Ana Dahlia Nyaris Maut Dalam Kemalangan Awal Pagi

on Wednesday, July 3, 2013

Ana-Dahlia
Ana Dahlia dikatakan nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Genting Klang pagi tadi.. Ketika kejadian, Ana Dahlia yang berseorangan dalam perjalan pulang ke rumahnya kira-kira jam 1 pagi tiba-tiba di rempuh oleh sebuah kereta iswara yang hilang kawalan dari arah bertentangan sehingga kereta yang dipandunya berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke pembahagi jalan..
“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.
“Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan,” katanya kepada Sinar Harian.
Akibat kemalangan itu, Ana Dahlia dikatakan mengalami kecederaan ringan di kepala dan tulang rusuknya retak.. Ana Dahlia yang masih trauma dengan kejadian itu di nasihatkan oleh doktor supaya berehat dan jangan banyak bergerak..

Curi susu dalam seluar yang dipakai dengan jubah!!

Sorok susu dalam seluar | MUAR - Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama secara berkumpulan kembali aktif di sekitar Muar apabila menjadikan sebuah pasar raya dekat sini, sebagai sasaran.Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam minggu lalu, tujuh lelaki dan lima wanita dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya terbabit.

Difahamkan, kumpulan itu dipercayai menggunakan tiga kenderaan mewah dan menyembunyikan susu seberat 1.8 kilogram setiap tin di dalam seluar tiga wanita yang memakai jubah.Pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang berkata, dia menerima maklumat daripada sebuah pasar raya lain yang terlebih dahulu turut berlaku kecurian susu.

Menurutnya, dia kemudian segera mengarahkan pekerja memeriksa rakaman CCTV dan mendapati beberapa lelaki dan wanita memasuki premis dalam keadaan mencurigakan.“Mereka berpura-pura seperti beli barang dan menggunakan bungkusan biskut untuk melindungi susu dalam troli sebelum ia dibawa ke sudut yang agak tersembunyi untuk dimasukkan ke dalam seluar tiga wanita secara bergilir-gilir sambil dibantu dua lelaki,” katanya.

Wee Siang mendakwa, tiga ahli lain pula berada dalam kereta dan selebihnya bertindak sebagai pemerhati di dalam serta luar pasar raya berkenaan.Katanya, tiga wanita berusia dalam lingkungan 40an itu dilihat keluar masuk dalam pasar raya melalui pintu belakang melebihi 10 kali dengan lenggok jalan yang kelihatan agak pelik.“Apabila sedar sedang diperhatikan, mereka meninggalkan pasar raya ini dengan menaiki kenderaan yang sudah bersedia di luar pasar raya.

“Kejadian berlaku sangat pantas dalam tempoh 40 minit ketika pasar raya sesak dengan orang ramai,” katanya.Beliau berkata, pihaknya percaya kumpuan terbabit mempunyai peralatan lengkap untuk membuka besi magnet yang berfungsi sebagai keselamatan yang terdapat pada tin susu itu bagi mengelakkan susu yang diseludup keluar dikesan pihak pasar raya.

“Kali terakhir kejadian seumpama ini berlaku ialah dua tahun lalu dan tidak menyangka ia berulang lagi serta percaya ia dilakukan kumpulan yang sama,” katanya.Katanya, jumlah kerugian dialami sebanyak RM5,000 apabila 40 tin susu telah dicuri.Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan.“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 kanun keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.Sumber



PENJELASAN ADIRA MENGENAI KULITNYA YANG PUTIH MELEPAK!






ADIRA MENJAWAB ISU KULIT PUTIHNYA YANG MENJADI PERSOALAN | Ramai peminat yang mempersoalkan keputihan kulit yang dimiliki Adira sehingga ada yang membuat tuduhan kulit putih beliau adalah disebabkan oleh penyakit kulit.



Tidak kurang juga yang membuat tuduhan bahawa Adira memakan pil  dan membuat suntikan untuk mendapatkan kulit seperti itu.



Kulit putih Adira sememangnya membuat ramai

Shaheizy Sam Terima Hadiah Nissan 370Z

Akhirnya secara rasmi, Shaheizy Sam telah menerima hadiah daripada Berita Harian kerana dirinya telah memenangi Artis Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu iaitu Nissan 370Z versi Coupe bernilai RM354,400 baru-baru ini.

Shaheizy Sam juga memilih nombor pendaftaran kereta yang unik, iaitu SS4M.

-gambar Budiey | MiGonline

(5 GAMBAR)Putri Norizah, Anak Ibnor Riza Berkahwin Dengan Deejay Kino Takamura

Mungkin ada di antara pembaca BeautifulNara.com yang masih mengingati penyanyi yang popular sekitar akhir 80′an iaitu Ibnor Riza. Anak perempuan beliau benama Putri Norizah juga seorang penyanyi, dan pernah memenangi enam pingat emas untuk vokal di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2011.


Kami telah menerima tip di Facebook yang Putri Norizah telah selamat melangsungkan pernikahan Sabtu lepas dengan seorang Deejay iaitu Kino Takamura yang pernah menjadi peserta peringkat akhir untuk Astro Spin Master 2011 bagi kategori Malaysia Best Scratch DJ.
Tahniah kepada Putri Norizah dan suami atas perkahwinan mereka. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Putri Norizah.


NGERI...terjun dari BANGUNAN

Gambar dibawah merupakan kesan akibat dari terjun dari bangunan. Daripada info, pemuda ini membunuh diri dengan menerjun dari tingkat 15. Dan ini adalah hasilnya...












Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah

Ainan Tasneem yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis lelaki walaupun untuk sesi fotografi media.


Menurut Ainan, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain ingin menjaga nama baik keluarganya.

"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali secara beramai-ramai.

"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.

Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions. Tambah Ainan lagi, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.

Menurutnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian.

Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain, saya benarkan.

"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.

Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan negeri.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/