Ustaz Azhar Idrus Calon Pas Hulu Besut?

on Friday, June 28, 2013

Ustaz Azhar Idrus Calon Pas Hulu Besut?

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.
Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.
Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.
Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.
UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.
Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.
Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.
Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.
Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!
Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat.
Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih.
Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.
Rasanya kalau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.
Namun terpulanglah kepada yang empunya diri.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit.
Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.
Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Ke macam mana Ustaz? MyNwesHub

Pembunuh Dirang Dihukum Gantung Sampai Mati

Kes Bunuh

Mahkamah Tinggi di Johor Bharu sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muidin Maidin, 26, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut selepas mendapati keterangan pembelaan ke atas Muidin gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11.30 pagi 1 Mac 2012 sehingga 12 pagi 2 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mengaku menjadikan dendam motif utama, lelaki itu nekad menculik Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang yang merupakan cucu warga emas berkenaan ketika si kecil keluar dari rumahnya yang terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang seorang diri pada 1 Mac tahun lalu.
Dirang
Pada hari kejadian, Dirang keluar rumah untuk membeli mi segera setelah mengadu lapar sebaik bangun tidur kepada ibunya. Siapa sangka, hajat untuk menikmati makanan tidak kesampaian apabila dia kemudiannya dicekik sampai mati. Sudah pasti, si kecil yang baru berusia 5 tahun itu masih terlalu mentah untuk mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu.
Tidak cukup dengan meragut nyawa Dirang, pembunuhnya memasukkan pula mayat Dirang ke dalam satu lubang sebelum dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.
Tujuh hari kemudian, barulah mayat Dirang yang hanya tinggal serpihan rangka rentung ditemui anggota polis yang melakukan siasatan selepas kehilangannya dilaporkan ibu bapa Dirang, Roselyn Alan, 25, dan Lima Medeng, 25. Ujian DNA mengesahkan perkara ini.
Dirang-Nurul-Nadirah
Sebaik sahaja berita pembunuhan kejam Dirang diketahui umum menerusi laporan media massa, rata-rata masyarakat yang berang mendoakan pembunuhnya segera diadili dan diberikan hukuman berat.
Hari ini, doa dan harapan itu nyata terlaksana. Pembunuh Dirang, buruh kontrak bernama Muidin Maidin, 27, diputuskan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas pihak pembelaan didapati gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat.
Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya.
“DNA kamu berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.
“Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun kamu menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.
“Kamu cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan kamu menjangka kamu bijak,” katanya.
Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit.
Syukurlah, keadilan terhadap Dirang dapat ditegakkan. Semoga hukuman ini mampu menimbulkan gerun di hati manusia yang terdetik mahu berbuat jahat terutama terhadap anak kecil di luar sana! MyNewsHub

SEGERA: Jawatankuasa Fatwa Perlis HARAMKAN Shisha!

SEGERA: Jawatankuasa Fatwa Perlis HARAMKAN Shisha!

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.
Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.
Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.
Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.
“Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran,” katanya.
Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. BERNAMA

Wanita Hamil Digelek Lori Sampai Terberanak Di Tempat Kejadian

Difahamkan mangsa merupakan seorang wanita yang bakal menjadi ibu. Ketika wanita yang sedang berbadan dua itu sedang asyik menunggang motorsikal, tiba-tiba dia hilang kawalan dan telah dilanggar lori. Janinnya telah terkeluar dari perut,dan kedua-dua nyawa telah terkorban di tempat kejadian. Kejadian berlaku di Thailand...














Gadis cantik menjadi nenek tua selepas melakukan hubungan intim!!

Gadis cantik menjadi nenek tua selepas melakukan hubungan intim!!

Saya “Bob” (bukan nama sebenar) ingin mengetengahkan kisah yang pernah berlaku kepada saya 6 tahun yang lepas. Walaupun sudah lama perkara ni berlalu, tetapi masih tetap kekal di minda saya.
Tidak malu ingin saya mengaku bahawa saya ini dulunya nakal / jahat orangnya. Berasal dari keluarga yang tidak sempurna, saya mencari ketenangan dari dunia luar. Ini kerana ibu bapa (bapa saya kaki botol / berjudi) saya kerap  bergaduh di rumah dan sebab itulah saya kerap tidak pulang.Saya sering ke tempat-tempat hiburan untuk berkenalan dengan wanita-wanita dan meniduri mereka. Inilah aktiviti yang kerap saya lakukan. Saya mengaku bahawa perbuatan saya ini keji dan tidak seharusnya diikuti oleh sesiapa sahaja.
Perkara ini berlaku untuk beberapa tahun hinggalah pada suatu malam.Saya berkenalan dengan seorang wanita, wajahnya cantik, badannya ramping, wanita yang “sempurna” pada pandangan saya, tidak pernah saya jumpa sebelum. Saya pun bermula berbual, bermesra dengannya. Setiap malam saya akan menunggu wanita tersebut dengan perasaan yang ghairah.
 Entahlah, setiap malam saya seakan tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Jikalau tidak jumpa wanita tersebut, badan saya terasa panas dan cepat marah. Ini tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini.
Pada satu malam, sekali lagi dengan perasaan yang ghairah, saya menunggunya. Setelah beliau datang, dia pun mengajak saya ke hotelnya. Saya pun tidak menolak (kerana telah biasa dengan wanita2 lain) dan mengikutinya ke bilik hotel. Pada malam tersebut, saya menidurinya.
Pada keesokan hari, saya bangun, saya nampak wanita tersebut masih tidur di sebelah membelakangi saya (jadi saya tidak nampak mukanya). Saya pun bangun ingin ke bilik air untuk membersihkan diri. Bila keluar saja dari bilik air, saya nampak bahawa wanita itu masih sedang tidur. Saya pun menghampiri beliau dan terperanjat apabila wajah si wanita itu berkedut seperti seorang nenek tua. Kulit badannya pun semua berkedut2. Tercegat saya beberapa minit sambil berfikir bahawa, wanita inikah yang saya bermalam bersama?
Dengan bersarung tuala di pinggang saya, saya tidak berfikir panjang lagi, saya terus capai pakaian saya dan lari keluar dari bilik hotel tersebut.

Sekadar hiasan


 Betul, saya lari macam lipas kudung (terasa sejuk je bila lari dengan tidak pakai seluar). Sambil saya lari, wajah “nenek tua” tersebut terngiang-ngiang di minda saya. Tiba sahaja di lobi hotel, saya pun tukar pakaian. Mujurlah pagi tersebut tidak ada orang sangat.Saya memberitahu kepada rakan2 saya dan salah seorang rakan mempunyai pakcik yang merupakan seorang pakar. Beliau memberitahu saya bahawa saya telah meniduri seorang nenek tua yang bersusuk untuk kelihatan cantik dan muda. Tetapi motif nenek tua tersebut meniduri saya masih menjadi misteri dan macam mana susuknya “jatuh” pada pagi tersebut pun saya tidak tahu.Sejak hari tersebut, tidak lagi saya berulang “aktiviti bodoh” saya. Tidak lagi saya ke tempat2 yang “kotor”. Apapun, kini ibu saya sudah bercerai dengan bapa saya, dan tinggal bersama saya. Saya pula sudah berumahtangga dengan dua orang puteri. Saya pun telah ke jalan yang betul dengan binbingan isteri saya.Pengalaman saya ini untuk menasihati pendengar2 muda kita supaya berfikir risiko pada setiap perkara yang dilakukan, tidak semestinya berkaitan dengan alam misteri. Terpulanglah jikalau para pendengar ingin percaya pengalaman saya ini tetapi ingatlah, MJ12 adalah satu hiburan.Terima Kasih dan Selamat Malam…Copyright Misteri Jam 12™ kelolaan DJ KC™ di RIA 89.7FM. Anggap Sebagai Hiburan Sahaja.Sumber

Fasha Sandha Ialah Seorang Wanita Besi

fasha sandha
Kalau kisah hidup Fasha Sanda dijadikan filem, Abang Nara berani jamin ianya akan meletup dan mendapat kutipan lebih RM10 juta. Siapa yang taknak tengok susur galur kehidupan artis paling kontroversi Malaysia. Jatuh berkali-kali tetapi tetap gah dan bangun semula. Ikuti temubual ekslusif Muraidan Fasha Sandha bekenaan kemenangannya di ABPBH2010 baru-baru ini:-
MURAI: Firstly, tahniah atas kemenangan Fasha sebagai Pelakon Wanita TV Popular?
FASHA: Syukur Alhamdulillah. Kemenangan yang tidak dijangka. Memang saya terkejut apabila nama saya dipanggil kerana saya sangkakan Lisa atau Tiz Zaqyah yang akan menang untuk kategori ini. Apapun, syukur dan berterima kasih kepada peminat saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat yang tidak jemu memberi sokongan sehingga sekarang.
Terima kasih kepada semua follower saya di twitter @FashaSandha1 dan fan page ‘We love Fasha Sandha’. Mereka sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
Mereka juga sering memberi kata-kata semangat buat saya. Tak lupa juga kepada wartawan yang memberikan sokongan terhadap kerjaya saya. ‘Thanks for being there for me through good times and bad times’.
MURAI Ramai yang berpendapat Fasha Sandha telah bangkit semula setelah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini (komen)?
FASHA: Syukur. Saya adalah wanita besi. Saya pernah melalui banyak pengalaman suka dan duka. Jadi saya sudah lali. Setiap kali ada cerita yang tidak enak, saya biarkan saja. Ianya akan berlalu.
MURAI: Saat diumumkan sebagai pemenang, bagaimana perasaan Fasha pada malam tu?
FASHA: Sebelum saya naik ke Genting saya tidak mengharapkan apa-apa kemenangan. Saay pergi umtuk jadi one of the presenter. Say ajuga pergi untuk memberikan sokongan pada Berita Harian yang banyak berjasa pada saay. Tiba-tiba nama saya dipanggil untuk menerima anugerah kategori Pelakon TV Wanita Popular. Saya rasa sangat terkejut. I wasn’t prepare to go up on stage to win so saya tidak sediakan sebarang ucapan. Jadi saya tidak tahu apa yg saya perlu kata ketika berada di pentas. Ucapan yg saya berikan itu adalah secara spontan. Ianya lahir ikhlas dari hati saya.
MURAI: Sekarang ini, Fasha dah boleh terima tak hakikat kemenangan Fasha?
Fasha: Alhamdulillah, ini kemenangan kelima untuk ABPBH. Syukur, Alhamdulillah. Insyaallah, saya akan cuba buat yang terbaik di masa akan datang.
MURAI: Merampas semula gelaran yang pernah dipegang satu masa dulu, tak mudah. Lebih-lebih lagi pada saat Fasha terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana Fasha melakukannya (menang)?
FASHA: Peminat sekarang sudah pandai menilai bakat seseorang artis. Jadi mereka tidak pedulikan segala kontrovesi tersebut. Mereka menilai pada bakat dan lakonan serta kualiti kerja saya.
MURAI: Adakah ini merupakan satu kejayaan yang manis?
FASHA: Sangat manis… kemenangan yang tidak dijangka dan akan diingati sepanjang hayat.
MURAI: Apakah agaknya faktor utama yang mendorong peminat memilih Fasha sebagai pemenang?
FASHA: Bakat., komitmen dan kualiti kerja. Juga kejujuran sayapada mereka.
MURAI: Adakah fasha rasa bakat Fasha kini lebih dihargai berbanding kontroversi?
FASHA: Syukur Alhamdulillah, bakat dan populariti, harus seiring, Alhamdulillah.
MURAI: So, apa azam Fasha Sandha sekarang ini?
FASHA: Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya juga akan cuba perbaiki kelemahan saya. Insya Allah saya juga akan mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya di masa yang akan datang.
MURAI: Apa projek terkini Fasha?
FASHA: Saya akan menjayakan drama bersiri 13 episod RtM2 : 5 tahun 5 minit serta drama bersiri 28 episod slot Akasia Tv3 : Dewa Chintaku. Malah, saya juga akan menyambung kontrak bersama Habib Jewel untuk tahun yang ke-3.
MURAI: Kebelakangan ini, Fasha asyik berlakon drama. Bila nak kembali ke layar perak?
FASHA: Insya Allah, tidak lama lagi peminat pasti akan melihat saya di layar perak menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Filem ini menampilkan saya sebagai heroin kepada Awie. Ia bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Saya juga ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain tapi karektor dan jalan ceritanya agak kurang menarik. Jadi, saya tolak tawaran tersebut.
MURAI: Bagaimana dengan kehidupan peribadi sekarang?
FASHA: Sangat bahagia dan gembira. Salon saya juga mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Tahun yang paling bermakna untuk saya. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selama lamanya.

Aaron Aziz Akui Pernah Jadi Gangster Di Singapura

Aaron Aziz Akui Pernah Jadi Gangster Di Singapura | Aaron Aziz mengakui dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral ketika zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron Aziz Akui Pernah Jadi Gangster Di Singapura

Menurut Aaron Aziz lagi, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

“Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.

“Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya,” katanya.

Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis lalu bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz

Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.

Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.

“Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.

“Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.

“Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri,” ujarnya. sumber