Alyah Tutup Instagram Tertekan Di Hentam Peminat

on Saturday, June 29, 2013

Alyah Tutup Instagram Kerana Enggan Di Hentam Peminat | Alyah diberitakan akan mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya dalam masa terdekat  bagi memberi fokus penuh kepada proses penghasilan album terbarunya.

Alyah Tutup Instagram Kerana Enggan Di Hentam Peminat

"Saya akan tutup Instagram buat sementara sebab saya perlu fokus pada album terbaru saya.

"Bukan saya tak hargai peminat tapi saya lebih suka peminat terima saya seadanya. Lebih baik saya ada seorang peminat yang begitu daripada ramai peminat tapi menghentam saya," kata Alyah lagi.

Alyah yang kini berusia 32 tahun mengakui tertekan apabila membaca komen-komen berbaur hentaman yang ditulis pengikutnya di Instagram itu.

"Saya suka baca komen-komen itu tapi apabila dah terbaca, saya tertekan," Tambah Alyah yang berharap album terbarunya itu dapat disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini. sumber

5 Gambar Myvi Terbakar Di Stesen Minyak

5 Gambar Myvi Terbakar Di Stesen Minyak | Berikut adalah laporan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Facebook mengenai kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan di sebuah stesen minyak. Berikut adalah kenyataan tersebut.

5 Gambar Myvi Terbakar Di Stesen Minyak

28 Jun 2013 jam 2145 malam PGO Kl telah menerima panggilan kecemasan kebakaran kereta di stesen minyak BHP di Jalan Cheras berhampiran Pasar Malam 'Downtown' Cheras.

PGO KL telah mengarahkan BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan Unit RIM ketempat kejadian. Kebakaran melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah produa Myvi dan sebuah Citroen. Punca kebakaran dalam siasatan bahagian penyiasatan.

5 Gambar Myvi Terbakar Di Stesen Minyak | Berikuta adalah laporan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Facebook mengenai kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan di sebuah stesen minyak.

5 Gambar Myvi Terbakar Di Stesen Minyak

5 Gambar Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

5 Gambar Kereta Terbakar Di Stesen Minyak

#Sila matikan enjin kenderaan anda ketika mengisi minyak. sumber

Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle?

Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle? Kisah panas Shahz Jaszle dan seorang gadis yang bernama Farah sememangnya sedang hangat diperkatakan di media sosial. 

Zubir BH Bergaduh Dengan Shah Jaszle?

Terbaru menerusi Astro Gempak, mereka telah menerima berita mengenai seorang wartawan yang cukup dikenali, Zubir Mohd Yunus telah bergaduh (bertikam lidah) dengan Shah Jaszle.

Menurut sumber mereka lagi, penulis di ruangan Bi-Pop, Berita Harian itu telah mengadakan pertemuan dengan pelakon Shah Jaszle petang semalam untuk sesi temuramah namun keadaan menjadi tegang apabila Zubir dikatakan telah memarahi Shahz Jaszle.

Bagaimanapun, pihak Astro Gempak yang tidak mahu mendengar cerita dari sebelah pihak terus mendapatkan maklumbalas daripada Zubir sendiri mengenai perkara tersebut.

Melalui laman sosial Intagram dan Facebook miliknya, Zubir telah memuat naik gambarnya bersama Shahz Jaszle yang tertulis ‘Masam2 manis sepetang bersama @shahzjaszle’.

Dalam pada itu, Zubir juga sempat berpesan, “Jangan dengar dan percaya pada spekulasi..” sumber

Budak Darjah 4 Dirogol Tiga Abang Kandung, Bapa Saudara

Rogol

BALING – Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.
Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.
Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.
Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman. – Sinar Harian

Kejam! Mayat Kanak-Kanak DIBUNUH, DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi malam tadi. 

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan itu kepada polis. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, katanya.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa. 

“Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan,” katanya.

Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. 

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu. 

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR. 

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya. 

“Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,” katanya sebak. sumber

Pelajar ‘cair’ terima SMS akhirnya diperkosa buruh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_2MwPdPJ18uqi0Q9a53AMnzuWBIsEohhCAg-TxSfd4Mjto0OrzbEjKb_5xpfX6mZadKppSNr_ApU05IXhFux7s-tVCb0JfsZx5i7zEHH-e3c0QsuI4QGGrLZAbJM1z4cKqpU-p2mxHnI/s1600/000.jpgSeorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.
“Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.
“Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa cuba melawan suspek namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.
“Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.
“Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang,” katanya. sumber


(GAMBAR) Bayi Berkepala Dua Di Indonesia

Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.
Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.
“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.
“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.
Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.
Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.
Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.
Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya.
Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.
“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.
“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya. sumber