca komen dibuat facebookers, Sally Yen.
Wanita jahil ini bukan sahaja mendakwa Islam adalah agama ciplak malah dengan lancang menghina Nabi Muhammad SAW.
Meskipun komen itu sudah dihapuskannya selepas menerima kecaman, ‘damage has been done’.
Beberapa laporan polis sudah pun dibuat terhadap Salley Yen dan tindakan tegas mesti diambil segera supaya tidak ada lagi orang lain yang berani menghina Islam sewenang-wenangnya.
Sampai bila kita hendak ‘bertahan’ dengan penghinaan yang semakin menjadi-jadi ini? sumber


Masterchef: Che Ta, Syura, Celina Ke Separuh Akhir

Master Chef

Program MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) semakin menghampiri kemuncaknya apabila tiga selebriti bakal bersaing malam ini untuk peringkat separuh selepas Kenchana Dewi diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Penyingkiran Kenchana Dewi diumumkan malam tadi selepas dia mendapat markah terendah berbanding tiga peserta lain yang turut bersaing bersama dengannya dalam cabaran menyediakan resepi malam tadi.
Kenchana mendapat 7.5 markah berbanding Syura (8.5), Che Ta (9.5) dan Celina (9.0). Untuk saingan malam tadi, mereka terpaksa bersaing dengan Chef Fuad dalam menyediakan sajian Risotto Tomyam mengikut resepi yang disediakan.
Chef Fuad yang merupakan saingan mereka adalah chef jemputan yang 22 tahun pengalaman dalam bidang masakan.
Dengan penyingkiran itu, Kenchana Devi berjaya menyumbang RM9000 kepada Child Information, Learning And Development Centre (CHILD).
Sementara itu, tiga peserta yang tinggal iaitu Rozita Che Wan, Syura dan Celina akan meneruskan saingan malam dalam pusingan separuh akhir untuk mencari siapakan dua finalis yang bertarung merebut gelaran juara MSM2.
Apakah cabaran yang akan mereka lalui pada malam ini? Siapakah yang akan tersingkir untuk memberi laluan kepada dua finalis merebut gelaran juara? Saksikan separuh akhir MasterChef Selebriti Malaysia 2 malam ini di saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134). – Murai

Kahwin Janda? Jimmy Bakal Adakan Sidang Media

Jimmy Shanley

Pengacara Jimmy Shanley, bakal mengadakan satu sidang media mengenai kontroversi yang kononnya dia sudah berkahwin bersama seorang janda.
“Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.
“Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya”, katanya kepada MH Online, hari ini. Mynewshub

Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Penjawat Awam


Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Bilangan 5 Penjawat Awam. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 akan berkuatkuasa mulai awal bulan julai ini. Individu yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

pekeliling

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Download Pekeliling Kenaikan Gaji Julai 2013 Penjawat Awam



sumber