10 Burung Cenderawasih Paling Cantik Di Dunia.

on Tuesday, July 2, 2013



Ada lebih dari tiga lusin spesies dalam keluarga Paradisaeidae, atau lebih dikenal dengan bird of paradise. Ada sekitar 13 Genus dari burung-burung ini dan yang paling terkenal adalah anggota genus Paradisaea. Di Indonesia kita menyebutnya dengan burung cendrawasih. Bercirikan dengan warna yang mencolok dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian mereka menjadiburung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari surga. Burungcendrawasih banyak ditemukan di Papua atau Papua Nugini dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Sayangnya keberadaan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggung jawab.

1. Lesser bird of paradise (Paradisaea minor)


The Lesser bird of paradise dikenal dengan nama Cendrawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sedang dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan punggung atas kuning kecoklatan.Burung jantan memiliki tenggorokan berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di daerah pangkal berwarna putih di daerah luarnya. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, memiliki kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan. Daerah penyabaranya meliputi seluruh hutan bagian utara Papua Nugini, dan pulau-pulau di dekat Misool dan Yapen.

2. Raggiana bird of paradise (Paradisaea Raggiana)


The Raggiana bird of paradise dikenal juga dengan nama Count Raggis bird of paradise. Burung ini juga yang paling dikenal sebagai burung Cendrawasih. Habitat burung ini terdistribusi secara luas di Pulau Irian selatan dan timur laut. Memiliki panjang 34 cm panjang, berwarna merah-coklat keabu-abuan, iris kuning dan kaki berwarna cokelat keabu-abuan. Burung jantan memiliki mahkota kuning, tenggorokan zamrud-hijau tua dan kerah kuning di antara tenggorokan. Warna bulu sayap bervariasi dari merah ke jingga tergantung subspesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat dan tidak punya bulu-bulu hiasan.

3. Astrapia Ribbon-tailed (Astrapia mayeri)


Ini adalah salah satu burung cendrawasih yang paling spektakuler. Namanya Astrapia Ribbon-tailed dan memiliki bulu ekor terpanjang dalam kaitannya dengan ukuran tubuh, panjangnya mencapai lebih dari tiga kali panjang tubuhnya. Panjang burung dewasa mencapai 32 cm dengan ekor burung jantan yang bisa mencapai 1 meter. Burung jantan memiliki warna hitam dan hijau zaitun sedangkan burung betina berwana coklat. Burung jantan memilki ekor panjang berbentuk pita berwarna putih. Daerah penyebarannya ada di bagian tengah Pulau Irian.

4. Blue bird of paradise (Paradisaea rudolphi)


Namanya mengingatkan nama salah satu syarikat Teksi di Indonesia. Burung ini berukuran sekitar 30 cm, berwarna hitam, iris warna coklat gelap, kaki abu-abu. Burung jantan dihiasi dengan bulu sayap dengan dominasi warna ungu biru. Sehingga disebut juga dengan Cendrawasih Biru. Blue Bird of Paradise adalahburung endemik Papua Nugini. Daerah penyebarannya meliputi pegunungan tenggara Papua Nugini.

5. Riflebird Paradise (Ptiloris paradiseus)


Kalau anda pernah melihat film Planet Earth, maka anda akan melihat burung ini. Burung ini memiliki panjang sekitar 30 cm dengan burung jantan berwarna hitam dengan warna-warni mahkota biru kehijauan, kaki hitam, iris coklat gelap dan mulut kuning. Burung betina jenis ini berwarna coklat zaitun. Merupakan endemik di Australia timur, Riflebird juga tersebar di hutan hujan di New South Wales dan pusat Queensland. Burung jantan dapat mengembangkan sayapnya dan memamerkannya seraya bergerak ke kanan dan ke kiri di hadapan burung betina untuk memikat mereka.

6. Red bird of paradise (Paradisaea rubra)


Kita menamakannya Cendrawasih Merah, panjang sekitar 33cm berwarna kuning dan coklat, serta berparuh kuning. Burung jantan dewasa bisa mencapai 72cm termasuk bulu-bulu hiasannya yang berwarna merah darah dengan ujung berwarna putih pada bagian sisi perutnya. Bulu muka berwarna hijau zamrud gelap dan diekornya terdapat dua buah tali yang panjang berbentuk pilin ganda berwarna hitam. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat tua dan tidak punya bulu-bulu hiasan. Merupakan endemik dari Indonesia, Cendrawasih Merah hanya ditemukan di hutan dataran rendah pada pulau Waigeo dan Batanta di kabupaten Raja Ampat, provinsi Irian Jaya Barat.

7. Lawess Parotia (Parotia Lawesii)


Parotia lawesii berukuran sedang sampai dengan 27 cm). Daerah penyebarannya meliputi hutan pegunungan di tenggara dan timur Papua Nugini. Burung jantan memiliki warna hitam dengan kening putih, warnawarni tengkuk biru ungu dan emas bulu dada hijau. Dihiasi dengan tiga kawat hias kepala dari belakang setiap mata dan memanjang mengapit bulu yang berwarna hitam. Burung betina berwarna coklat dengan kepala burung gelap, iris kuning dan gelap.

8. King of Saxony bird of paradise (Pteridophora alberti)


King of Saxonyi adalah sejenis burung pengicau berukuran kecil, dengan panjang sekitar 22cm. Burung jantan dewasa mempunyai bulu berwarna hitam dan kuning tua, dikepalanya terdapat dua helai bulu kawat bersisik biru-langit mengilap seperti panji yang panjangnya mencapai 40cm dan dapat ditegakkan pada waktu memikat betina. Oleh karenanya burung ini dimakan Cendrawasih Panji. Bulu mantel dan punggung tumbuh memanjang berbentuk tudung berwarna hitam. Iris mata berwarna coklat tua, kaki berwarna abu-abu kecoklatan dan paruh berwarna hitam dengan bagian dalam mulut berwarna hijau laut. Burung betina berwarna abu-abu kecoklatan dengan garis-garis dan bintik gelap. Betina berukuran lebih kecil dari burung jantan dan tanpa dihiasi mantel atau bulu kawat hiasan. Daerah penyebarannya ada di hutan pegunungan pulau Irian.

9. Wilsons Bird of Paradise (Cicinnurus respublica)


Wilsons Bird of Paradise berukuran lumayan kecil sampai dengan 21 cm. Burun jantan adalah berwarna merah dan hitam dengan jubah kuning di leher, mulut hijau muda, kaki biru dan dua bulu ekor berwarna ungu yang melengkung. Semetara itu betina berwarna kecoklatan dengan mahkota biru. Merupakan endemik Indonesia, dengan daerah penyebaran di bukit dan hutan hujan dataran rendah Kepulauan Waigeo dan Batanta dari Papua Barat.

10. Princess Stephanies Astrapia (Astrapia stephaniae)


Stephanie Astrapia berukuran sekitar 37 cm, burung ini berwarna hitam dengan warna-warni kepala biru-hijau dan ungu, disamping itu memiliki bulu ekor panjang hitam keungunan. Burung betinanya berwarna coklat gelap dengan kepala hitam kebiruan. Habitat aslinya ada di pegunungan di pusat dan timur Papua.

Wanita Ini Mempunyai Bulu Mata Terpanjang Di Dunia.

 

Kalau memelihara rambut panjang dan kuku panjang mungkin sudah biasa, tapi berbeza halnya dengan wanita yang pertama ini. Disember tahun 2009 seorang wanita kebangsaan China tercatat dalam Guinness Book Of Record sebagai manusia dengan bulu mata terpanjang di dunia. Menurut, wanita ini mengalami pertumbuhan yang berlebihan pada bulu matanya ini akibat kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambilnya.




Banyak orang menyangka bahawa ini adalah satu penipuan atau menggunakan photoshop tetapi cerita dan gambar ini memang benar.

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe





sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Mikail Andre Berlakon Tumbuk Hidung Pelakon Sampai Patah

Mikail Andre yang pertama kali memegang watak utama didalam filem "1 Lawan Satu" mengakui pengalaman tersalah langkah ketika melakonkan aksi lasak merupakan pengalaman untuknya. Menurut beliau,


“Saya tidak mengalami kecederaan yang teruk sepanjang penggambaran 1 Lawan Satu, namun ketika salah satu babak berlawan saya dengan tidak sengaja tertumbuk hidung lawan saya dan menyebabkan hidungnya patah dan senget. Namun kerana pelakon tersebut merupakan seorang komander, dia tetap meneruskan babak tersebut,” kata Mikail ketika ditemui di majlis pra-tonton filem tersebut di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Mikail turut memberitahu beliau trauma akibat insiden tersebut namun sikap profesional pelakon lagak ngeri tersebut sedikit sebanyak membantunya. Ketika ditemui, Mikail turut berkongsi di mana pelakon babak aksi tersebut telah bangkit semula dan meluruskan semula hidungnya yang berdarah dan senget dengan menggunakan sebatang pen.

Pertama kali memegang watak sebagai teraju utama untuk filem ‘1 Lawan Satu’, pelakon Mikail Andre mengakui agak janggal untuk berlakon di bawah filem arahan abangnya, Pierre Andre. Namun keadaan tersebut bertukar menjadi pengalaman yang berharga kerana sering mendapat bimbingan dari abangnya itu.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem yang padat aksi itu, Mikail memberitahu filem tersebut banyak menguji ketahanan mental dan fizikal pendatang baru sepertinya namun dia menyahut cabaran yang diberikan oleh abangnya itu. Selain kerap bersenam di gimnasium, Mikail turut menjalankan latihan lebih kurang tiga minggu bersama pelakon lain.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam industri lakonan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata yang minatnya dalam bidang lakonan muncul secara tiba-tiba dan dia telah menyuarakan hasrat tersebut kepada abangnya. Namun, Pierre mencabar Mikail untuk kurus memandangkan berat badannya pada ketika itu mencecah 130 kilogram.

“Saya menyahut cabaran yang diberikan oleh Pierre pada ketika itu kerana kata-katanya itu ada benarnya juga. Dalam masa hampir setahun saya berjaya menurunkan berat badan dan Berjaya membuktikan kepada abang yang saya memang bersungguh-sungguh dalam bidang lakonan,” katanya.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/



Lelaki Berbulu Yang Paling Bertuah Di Dunia.

Yu Zhenhuan bergambar bersama isteri yang cun.
 Yu Zhenhuan adalah lelaki China yang memiliki bulu di seluruh tubuhnya. Dia digelar sebagai manusia yang paling banyak memiliki bulu di dunia. Secara logik dengan keadaannya itu, mungkin dia akan sulit mendapatkan seorang isteri tetapi sebaliknya, dia memiliki isteri yang cantik. Gambar-gambar ini menunjukkan betapa mesranya  Yu Zhenhuan bersama isteri tercintanya itu.







Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe | Setelah beberapa minggu berlangsungnya anugerah ABPBH, tiba masanya untuk pelakon Shaeizy Sam menerima hadiah kemenangan beliau iaitu kereta Nissan 350Z Coupe sebagai Pelakon Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu.

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe

Penyerahan hadiah bernilai RM354,400 ini turut menyaksikan presiden kelab peminat Shaheizy Sam iaitu The Magician Family, Norhana Naridon memenangi hadiah sebagai pengundi yang menghantar undian paling banyak sekaligus membawa pulang hadiah Nissan Almera bernilai RM70,000.

Di Bawah beberapa gambar Shaheizy Sam bersama kereta Nissan 350Z yang pernah cuba dibawa lari oleh seseorang tempoh hari. Tahniah Shaheizy Sam...


Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe

Gambar Shaheizy Sam Bersama Kereta Nissan 370Z Coupe


Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian

Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian | Seorang wanita China yang telah menemui sebuah beg berisi berlian bernilai jutaan dolar bertindak mulia apabila memulangkan semula barangan berharga itu kepada pemiliknya.

Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian


Wanita berkenaan, Fu Zhuli menemui beg mengandungi berlian bernilai HK$250 juta (RM101.8 juta) di sebuah kafeteria semasa melawat pameran barang kemas di pulau ini.

Fu Zhuli yang datang dari Shenzen,China dikatakan terus menjaga beg tersebut sehingga pemilik permata itu kembali untuk mendapatkan semula hak miliknya.

Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian

"Saya masuk ke sebuah kafeteria untuk berehat sambil menikmati ais krim. Saya melihat dua orang warga asing sedang berbual dan kemudian beredar dari kafeteria itu dengan tangan kosong," kata Zhuli.

"Selepas meja mereka dibersihkan, saya melihat sebuah beg hitam berada di lantai," tambahnya.

Kata Fu Zhuli lagi, dia sewaktu kejadian telah membuka beg tersebut dan melihat ianya berisi ketulan berlian sebesar kacang soya.

Setiap butir berlian itu dianggarkan berharga antara AS$65,052 (RM205,499) hingga AS$130,104 (RM410,998).

Kerana Jujur, Wanita Ini Pulangkan Beg Penuh Berisi Berlian

Pemilik beg itu yang merupakan seorang lelaki warga Israel bergegas mendapatkan semula begnya yang dijaga oleh Zhuli.

Pemilik beg tersebut kemudian dipercayai memberi sedikit saguhati kepada Zhuli atas kejujurannya itu.- Agensi