Kucing menjadi jutawan

on Thursday, June 27, 2013


Kucing menjadi jutawan

PELIK TAPI BENAR. Bukan tahyul tapi kenyataan. Binatang juga boleh menjadi jutawan sedangkan begitu ramai manusia dihimpit kemiskinan.

                                                                   Gambar sekadar hiasan

Inilah yang terjadi ke atas seekor kucing hutan berwarna hitam yang diberi nama Tinker.
Kematian tuannya Margaret, janda berusia 89 tahun menjadikan Tinker kucing jutawan.
Margaret semasa hidupnya tinggal di Harrow, utara London. Dia tidak mempunyai anak dan hanya ditemani oleh Tinker sejak beberapa tahun lalu.

Gambar sekadar hiasan

Margaret meninggalkan wasiat yang menyatakan hartanya yang berupa rumah bernilai AS$562,000 dan wang sebanyak AS$160,000 diserahkan kepada Tinker. Nilai keseluruhan hampir RM2.6 juta.
Sejak Margaret meninggal, Tinker yang berusia 8 tahun telah mendapatkan dua teman hidup berupa dua ekor kucing bernama Lucy dan Stardust. Kehidupan ketiga-tiga kucing tersebut diurus oleh para jiran yang diamanahkan sebagai pengelola warisan Tinker
.
Para jiran itu juga akan mendapat manfaat daripada harta peninggalan Margaret. Ini kerana dalam wasiat itu dinyatakan jika Tinker meninggal dunia, maka segala harta pusaka akan jatuh kepada jiran tersebut.

Jarang kucing yang dapat hidup sehingga 15 tahun. Jadi para jiran itu tidak perlu menunggu beitu lama bagi mewarisi harta peninggalan Margaret.- Aneka Tips

Etnik Tercantik Didunia Namun Bukan Sebarangan Orang Boleh Melihatnya

Sibi Mela juga menjadi momen yang dimanfaatkan etnik setempat untuk menggelar pernikahan. Selama minggu penyelenggaraan Sibi Mela, banyak keluarga-keluarga Pushtun yang menikahkan anak-anak perempuan mereka. Sibi Mela adalah festival yang sudah berlangsung ratusan tahun di Sibi, wilayah Balochistan, 160 km dari lembah Quetta. Jangan hairan jika ketika berada di Sibi pada saat festival, pelancong boleh melihat keramaian keluarga-keluarga yang menikahkan anak gadis mereka. Cuba saja bersikap ramah dan berkenalan, siapa tahu anda boleh ikut diundang dalam meriahnya pesta pernikahan Pushtun. Namun, hormati budaya mereka ya.Jangan sembarangan memfoto gadis-gadis Pushtun yang cantik jelita. Adat istiadat setempat cukup tegas melarang foto tanpa izin pihak keluarga. Mereka biasanya bimbang fotonya disebarluaskan.

Kalau memang demikian, ya tidak apa-apa. Kagumi saja kecantikan gadis-gadis Pushtun ini dengan pandangan mata, dan biarkan jadi kenangan indah saat traveling di Pakistan.
Konflik bersenjata dan keadaan politik membuat negeri-negeri Pushtun tidak masuk dalam arus utama pelancongan dunia. padahal negeri ini punya sejuta pesona dan juga gadis-gadis Pushtun yang berbalut kerudung, Iran, Afghanistan dan Pakistan punya pancaran kecantikan yang tidak tertanggung. Banyak yang sudah membuktikannya!

Berikut, beberapa foto gadis-gadis ber-etnik Pushtun tersebut:








Masak la Zahid kali neh, saksikan KENAPA...

KUALA LUMPUR 26 JUN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab terhadap jaminannya bahawa orang yang ditahan tidak akan dikasaripegawai bertugas.

Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zahid juga menjelaskan berhubung kes kematian A Kugan ketika berada dalam tahanan polis pada 2009.

“Zahid memberi penjelasan yang tegas dalam Parlimen tadi dan saya ucapkan terima kasih.

“Dan sejurus selepas itu, Hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) membuat keputusan (kemenangan kes Kugan) walaupun masih ada ruang untuk rayuan dan sebagainya.

“Tetapi berdasarkan keterangan yang ada, Zahid wajar beri respon segera,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita.

Bedah siasat kedua mengesahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Mahkamah Tinggi tengahari tadi mengarahkan kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga mendiang Kugan yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya.

Terdahulu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh menegaskan dalam Parlimen hari ini bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.

Beliau menjelaskan demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.

Menteri berkenaan juga menafikan bahawa kematian dalam tahanan bukan disebabkan keganasan polis sebaliknya, kerana penyakit yang dialami tahanan.

Beliau berkata, mengikut rekod kematian dari tahun 2000 hingga Mei 2013, sebanyak 231 dicatatkan dan hanya dua kematian yang dicatatkan adalah berpunca daripada pihak polis.

“Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis, hanya dua kes sahaja.

“Daripada 231 kes, 196 tahanan mati akibat daripada penyakit asma, HIV dan serangan jantung,” kata Zahid lagi.

Selain Kugan, kes kematian seumpama itu turut melibatkan N Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.

Durian mantop lagi top "the musang king" , peminatnya pun mantop takleh celeng.. wakaka

Awek ni bukan penjual durian - sekadar hiasan
Musim durian tiba lagi. Sekitar klang dah ada peniaga menjual durian di tepi-tepi jalan. Jalan Batu Belah menghala ke Port Klang (detinasi memancing gua) ada dua gerai menjual durian.

Durian yang menjadi bualan hangat sekarang ini ialah 'musangking'. D24 dah tak main lagi. Musang king jadi buruan peminat durian di Malaysia ketika ini.

Apakah ciri -ciri durian Musang King? Apa Cara untuk Kenal During Musang King. Supaya anda taterbeli durian biasa dengan harga 'musang king'

Sewaktu membeli saya sempat bertanya apakah yg boleh buat kita kenal yang buah yang kita beli adalah musaing king. Perkara pertama yang saya perasan ialah tangkatnya sengaja diikat bersama daun durian. Saya tak sempat ambil gambar, tapi ada 2 lagi ciri yang kita boleh dilihat dari buah itu sendiri

Rampas Kuala Besut permudah tawan Terengganu


Tapak Sulaiman Pada Pangkal Buah

Pangkal buah Musing king terdapat bentuk bintang besar dan jelas, yang menjadi petanda kepada pangsa buah itu sendiri


Bumper Sekeliling Tangkai

Saya guna istilah bumper la senang, pada tangkai musang king terdapat bumper yang menang ketara mengelilingi tangkainya. Lihat gambar
 

BOTOL COCA-COLA DIPERBUAT DARIPADA AIS!






BOTOL BARU COCA-COLA DIBUAT DARI AIS | Inovatif botol yang diperbuat daripada ais yang dicipta oleh Coca-Cola untuk musim panas.



Direka oleh Ogilvy & Mather untuk Coca-Cola, botol ais menyegarkan telah diumumkan di pantai di Cartagena, Colombia.



Label Coca-Cola dibalut di sekeliling botol akan melindungi tangan anda dan botol itu sendiri akan mencairkan diri selepas anda menggunakannya

ISTANA PALING BERHANTU DI SCOTLAND







ISTANA PALING BERHANTU DI SCOTLAND | Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke-12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.



Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan aneka pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini. Banyak keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi

MUZIUM DI DASAR LAUT YANG MENYERAMKAN!






MUZIUM BAWAH LAUT YANG UNIK DAN PELIK | Sebuah Muzium Sunyi, yang sering disebut-sebut sebagai patung taman bawah laut terbesar di dunia, Terletak di bahagian utara negara  Quintana Roo Mexico pada akhir 2010 atau awal 2011.

Dikenali sebagai Taman Laut Nasional Isla Mujeres, muzium bawah laut berisi lebih dari 400 patung ketika dibangun sebagai bahagian dari Projek Evolusi Diam.



Anda