Aksi Lucu Jet Li

on Sunday, June 30, 2013


JET LI dikatakan membawa karakter yang berbeza untuk filem ini.
TIDAK sah filem kung fu tanpa kelibat Jet Li. Malah lelaki berumur 50 tahun itu sudah terlibat dengan lebih 43 buah filem yang kebanyakannya genre aksi. Bukan itu sahaja, Li yang sebelum ini muncul dalam filem The Flying Sword of Dragon Gate dan The Sorcerer and the White Snake, diberikan peranan polis yang mempamerkan ketangkasannya berkung fu.

Filem itu merupakan filem keempat gabungan Li dengan aktor, Wen Zhang. Zhang baharu sahaja muncul dalam Journey to the West yang diarahkan oleh Stephen Chow. Sebelum ini, mereka pernah terlibat dalam filem The Sorcerer and the White Snake yang menyaksikan Li memainkan peranan guru dan Zhang memainkan peranan sebagai pengikutnya.

Chui Po Chun, penerbit untuk filem Badges of Fury mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penerbitan filem termasuk filem seperti siri Once Upon a Time in China, Crouching Tiger Hidden Dragon dan Tai Chi Master.

Filem ini turut dibintangi para pelakon Hong Kong yang terkenal serta veteran seperti Raymond Lam, Michael Tse, Kevin Cheng, Leung KaYan, Stephen Fung, Alex Fong Lik Sun, Stephy Tang Lai Yan dan Josie Ho Chiu Yi.

ANTARA babak lucu yang akan memikat hati penonton.

Pakar kung fu seperti Wu Jing, Colin Chau dan Leung Siu juga membuat penampilan khas dan bakal membuatkan khalayak teruja dengan kemunculan mereka.

Filem aksi tidak akan sempurna tanpa bimbingan pakar koreografer aksi. Filem Badges of Fury ini dibimbing oleh Corey Yuen, seorang pakar koreografer aksi yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dengan pelbagai filem Hong Kong serta Amerika seperti The New Legend of Shaolin, The Expendables, X-Men dan The Transporter.

Dalam satu temu ramah yang diadakan di Beijing, China untuk promosi filem yang telah mula ditayangkan pada 27 Jun lalu, Li memberitahu bahawa dia sebenarnya teringinkan watak jahat yang dibawakan oleh Chau.

“Saya tidak tahu kenapa Zhang boleh menyukai tiga orang gadis dalam filem ini manakala saya hanya duduk di sebelah dan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati,” ujar Li dalam nada lucu dengan menambah dia agak iri hati dengan Zhang yang memonopoli perhatian gadis-gadis dalam filem ini.


LI (kiri) bergandingan dengan pelakon Zhang untuk filem Badges of Fury.

Buat Michelle Chen yang merupakan bunga dalam filem ini, dia mengaku berhadapan banyak cabaran kerana tidak pernah terlibat dengan filem aksi komedi.

“Saya terlalu baru untuk genre komedi, jadi rentaknya merupakan sesuatu yang sangat saya titik beratkan. Namun, bekerja dengan Li sangat menyeronokkan. Saya sangat terkejut melihat dia sebenarnya boleh menjadi nakal. Dia akan berjenaka dan membuat kami semua ketawa pada setiap hari. Dia berusaha untuk membuatkan semua yang terlibat berada dalam mood yang menyenangkan kerana kami berada dalam filem bergenre komedi,” kata Chen.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp


Cinta Elfira, Baim Sekadar Gurauan



KEREMAJAAN serta kelopaknya yang mekar berkembang semakin mempesonakan. Pelakon genit Elfira Loy ini pantas sahaja menawan perhatian. Ketika sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Demi Dia, tiba-tiba namanya terpanas dengan kisah cinta bersama aktor dari seberang, Baim Wong.

Semua itu gara-gara pengakuan Baim tentang cinta mereka menerusi rancangan MeleTOP yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada Selasa lalu.

Elfira, 19, manakala Baim Wong, 32, kali pertama dipertemukan dalam sebuah drama berjudul Untuk Terakhir Kali pada tahun lepas. Walaupun mereka dipertemukan di lokasi itu, Elfira dan Baim sebenarnya telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 iaitu ketika Elfira berusia 17 tahun.
Mendapatkan sendiri kepastian daripada Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011, Elfira ternyata seorang gadis yang suka berterus-terang. Sedikit berbeza berbanding apa yang tersiar dalam akhbar dan blog hiburan pada Khamis lalu, Elfira memberitahu Sensasi Bintang:

"Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang.
"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey," ulas Elfira berbunyi jujur.

BAIM menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira.
"Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan," jelas Elfira yang bersifat terbuka.

Tambah Elfira: "Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang."
Bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon yang terkenal menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu, pelakon yang baru selesai penggambaran filem pertamanya, Rentap itu menjelaskan bahawa dia mengikuti perkembangan Baim menerusi laman sosial Path sejak tahun 2011 lagi.

"Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan," kata Elfira yang pernah juga digosipkan bercinta dengan seorang lagi aktor dari seberang, Randy Pangalela.

Mendakwa dirinya tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta, penuntut Kolej Damansara Utama itu memberitahu, dia tidak pernah meletakkan faktor usia sebagai sekatan untuk terlibat dalam soal cinta biarpun umur masih remaja.
Seperti yang dijangka oleh Elfira sendiri, Baim yang dihubungi dari lokasi fotografi bersama sebuah majalah di Bangi, Selangor pada Khamis lalu sempat meluangkan masa untuk ditemubual.

"Saya hanya bercanda tentang hal itu. Antara saya dan Elfira memang tidak ada hubungan istimewa, cuma teman biasa. Usah fikir keterlaluan," ujar Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim itu kepada Sensasi Bintang.
Masih solo dan belum berpunya, tambah Baim, fokusnya kini tertumpu tentang kariernya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Alyah Terima Ramli Walaupun Garang


PENGHIJRAHAN imej menjadikan Alyah seorang wanita yang lebih matang berbanding sebelum ini.


HIJRAH penampilan penyanyi Noor Hasliah Abu Hasan atau nama komersialnya Alyah pantas mencetuskan gosip bahawa wanita berumur 32 tahun itu akan menamatkan zaman solonya pada bila-bila masa.

Dia yang ditemui usai rakaman program raya Dikir Stail bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini semakin menguatkan gosip berkenaan apabila berterusan menyatakan dia sudah terlajak sasaran bergelar isteri selama enam tahun.
“Saya sudah bersedia untuk berkahwin sejak berumur 26 tahun lagi tetapi pertunangan terputus di tengah jalan.

“Saya ini memang keturunan India, tetapi takkan saya nak amalkan resam Hindu untuk meminang lelaki. Jadi, sebagai gadis Islam saya hanya menunggu orang masuk meminang sahajalah,” katanya.
Dia turut mengaku sedang mengenali hati budi dan dalam proses berkawan lagi dengan seorang lelaki. Namun apabila ditanya adakah lelaki itu Datuk Ramli MS, dia hanya tergelak kecil.

“Sekarang saya ikut sahaja perjalanan hidup ini, tidak berharap sangat, cuma mendoakan yang terbaik.”
“Saya masih orang yang sama walaupun sudah berhijab cuma saya berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan saya masih belajar dari sehari ke sehari,” ujarnya lagi.

KARAKTER garang dan tegas yang dimiliki oleh Ramli MS disenangi Alyah.

Sifat yang dimiliki oleh Ramli MS yang tegas dan garang seperti arwah bapanya menyebabkan dia lebih mudah menerima lelaki seperti itu.

“Arwah bapa saya paling garang di dunia, semasa kecil, saya takut sangat dan sifat itu (garang) ada pada Ramli MS. Jadi saya senang dan tidak menyifatkannya susah buat saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Mengenai persengketaan yang berlaku antara dia dan pereka baju terkenal, Hatta Dolmat menerusi Twitter sejak tahun lalu berhubung isu pakaian, Alyah menyatakan bahawa perkara tersebut telah selesai walaupun dia tidak pernah bertemu dengannya.
“Secara peribadi, saya terima semuanya secara terbuka dan tidak berdendam walaupun kami tidak pernah berjumpa. Saya malas nak panjangkan cerita lagi,” katanya.

Sebelum ini Hatta menyatakan kekecewaannya kerana Alyah menempah empat pasang baju daripada pereka yang dikenalinya untuk sebuah majlis tetapi tidak memakainya.
Namun, Alyah meminta maaf kepada Hatta kerana dia tidak memakai baju rekaannya akibat masalah zip.

Jelas Alyah, demi untuk meredakan gosip sedia ada, dia bersedia untuk menutup akaun Instagramnya dengan alasan tidak mahu terlalu leka dengan laman sosial.
Dia juga mengaku sibuk untuk menyiapkan album terbaharunya yang masih mengekalkan konsep pop cuma perbezaanya adalah dari segi penampilannya dalam album berkenaan.

“Bukan saya tidak hargai peminat. Saya sedar semua kejayaan saya datangnya daripada sokongan peminat, tetapi saya ini jenis yang cepat leka,” kata Alyah.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Gila kentang!!Remaja hebat buat 11 kerja!!


                                                                   Sekadar hiasan


LONDON 29 Jun - Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari.
Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela.Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu.
“Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.
Lima pekerjaan Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah.
Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan.“Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day. - Sumber

Disangka Robert Pattinson



STEVE CARELL


AKTOR komedi Steve Carell secara berseloroh menyatakan dia pernah disalah sangka sebagai pelakon filem Twilight, Robert Pattinson.
"Ya, pada kebiasannya, saya sering disangka sebagai Pattinson," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, dia juga pernah ditanya sebelum ini sama ada terdapat orang lain yang menyangka dirinya sebagai seorang selebriti terkenal lain."Ya, saya macam Pattinson kecuali muka dan badan.
"Saya merupakan hantu yang tinggal di dalam badan seseorang," tambah Carell.

                                                                                             Robert Pattinson
Pelawak itu kini sibuk mempromosikan filem animasi terbaharu yang menggunakan suaranya, Despicable Me 2.Filem tersebut akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai depan manakala penonton di Britain sudah menyaksikan animasi itu sejak Jumaat lalu.
Dalam filem tersebut, dia menyumbangkan suara untuk watak jahat Gru yang menjadi bapa kepada tiga orang anak angkat.

Filem itu juga menggunakan suara pelawak terkenal, Russell Brand, Kristen Wiig, Steve Coogan dan Miranda Cosgrove.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

AKSI BERBASIKAL PALING ROMANTIK DI DUNIA!







AKSI ROMANTIK KETIKA SEDANG MENGAYUH BASIKAL | Entah apa yang pasangan ini fikirkan. Mungkin ini adalah cara terbaik untuk membonceng awek beliau agar tidak sakit punggungnya. Mungkin bagi mereka romantik. Tapi, bagi orang lain jijik!



China, negara yang penuh dengan 1001 benda pelik.













APA YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA PAYUNG TERJUN GAGAL BERFUNGSI?







INILAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA PAYUNG TERJUN TIDAK BERFUNGSI | Sukan payung terjun merupakan sukan yang ekstrim dan memerlukan keberanian yang sangat tinggi untuk melakukannya. Sensasi terbang di udara memberikan seseorang pengalaman yang sangat jarang dialami oleh orang lain.



Namun, apa yang akan terjadi sekiranya payung terjun gagal berfungsi?