VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL!

on Wednesday, July 3, 2013







VIDEO LELAKI TERKENA PARKINSON DI ATAS MOTOR | Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya bro ni bergoyang-goyang atas motor. Ramai juga yang mengatakan beliau menghidap penyakit parkinson.

Namun ada juga yang mengatakan ia pembawakan akibat mabuk. Ada juga yang katakan ini cara ranggi beliau menangani stress.

Apa-apa pun jom layan video BRADER SENGAL MENARI ATAS MOTOSIKAL INI.

Jangan lupa

18SX!! Bertahanlah sayang..abang cintakan ayang..

Bertahanlah sayang | Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.


Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita.

Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan intim denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..

”Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi.Saya rasa dia ingin melakukan hubungan intim dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.Terbaik

~~Humor semata-mata..semoga terhibur=)

Terbaik!!? - Awek Bertudung VS Awek Tidak Bertudung

Lebih 3650 hari tak mandi!

Lelaki Tidak Mandi Lebih 10 Tahun | Masih ingat lagi entri suami enggan mandi,isteri buat surat perjanjian ?Kali ni lagi teruk.Orang paling busuk di dunia? mungkin itu yang layak digelarkan..nak tahu kenapa di panggil begitu? ini kerana lelaki ini dikatakan tidak pernah mandi dan potong rambut sejak tahun 1974. Sangat lama bukan? iaitu selepas dia kahwin.. isteri dia leh tahan lak kan? iskkk..



Lelaki itu yang bernama Kailash Singh, berumur 65 tahun hanya sentuh air untuk basuh tangan dan mulut sahaja, katanya dia buat begitu sebab mengikut nasihat sami yang mengatakan dia akan mendapat anak lelaki sekiranya ikut nasihat sami tu..adeshh, tapi malangnya sehingga sekarang, lelaki ini hanya 7 mendapat 7 orang anak perempuan..kesiann~ Sumber

Pergh..Restoran 'bela' lipas diarah tutup serta merta!!

Restoran 'ternak' lipas ditutup | BANDARAYA MELAKA - Dua restoran yang ditakungi air dan dijadikan tempat ‘ternakan’ lipas di Melaka Sentral diarahkan tutup serta-merta dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di sini, semalam.



Air bertakung di bahagian dapur dan lipas yang ditemui dalam bekas kedap udara yang sudah tidak lagi digunakan juga boleh dilihat 'merayap' pada dinding premis ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi.Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd Khaidir Abd Hamid, kedua-dua premis berkenaan antara tujuh yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang disertai 30 anggotadari Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).



“Selain masalah makhluk perosak, premis tersebut turut melakukan pelbagai kesalahan membabitkan kebersihan termasuk pengendalian makanan dan keadaan dapur yang tidak diselenggara.“Dua premis itu diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pemilik premis melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan untuk beroperasi sekiranya pihak kita berpuas hati dengan tahap kebersihan mereka,” katanya.



Mohd Khaidir yang mengetuai operasi itu berkata, kesemua premis yang telah menjalankan perniagaan lebih lima tahun di terminal bas dan teksi itu turut melakukan kesalahan apabila pekerja atau pengendali makanan tidak memakai apron serta penutup kepala.“Lima premis lain keseluruhannya memuaskan namun hanya diberi arahan kerja pembetulan seperti pemakaian pelindung, pelupusan sampah lebih teratur dan penyelenggaraan di dapur.

“Mereka turut diberi teguran dan amaran mengenai penyediaan kemudahan premis seperti lantai pecah yang memerlukan penambahbaikan,” katanya.Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan premis makanan di Melaka Sentral dan akan terus membuat pemantauan berterusan selari dengan arahan kementerian.

“Operasi akan terus dilakukan iaitu kira-kira dua kali sebulan bagi memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan untuk dijual kepada orang ramai.“Amalan kebersihan dan pengendalian makanan yang baik boleh membantu mengekalkan dan meningkatkan imej bersih negeri Melaka,” katanya.Sumber.


Shahir AF8 selepas kemalangan Kesian!

shahir af8

Kesian! Shahir AF8 ditimpa kemalangan sewaktu pulang ke Kuala Lumpur dari kampungnya. Shahir AF8 kemalangan dan kejadian tersebut berlaku di lebuhraya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

shahir af8, kereta shahir af8, nissan fairlady shahir af8
Nissan Fairlady Putih milik Shahir AF8 sebelum kemalangan

shahir af8
Keadaan Nissan Fairlady Shahir AF8 selepas kemalangan

Mujurlah Shahir AF8 tak cedera teruk sangat. Cuma sakit-sakit badan dan kepala akibat terhantuk. Waktu kejadian tersebut, Shahir tidak dapat mengawal keretanya dalam keadaan hujan lebat. Keretanya berpusing-pusing sebelum merempuh pembahagi jalan.

SEGERA: Tiga Mati Tertimbus Di Ukay Perdana Pagi Tadi

SEGERA: Tiga Mati Tertimbus Di Ukay Perdana Pagi Tadi

Tiga orang maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana, Ampang pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
Mohd Sani berkata ketiga-tiga orang itu adalah pekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Mereka dalam usia 30-an dan merupakan warganegara Myanmar,” kata Mohd Sani kepada Astro AWANI.
Mohd Sani turut berkata dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi, lima pekerja lain dapat diselamatkan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Mohammad Yaacob berkata kejadian itu melibatkan tanah yang tertimbus di kawasan projek perumahan.
“Mengikut prosedur, pihak MPAJ akan mengeluarkan arahan berhenti kerja serta merta untuk menilai kejadian yang berlaku,” katanya.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL - www.astroawani.com