Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama

on Friday, June 28, 2013

Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama| Khabarnya pada hujung bulan Mei yang lalu, Norman, Memey Suhaiza dan Abby Abadi telah bercuti bersama-sama di sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.
Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama

Menerusi laman Instagram milik Memey, jelas kelihatan kemesraan dan ikatan kekeluargaan mereka. Namun  sehingga kini hanya mereka sahaja yang mengerti dan memahami antara satu sama lain. Semoga terus berbahagia diucapkan kepada Abby mahupun Norman dan Memey.  - Lihat pada gambar bercaption" Pada Syurga Di Wajahmu" dan komen peminat dibawah...

Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama


Gambar Norman, Memey Dan Abby Bercuti Bersama
# Semoga yang baik2 saja buat pasangan ini.... sumber

Bapa Gila, Pukul, Libas Guna Gergaji Dan Hempas Anak Ke Lantai

Bapa Gila, Pukul, Libas Guna Gergaji Dan Hempas Anak Ke Lantai | Seorang bapa yang rimas mendengar tangisan anak berusia tujuh tahun, seorang lelaki sanggup memukul dan melibas gergaji di badan anaknya itu supaya mangsa akan berhenti menangis di kediaman mereka di Batu 2 1/2 Cheras.
Bapa Gila, Pukul, Libas Guna Gergaji Dan Hempas Anak Ke Lantai

Tidak cukup dengan perbuatan gila itu, si bapa yang berusia 43 tahun itu terus gagal mengawal kemarahannya bertindak lebih kejam apabila mencampak kanak-kanak lelaki terbabit ke lantai.

Isterinya yang terkejut dengan tindakan mangsa itu berlari mendapatkan anaknya yang meraung kesakitan sebaliknya suspek tidak mempedulikannya dan terus beredar.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pudu, Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya sebelum membawa anaknya itu ke klinik untuk menerima rawatan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1 tengah hari suspek yang sedang mandi terdengar tangisan anaknya di ruang tamu.

“Pada mulanya suspek mengarahkan isterinya menghentikan tangisan anak lelaki mereka namun selepas beberapa minit mangsa masih menangis, suspek yang selesai mandi terus keluar dan memarahi anaknya.

“Malah, dia bagaikan dirasuk setan bertindak memukul anaknya beberapa kali namun tindakannya itu menyebabkan mangsa yang kesakitan meraung kesakitan,” katanya.

Menurut sumber, lebih teruk, suspek kemudian mengambil gergaji dan terus melibas ke badan mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa menggelupur kesakitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. sumber


Rumah Almy Nadia Di Kampung Terbakar, Ibu Patah Tulang Rusuk

Rumah Almy Nadia Di Kampung Terbakar, Ibu Patah Tulang Rusuk | Almy Nadia ditimpa ujian lagi selepas baru sahaja putus cinta dengan Fizz Fairuz apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.
Rumah Almy Nadia Di Kampung Terbakar, Ibu Patah Tulang Rusuk

Menurut Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi dia tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

"Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya ketika dihubungi wartawan.

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

"Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

Menurut Almy lagi, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

"Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

"Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan," katanya.

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

"Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.

"Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. sumber


(8 GAMBAR)Qi Razali & Nelydia Senrose Bercuti Di Langkawi

Nampaknya Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak lagi cuba menyorokkan hubungan yang semakin mekar antara mereka berdua. Terbaru pasangan bercinta ini telah berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi. Jangan risau kerana mereka tidak pergi berdua, sebaliknya ditemani oleh rakan-rakan.
qi dan nelydia langkawi
Walaupun masih ada peminat yang masih tidak dapat melupakan percintaan antara Qi dan Yuna, Abang Nara rasa kita perlukan lupa kisah silam. Nelydia pun tak kurang cantiknya. Malah mereka berdua nampak sangat comel dan mempunyai perangai gila-gila. Pasti happening percintaan mereka.
qi dan nelydia langkawi
Semoga hubungan Qi dan Nelydia akan bertambah mesra dan satu hari nanti akan tiba ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi

PANAS: Benjy Tumbuk Jurugambar Rakam Wajahnya

Benjy

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryl Benjamin bertindak agresif apabila menumbuk jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.
Mungkin kerana menyedari yang kisah penahanannya akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai.
Aktor yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu bertindak mengasari dan menumbuk jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan lima lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Pagi Rabu lalu, Benjy ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi.
Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut.
Selain dirinya, turut ditahan adalah 5 yang lain termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun .Ujian mendapati Benjy positif dadah jenis syabu. MyNewsHub

Eira Syazira tertekan didera Azad Jazmin di rumah

Azad Jazmin
Sejak melahirkan anak pertama mereka pada 11 Januari 2013 lalu, Eira Syazira kini berdepan tekanan dan paksaan


dari suaminya, Azad Jazmin untuk menguruskan badan dan langsing seperti sewaktu zaman anak daranya dulu. 
Menerusi majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran beberapa hari lepas, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan berat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak akan membenarkannya kembali aktif berlakon, sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

“Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah."

“Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit.”

Berkongsi pengalamannya selepas bergelar ibu, Eira Syazira mengakui semakin memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi kerana bukan sahaja perlu menguruskan anak dan keluarga malah dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.
“Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga.” 
Bagaimanapun, Eira sangat bersyukur kerana sejak kelahiran anak pertamanya, Amarra Sofea Rose, rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Yang terbaru, dia baru sahaja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos depan.

GAMBAR MESRA HANIS ZALIKHA DISEBAR BEKAS KEKASIH


PERJALANAN sebagai seorang selebriti tidak menjanjikan seseorang itu akan melalui detik-detik indah semata-mata dalam hidupnya.

Sebaliknya, tatkala kaki melangkah ke dalam bidang seni, maka artis tersebut perlulah bersedia berkongsi segala cerita termasuk perihal peribadinya.

Biarpun sedaya upaya ditepis, namun lama kelamaan seseorang itu harus akur bahawa hak privasinya tidak lagi seperti dahulu dan perkara itu diakui sendiri oleh selebriti yang semakin meningkat naik, Hanis Zalikha.

Mengakui tidak selesa dan berasa janggal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian, namun akhirnya terpaksa akur bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti tidak memungkinkan dia boleh berbuat demikian.

“Saya akui, pada mulanya saya tidak suka bercakap mengenai hal peribadi, tapi lama-kelamaan saya mula belajar bahawa ada kalanya bukan kerja sahaja diberi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadi seseorang artis itu.

“Bagaimanapun saya jadi lebih berjaga-jaga agar perkara yang tidak sepatutnya didedahkan, diketahui umum kerana nanti lain pula jadinya.

“Lagipun saya tak mahu orang salah sangka mengenai penglibatan saya dalam bidang ini. Saya tak mahulah hanya kerana satu perkara remeh, karier saya jadi taruhan,” ujarnya yang mula dikenali menerusi filem Gangster Celop.

Ditebak mengenai gambar mesranya dengan seorang lelaki tersebar di ruang maya minggu lalu, Hanis yang juga pengacara dan blogger terkenal mengakui agak terkejut dan bingung mengenai punca penyebaran gambar tersebut.

“Gambar tersebut diambil dua tahun lepas dan lelaki tersebut adalah bekas teman lelaki saya. Dia yang muat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

“Saya pun agak tertanya-tanya apa motif di memuat naik gambar itu. Mungkin dia terkenang kembali kot (ketawa). Mula-mula saya tak kisah mengenai gambar tersebut, tetapi bila keluar di dada akhbar dan ada pula yang kata saya kaki propa, jadi tak seronoklah.

“Bagaimanapun saya difahamkan, dia sendiri sudah memadam gambar tersebut. Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai lumrah apabila bergelar artis,” jelasnya.

Rindu berlakon

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, ini mengakui agak rindu untuk kembali berlakon kerana dia kini lebih banyak dihujani tawaran mengacara.

Ujarnya, dia juga berasa bersyukur kerana dalam tempoh setahun namanya melonjak naik daripada seorang penulis blog kepada seorang artis yang dikenali ramai.

“Jika dulu saya sering kata saya mahu mencuba, tapi sekarang saya mula jatuh cinta dan rindu juga untuk kembali berlakon.

“Tapi buat masa ini saya terpaksa fokus dalam bidang pengacaraan. Antara program yang saya buat adalah Muzik Xtra di saluran TVi, Raikan Cinta di Astro Ria dan bakal menjalani penggambaran rancangan Mad Markets di TV9 juga akan dibuat penggambaran untuk musim kedua,” katanya.

Hanis juga mengakui agak berdebar untuk menjadi pengacara di karpet merah sempena Anugerah Blokbuster 2 di samping Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal pada 15 Jun 2013 ini yang akan bersiaran secara langsung di Astro Ria Saluran 104 pada jam 8.30 malam.

“Ini adalah pengalaman saya yang pertama kali dan saya akui agak gementar. Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kerana pengalaman saya mengacarakan Muzik Xtra secara siaran langsung sedikit sebanyak membantu saya,” jelasnya.

Jaga penampilan

Berkongsi perubahannya selepas dikenali ramai, Hanis berkata, dia mula menjaga imej apabila keluar kerana ibunya sering berpesan agar berpakaian lebih kemas kerana tidak tahu siapa yang akan dijumpai pada hari itu.

“Dulu saya pakai ikut apa saya suka, tetapi kini saya mula merias diri sedikit. Tetapi tidaklah secara keterlaluan sangat,” katanya yang turut berlakon dalam filem terbaru arahan Aaron Aziz, Kriptik.