Komposer Julfekar Mengalami Kecederaan Pada Tulang Belakang

on Wednesday, July 3, 2013



Komposer Julfekar Ahmad Shah mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang ketika sedang bersiap-siap untuk bermain badminton di sebuah kompleks sukan Cheras, dekat sini pada Ahad.

Julfekar, 49, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 9.30 pagi ketika dia sedang menunduk untuk mengikat tali kasut di rumahnya sebelum terdengar bunyi sesuatu pada bahagian pinggangnya yang membuatkan dia rebah.

“Ketika itu saya bersama dua artis saya iaitu Min Yasmin dan Hafeez Hai. Mereka mengajak saya bersukan bermain badminton bersama.

“Memandangkan saya tidak pernah bersukan, jadi saya cukup bersemangat dengan membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.

“Tetapi tak sangka pula, ketika saya memusing badan untuk mengikat tali kasut, tulang belakang saya berbunyi dan ketika itu saya terus tak boleh nak bergerak,” katanya

Tambah Julfekar, akibat kejadian itu, dua artis berkenaan telah menghubungi ambulans dan dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, dekat sini bagi mendapatkan rawatan.

Tambah Julfekar, pemeriksaan awal mendapati terdapat gelinciran pada tulang pinggulnya tetapi pihak hospital akan dapat mengesahkan perkara itu selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai depan.

“Doktor meminta saya untuk berehat sebelum menjalani pemeriksaan MRI (imbasan resonen magnetik).

“Tetapi saya tidak boleh duduk diam kerana banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Seperti hari ini (Isnin), saya mempunyai rakaman lagu raya bersama dengan artis-artis syarikat saya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd.,” ujarnya yang dibenarkan keluar pusat perubatan itu kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.

Dalam pada itu, Julfekar berkata, kecederaannya itu telah memberikan sedikit peringatan untuknya mengenai keperluan menjaga kesihatan diri.

sumber : http://aiskosong.com/


“Sebelum ini saya tidak pernah berasa akan melalui kesakitan yang sangat perit seperti ini. Tetapi apabila perkara ini berlaku baru saya sedar, penjagaan kesihatan amat diperlukan.

“Tambahan pula, doktor kata berat badan saya melebihi daripada yang sepatutnya. Mungkin selepas ini saya akan lebih kerap menjalani rutin senaman,” ujarnya sambil memberitahu kejadian tersebut telah membuatkan dia hampir-hampir pitam.

Neelofa Tak Tahu Motif Shah Jaszle Cerita SMS-nya


Sekitar minggu lalu, di saat nama Shah Jaszle panas sekaligus dan menjadi buruan media ekoran kontroversi kes khalwatnya itu, tiba-tiba nama Neelofa terpacul sama dan dkaitkan dengan aktor itu. Laporan media sebelum ini menyebut pelakon dan pengacara cantik ini dikatakan telah menghantar mesej pesanan ringkas SMS menuntut hutang sebanyak RM5000 daripada Shahz.

SMS tersebut telah dihantar kepada Shahz pada hari yang sama pertemuaan Shahz dengan gadis yang bernama Farah di Bangsar tempoh hari untuk membincangkan isu khalwat mereka. Shahz ketika itu bertindak menunjukkan SMS daripada Neelofa itu kepada media semata-mata mahu memberitahu bahawa dia dicari oleh ramai wanita di luar sana termasuklah Neelofa.

"Memang saya ada mesej dia minta dia jelaskan hutang itu, tapi itu dua tahun lepas, ketika filem Azura 2011. Saya terkejut bila tiba-tiba timbul isu ini. Walhal saya memang sudah lama tidak mesej apatah lagi menghubungi Shah Jaszle. Saya tak ada pun nombor telefon dia sekarang.

"Saya tak tahu apa attention dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini", tegas Neelofa ketika ditemui sewaktu usai sesi rakaman Kecoh Pengacara Beraya, di Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam, mal

Pada masa sama, Neelofa berkata dia memang sudah menghalalkan hutang tersebut. Bukan kerana mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang pemurah, tetapi dia tidak mahu pening kepala memikirkan hal berkenaan.

"Saya dah halalkan. Bukan soal pemurah tapi saya anggap perkara ini telah selesai. Saya tak mahu pening-pening kepala dan kita semua boleh senyap dari memikirkan tentang hal itu. Tapi nanti kalau katakan dia nak bayar hutang tu, mesti lah terima sebab itu duit saya", katanya.

sumber : http://www.longoi.com/

Bangunan Terbesar Di Dunia Dibuka.


SICHUAN - China membuka sebuah bangunan terbesar di dunia kelmarin dengan kompleks tersebut berkeluasan 1.76 juta meter persegi, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Dinamakan Pusat Alaf Baharu Global, bangunan tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon.

Binaan tersebut terletak di Chengdu, dalam wilayah Sichuan di barat daya China.


Menurut beberapa laporan, bangunan tersebut panjang 500 meter dengan lebar 400 meter dan tinggi 100 meter.






Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean.

Ia direka oleh seorang arkitek berdarah campuran Iraq dan Britian, Zaha Hadid.

FPI Ancam Serang Pusat Hiburan Degil.



Jakarta: Front Pembebasan Islam (FPI) berjanji tidak akan menyerang tempat hiburan malam jika mereka mematuhi arahan tidak membuka premis itu sepanjang Ramadan.

“Ikut saja arahan. Jangan buka perniagaan. Kami tidak akan menyerang. Tetapi jika ada yang degil, kami akan bertindak,” kata Ketua Dewan Pimpinan Daerah FPI Jakarta Habib Salim Assegaf. Mengulas ancaman polis untuk bertindak ke atas kumpulan yang menyerang premis hiburan pada bulan puasa, Habib berkata, pasukan keselamatan sepatutnya memberi tumpuan kepada premis yang melanggar peraturan daripada mengancamnya. Pihak berkuasa bandar raya Jakarta sebelum ini menetapkan tempat hiburan seperti bar, diskotik dan sauna ditutup sepanjang Ramadan.

RM500,000 Untuk Baiki 2 Tandas.


London: Kerajaan Britain akan membelanjakan sebanyak £100,000 (RM500,00) untuk membaik pulih dua tandas yang digunakan oleh anggota Parlimen dan tetamu.


Kontrak yang diiklankan oleh pihak berkuasa Parlimen berkata, tandas itu yang dibina pada 1937, tidak menjalani sebarang baik pulih sejak 20 tahun lalu dan ‘hayat penggunaannya sudah berakhir’.

“Tandas itu kini berada dalam keadaan yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di kawasan berprofil tinggi. “Tandas terbabit memberi imej buruk kepada Istana Westminster. “Kerja pemulihan diperlukan segera untuk meningkatkan kedudukannya kepada standard sebuah kawasan Warisan Dunia,” menurut dokumen berkenaan.

Mathhew Sinclair dari Persekutuan Pembayar Cukai menyifatkan kos itu sebagai ‘melampau’.


“Kos membaiki satu tandas itu sama dengan kos membuat sebuah rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Akrobat Maut Terjatuh Dalam Persembahan. (Gambar & Video)



Carson City (Nevada): Seorang akrobat berpengalaman dan ibu kepada dua anak terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 15 meter ketika mengadakan persembahan di Las Vegas semalam.


Sarah Guyard-Guillot, 31, terhempas ke kawasan lapang di tepi pentas selepas wayar keselamatannya dipercayai terlucut. Wanita berasal dari Perancis itu sedang dinaikkan sebagai persediaan melakukan babak terakhir di MGM Grand apabila kemalangan berlaku. Saksi, Dan Mosqueda berkata, dia terdengar jeritan dan bunyi mengerang sebelum seorang lagi anggota kumpulan berkenaan menangis di atas pentas. Mosqueda berkata, pada awalnya penonton menyangka aksi itu memang disengajakan sebagai sebahagian daripada persembahan akrobatik. “Namun, kami mendengar jeritan, kemudian suara mengerang kesakitan dan ada orang menangis di atas pentas,” katanya. Pertunjukan dihentikan serta-merta sejurus kemudian. Penganjur juga menawarkan untuk memulangkan harga tiket yang dibeli penonton sebelum meminta orang ramai beredar. Sarah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


47 Tahun Simpan Tulang Kaki Pesakit Untuk Kenang-Kenangan.


Houston: Seorang doktor Amerika Syarikat yang menyimpan tulang tangan pesakit yang dipotong untuk dijadikan kenang-kenangan perang, mengembalikannya kepada lelaki terbabit 47 tahun kemudian.

Dr Sam Axelrad membawa pulang tulang tangan lelaki Vietnam itu pada 1966 selepas rakannya merebus anggota badan itu untuk menanggalkan semua daging dan otot yang ada padanya.

Tulang itu kemudian disusun semula seperti sepatutnya sebelum diserahkan kepada Axelrad sebagai cenderahati. Semalam melaporkan, Axelrad mengunjungi Vietnam sekali lagi untuk bertemu dengan lelaki pemilik tangan berkenaan, Nguyen Quang Hung, 73, yang pernah berkhidmat sebagai tentera Vietnam Utara.

Axelrad berkata, pada 2011 dia menemui tulang berkenaan dalam beg tentera di rumahnya yang dibiarkan selama beberapa dekad. Katanya, dia membawa pulang tulang tangan sebagai kenang-kenangan.

“Tetapi saya tidak melihatnya bertahun-tahun kerana ia boleh mengingatkan saya kepada pengalaman zaman perang,” katanya. Selepas terjumpa tulang berkenaan, kata Axelrad dia berusaha mengesan lelaki terbabit dan cuba memulangkannya.

Sementara itu, Quang Hung berkata, dia pelik kerana ada doktor yang mahu menyimpan tulang manusia sebagai cenderahati.

Bagaimanapun, dia gembira kerana mendapat semula bahagian anggota badannya yang dipotong.

“Tangan saya terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas terkena tembakan tentera AS,” katanya. Axelrad bertemu Quang Hung di bandar An Khe, dekat Qui Nhon semalam. Quang Hung ditembak pada Oktober 1966 dalam serang hendap kira-kira 74 kilometer dari An Khe di tengah Vietnam.

Selepas terapung-apung mengikut aliran sungai, dia berlindung di kawasan gudang padi selama tiga hari sebelum dibawa helikopter tentera AS untuk mendapatkan rawatan.