Ibu Shaheizy Sam Masuk Wad

on Tuesday, July 2, 2013

Ibu Shaheizy Sam Masuk Wad | Setelah kisah anak Adi Putra dimasukkan kedalam wad kerana masaalah kesihatan, satu lagi khabar tentang kesihatan ibu bintang paling popular ABPBH, Shaheizy Sam yang juga dimasukkan ke hospital.

Ibu Shaheizy Sam Masuk Wad

Menurt Shaeizy Sam, "Mummy sudah demam sejak beberapa hari yang lalu. Semalam keadaannya nampak OK, jadi saya pun bawa Mummy ke majlis perkahwinan. Tiba-tiba badan dia panas semula.

"Bila pergi periksa, doktor nasihatkan Mummy ditahan kerana suhu badannya terlalu tinggi. Selepas semuanya OK, barulah Mummy boleh keluar," ujar Sam yang dihubungi wartawan mediahiburan. sumber

Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?

Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?  Penyokong The Red Wariors (TRW) menerusi laporan Berita Harian menganggap tindakan penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.

Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.

Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.

Penyokong TRW Anggap Mat Yo Biadap?

Dalam pada itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.

"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi. sumber

Budak Sekolah Melacur Kaut RM18,000 Sebulan

Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB. 

Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun. 

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya. 

Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan. 

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari. 

“Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi. 

“Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan. 

“Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30. 

“Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada Metro Ahad. 

Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari. 

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’ berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu. 

Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari ‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu. 

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan. 

Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat. 

“Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera. 

“Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka. 

“Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, ‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel. 

“Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya. 

“Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor. 

Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi. 

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya. 

“Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat. 

“Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan. sumber

Makan duit!!3 gelas air rm45!!

BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.“Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.“Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini,” katanya


.Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

“Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan  menindas pelanggan lain pula,” katanya.Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit.Sumber


Perlakuan Mat Yo dipersoalkan

Sikap Mat Yo kurang ajar

Kota Bharu: Penyokong The Red Wariors (TRW) menganggap tindakan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.


Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional. Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.BH Sukan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Sementara itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.

"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi.Sumber

Lisa Surihani bakal bintangi filem terbaharu arahan Yusry


Aktres Lisa Surihani Mohamed, 27, bakal berlakon filem terbitan KRU Studios, arahan suaminya, Yusry Abdul Halim, 40, selepas Aidilfitri ini.

Lisa yang enggan mendedahkan genre filem tersebut berkata, dia tertarik untuk berlakon filem berkenaan kerana kagum dengan hasil kerja Yusry menerusi filem Vikingdom sebelum ini.

"Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon di bawah arahan Yusry dan ternyata peluang itu ada. Walaupun saya ini isterinya, seperti pelakon lain saya juga menjalani uji bakat sebelum diterima.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut tentangio genre filem itu kerana akan ada sidang akhbar nanti. Apa yang saya boleh beritahu, watak yang saya bawa itu berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini," katanya.

Pelakon yang merupakan duta jenama Garnier ketika ditemui pada majlis ramah mesra di Bangsar di sini hari ini, berkata, sebelum ini dia pernah bergandingan dengan Yusry dalam filem Ular, arahan Jason Chong.

Menurut Lisa, dia tidak akan menghadapi masalah apabila berlakon di bawah arahan Yusry kerana dalam karier mereka sering bersikap profesional.

"Watak itu berbeza dan sebab itu saya terima. Buat masa sekarang saya amat selektif tentang watak. Saya perlu berbuat demikian agar penampilan saya dalam bidang lakonan memberi impak kepada penonton,’’ katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

Rumah pelik2..aneh2..rare2...kreatif betul!!

The Shoe House Hellam PA, USA.

Upside Down House,Tuaran Sabah


The Mushroom House, Cincinnati, USA.

The One Log House, Garberville, CA, USA.

Hole House Houston, Texas