Punca Sebenar Pam Stesen Minyak Di Cheras Meletup

on Monday, July 1, 2013


Punca sebenar pam stesen minyak meletup di Cheras. Pihak bomba tidak menolak kemungkinan letupan berpunca daripada puntung rokok atau kecuaian pemandu. Pada malam semalam, telah berlaku letupan pada satu pam minyak di Jalan Cheras. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku pada malam tersebut.

stesyen minyak

Dua mangsa nyaris maut adalah pemandu Citreon dan Perodua Myvi yang sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ sebelum meletup kira-kira jam 10.30 malam.Bagaimanapun, mereka terselamat daripada disambar api apabila dihalang kenderaan masing-masing tetapi kedua-dua kenderaan rosak teruk. sumber

Gambar Kemalangan Maut Di Kota Tinggi Johor 30 Jun 2013


Gambar Kemalangan Maut Motosikal Berkuasa Tinggi Di Kota Tinggi Johor 30 Jun 2013. Dua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera selepas konvoi mereka merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari berhampiran susur masuk ke Taman Daiman Jaya di sini ketika konvoi 16 buah motosikal berkuasa tinggi dan lima buah kereta itu dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu menuju ke Kuala Terengganu.

kemalangan 2

Punca Kejadian Kemalangan Maut

Kemalangan tersebut berlaku selepas lori tangki tersebut dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di jalan raya. Dalam masa yang sama konvoi tersebut yang datang dari arah Johor Bahru tidak sempat mengelak lalu merempuh lori tersebut sehingga menyebabkan salah sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi motosikal terputus dua.

kemalangan

Senarai Nama Mangsa Terkorban
  1. Abdul Rashid Mansor, 48, beralamat di Taman Ibai Indah, Ibai Golf Resort Kuala Ibai, Kuala Terengganu
  2. Mohamad Hisham Salleh, 36 dari Kampung Gemuroh, Marang Terengganu.

sumber


Foto Perkahwinan Hanny - Shamsul

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto akad nikah Hanny dan Shamsul yang diadakan Sabtu lalu.









sumber : http://www.murai.com.my/

Kim Jin Sung Gemar Budaya Malaysia

Jin Sung yang berasal dari Busan dan dibesarkan di Seoul ini telah 4 tahun menceburkan diri sebagai model komersil dan pelakon di negara kelahirannya dan semenjak dua bulan yang lalu, JS telah datang ke Malaysia untuk mendalami Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, dia telah terlibat untuk membintangi drama bersiri ini.

“Saya sudah empat tahun terlibat dalam bidang hiburan di sana sebagai model iklan dan pelakon. Tetapi, penglibatan saya lebih kepada dunia peragaan di sana. Sudah dua bulan saya di sini, tujuan saya di sini adalah untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris di samping mencari peluang lakonan dan peragaan. Sebelum ini di Korea, saya telah lebih dulu mendalami Bahasa Malaysia selama setahun di Hankook University of Foreign Studies,” tutur JS yang boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



Mengulas tentang minatnya untuk mendalami Bahasa Malaysia, JS menjelaskan yang Bahasa Malaysia adalah bahasa yang sangat unik. “Di Korea, ada tiga universiti sahaja yang menawarkan pengajian Bahasa Malaysia. Saya rasakan Bahasa Malaysia sangat unik dan istimewa untuk dipelajari kerana negara Malaysia makin lama makin berkembang,” ulas anak muda yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter ini.

“Ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya suka dengan budaya yang ada di sini. Sebelum ini saya selalu menonton animasi dan drama Malaysia. Saya banyak belajar mengenai rakyat Malaysia daripada animasi dan drama yang saya tonton. Saya rasakan Malaysia sangat menarik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, suku kaum dan juga agama. Saya juga gemar menonton animasi ‘Upin dan Ipin’ dan sebelum ini saya juga pernah menonton lakonan aktor Josiah Hogan ketika saya disana,” ujar JS yang menggemari makanan Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

sumber : http://www.gua.com.my/

Kagum Dengan Pengorbanan Ayah



Sebut saja nama penyanyi popular kelahiran bandaraya bersejarah Melaka, Anuar Zain, pasti mampu membuatkan ramai wanita teruja. Terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh para peminat, Anuar menganggap merekalah selebriti yang perlu diraikan melalui persembahannya.

“Saya menghargai para peminat dengan mengibaratkan mereka sebagai sahabat. Kita seharusnya menghargai mereka yang memandang tinggi kepada kita dengan memberikan kegembiraan dan kebahagian melalui persembahan saya,” kata Anuar ketika ditemui di majlis pelancaran ABNxcess di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berpendapat komunikasi ketika di pentas bersama para peminat begitu penting. Walaupun ramai artis yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk dekat bersama peminat, namun Anuar memilih untuk berkomunikasi menggunakan 'eye contact' ketika berada di atas pentas.

Selain itu, Anuar juga sempat berkongsi kenangan manis bersama bapanya, Zain Abdullah. Pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ ini menceritakan yang pelbagai peristiwa telah dikongsi bersama dan bapanya jugalah merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya dalam bidang seni.

“Saya masih ingat lagi masa kecil, saya sering memegang tangan ayah saya sehinggalah saya dewasa. Ramai yang malu untuk pegang tangan ayah apabila semakin meningkat remaja namun saya tetap mengekalkan kebiasaan itu,” katanya.

Dia turut menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana walaupun gaji bapanya kecil, namun tidak pernah satu hari pun Anuar dan adik beradiknya ke sekolah tanpa wang belanja. Dia begitu kagum dengan pengorbanan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

sumber : http://www.gua.com.my/

Makna Tak Sesuai, Natasha Hudson Tukar Nama Anak


Umum tahu pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31 baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 22 April lalu.


Pada awalnya Natasha dan suami, Carleed telah memilih nama indah buat bayi comelnya itu sebagaiNaeema Taqiyyah yang membawa maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertaqwa.

Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.



Naeema diawal usia tujuh hari

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik pelakon jelita ini, terdapat juga peminat yang perihatin dan peka terhadap nama bayi comel tersebut sehingga bertanyakan hal berkaitan kepada Natasha.

Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai.
Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah.


Untuk makluman, Natasha Hudson dan Carleed Khaza telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.



sumber : http://www.ohbulan.com/







Foto : Nora Danish Ala Perempuan Melayu Terakhir


Baru-baru ini aktres jelita, Nora Danish pernah dilabel sebagai minah rempit dek kerana gaya rambutnya yang mencipta kontroversi.
Namun sepanjang minggu lepas, laman Instagram Nora dibanjiri dengan gambar-gambarnya yang nampak ayu berbaju kebaya ala-ala perempuan melayu terakhir. Senang cerita, Nora memang boleh masuk dengan apa-apa gaya sekalipun.





sumber : http://www.ohbulan.com/