Makam Diraja Terbesar di Penuhi Mumia Wanita Ditemui Peru

on Sunday, June 30, 2013

LIMA - Sekumpulan ahli arkeologi di Peru telah menemui sebuah makam diraja terbesar dipenuhi mayat wanita yang diawet menjadi mumia kelmarin.
Penemuan makam itu merungkai misteri ketamadunan empayar Wari yang menguasai banjaran Andes sebelum empayar Inca berkembang pesat.




"Buat pertama kali dalam sejarah arkeologi di Peru, kami telah menemui sebuah makam diraja milik empayar Wari," kata ketua kumpulan arkeologi, Milosz Giersz.
Para penyelidik berkata, penemuan itu akan membantu mereka menyusun semula kehidupan masyarakat di banjaran Andes sebelum kebangkitan empayar Inca.
Makam itu ditemui beberapa bulan lalu di sebuah tapak piramid El Castillo de Huarmey yang terletak 297 kilometer ke utara Lima.
Tapak itu turut mengandungi beberapa kepingan emas, tembikar dan 63 rangka yang berusia 1,300 tahun.




Para penyelidik berkata, kebanyakan mayat yang ditemui di dalam makam adalah mumia wanita yang berada dalam keadaan duduk menegak.SUMBER



Sumber : http://aniekelate.blogspot.com/

Sungai Berwarna Biru

Sebuah sungai yang dikenali sebagai 'The Celeste' yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru.

Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jom kita tengok gambar kat bawah..







 Sumber : Drysheet

Mengerikan..!!.Inilah Terapi Kecantikan Yang Menggunakan Darah Sendiri


Kecantikan adalah hal yang sangat dipuja wanita. Semua cara dilakukan, termasuk cara-cara mengerikan yang tidak biasa. Misalnya .. mengambil darah dari tubuh sendiri, darah diolah, kemudian disuntik kembali pada wajah. Oke .. ini memang sedikit menyeramkan, tetapi Kim Kardashian yang merupakan selebritis Hollywood sudah cuba terapi kecantikan ini. Apakah selamat dan terbukti ampuh membuat wajah awet muda?

Terapi ini akan mengambil darah dari sang pesakit. Darah tersebut akan dimasukkan dalam alat khas yang akan memisahkan trombosit dan beberapa komponen lain. Setelah darah diproses, darah tersebut akan disuntik kembali pada wajah. Kim tampak tidak selesa dan kelihatan menahan sakit. Apakah terapi ini selamat dan terbukti dapat membuat wajah awet muda? Khabarnya, facial darah boleh membina kembali kolagen dan membuat kulit awet muda.

"Tidak ada ilmu pengetahuan yang menyokong terapi itu," ujar Dr. Joseph Merola, seorang dermatologis dari Brigham and Women Hospital, dipetik Boston.Menurutnya, semua faktor untuk peremajaan kulit sudah ada di dalam lapisan kulit manusia. Dr. Joseph juga menambah bahawa faktor jangkitan menjadi hal yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan terapi ini. Jangan sampai melakukannya tanpa pengawasan pasukan perubatan dipercayai.

Walaupun terapi ini seolah-olah akan menjadi trend, belum ada bukti dipercayai apakah facial darah atau vampire facial ini dapat memberi hasil maksimum untuk membina kembali kolagen. Menurut Dr Jeff Spiegel, seorang pakar bedah plastik Chestnut Hill, "Setiap kali anda menyuntik darah ke wajah, akan terlihat perbaikan pada kulit, tetapi ini biasanya hanya bertahan tiga hingga empat hari," bagi anda yang tidak mahu mengmbil risiko, jangan melakukan rawatan seperti ini.




Gambar P.Ramlee Yang Anda Tidak Pernah Lihat

Bapa P.Ramlee
-P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada
pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.


P.Ramlee semasa muda

Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.












solat jenazah P.Ramlee

Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah


Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.
Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

sumber ; http://aniekelate.blogspot.com/

Condom Challenge Trend Terbaru Remaja Di Amerika..Mahu Mencubanya..?


Cabaran gila, Itulah perumpamaan yang boleh dilayangkan untuk Condom Challenge. Bagaimana tidak, cabaran mematikan ini justru jadi trend di remaja Amerika. Mereka menghisap kondom dari hidung yang kemudian dikeluarkan dari mulut.

Tersangat berbahayanya, Youtube pun memutuskan memadam video-video berkaitan Condom Challenge. Namun sayangnya trend ini terlanjur viral dan tidak sedikit remaja AS yang keranjingan trend mematikan ini.

Video Condom Challenge sendiri sejatinya telah talian pada bulan Oktober tahun lalu. Kepopulerannya mula meletup akhir-akhir ini oleh para pengguna Youtube.

Laman The Examiner menulis sangat riskan lakukan aksi 'cabaran kondom'. Kondom diperbuat daripada bahan yang sangat berbahaya bila bersarang di tekak.

Apabila (hidung) menghisap kondom terlalu cepat, bisa-bisa kondom ini akan bersarang di tekak. Akibatnya pun boleh sangat fatal.

Cabaran ini sejatinya sangat sederhana. Condom Challenge bermula dengan memasukkan perlahan kondom ke salah satu lubang hidung kemudian menghisapnya. Sejurus kemudian kondom tersebut dikeluarkan kembali melalui mulut.

Jika dibayangkan memang sangat aneh plus menjijikkan. Namun ini berbeza di kalangan remaja Amerika. Mereka justru sangat menggemarinya. Anda mahu mencuba?..




Rupa Dalaman Di Dalam Piramid



Beragam analisis tentang cara digunakan untuk pembinaan piramida.
Ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramida ditemukan di Mars yang berada satu lintang derajat yang sama dengan lintang derajat di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramida digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau,tapi bagaimana rupa bahagian dalaman piramid?
Inilah rupa isi di dalam piramida.












sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Nyanyian Lagu 'Negaraku' Jaclyn Victor Mencacatkan Piala F.A.

Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan.

Namun pertandingan bolasepak Piala F.A itu menjadi cacat sebelum perlawanan.Semuanya gara-gara kerana Lagu Kebangsaan "Negaraku" yang dinyanyikan telah dirosakkan oleh penyanyi dengan vokal tinggi ,Jaclyn Victor.Mana punya tempo dan gaya pun tidak tahu.Di sekolah dan program rasmi Lagu Kebangsaan "Negaraku" dinyanyikan dengan nada yang betul.Bukannya dengan liuk lentuk Jaclyn Victor.Urusetia pembukaan rasmi perlawanan Piala F.A itu perlu dipersalahkan.

sumber : http://sisibukit.blogspot.com/