Budak derita 3 tahun terpaksa oral seks

on Thursday, July 4, 2013

Budak derita 3 tahun terpaksa oral seks | SUNGAI BULOH –  Derita seorang kanak-kanak lelaki dipaksa melakukan seks oral oleh jurulatih badmintonnya sejak tiga tahun lalu berakhir selepas ibu mangsa membuat laporan polis sebaik mendapat maklumat mengenai kelakuan tidak bermoral jurulatih itu terhadap anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini.

Sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa berusia 12 tahun beberapa kali diarah melakukan seks oral dan kejadian berlarutan sehingga Mei lalu.Menurutnya, kegiatan itu hanya diketahui ibunya selepas diberitahu oleh ibu rakan anaknya itu sebelum satu laporan polis dibuat pada 27 Jun lalu.“Siasatan mendapati suspek membuka seluar dan kemudian mengarah kanak-kanak itu menghisap kemaluannya,” katanya.

Beliau berkata, jurulatih berusia 41 tahun itu ditahan 2 Julai lalu dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Kes disiasat di bawah 377 E, kanun keseksaan.SH



Koleksi kereta artis

Kereta AC Mizal

Kereta Tomok

Kereta Jimmy Shanley



Kereta Fara Fauzana



Kereta Linda Onn

Kereta Hans Isaac

Kereta Datuk Siti Nurhaliza

Kereta Aznil


Kereta Awal Ashaari

Kereta Irma Hasmie

Kereta Nora AF4

Kereta Adam AF2



Kereta Noryn Aziz

Kereta Ajai

Kereta Yusry KRU

Kereta Iskandar Chef

Kereta Zahid AF

Kereta Ebi AF5

Kereta Stacy AF6

Kereta Syamsul Yusof

Kereta Nabila Huda

Kereta Mustapha Kamal

Kereta Adibah Noor

Kereta Sazzy Falak

Kereta Samsul Ghau Ghau

Kereta Atilia

Kereta Ekin

Kereta Mila AF5

Kereta Emma Akma

Kereta Nabil Raja Lawak

Kereta Zarina AF2

Ikram Dinzly dan Fauziah Ghaus kemalangan di Karak


Gambar Kereta McLaren F1 Mr. Bean Selepas Kemalangan



Ini gambar yang menunjukkan keadaan kereta McLaren F1 Mr. Bean yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) selepas kemalangan yang berlaku semalam.






Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital

Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital | Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga anak mereka itu kepada isteri.
Adi Putra Di Tuduh Tidak Melawat Anak Di Hospital

Krew portal Ohbulan, sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit.

"Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di hospital, tapi mungkin orang akan fikir, itu hanya sekadar di bibir tapi hati cakap lain. Jadi, asalkan saya tahu, isteri dan anak tahu perkara sebenar itu sudah cukup."

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu anak, pelakon ini turut dilihat terlalu menjaga eksklusiviti bayinya itu sehingga jarang mendedahkan bayi comel tersebut kepada umum.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, Adi Putra sendiri akui dia memang risau untuk mendedahkan identiti sebenar anaknya itu kepada orang ramai kerana khuatir akan keselamatan bayi tersebut dan dalam masa yang sama, sikapnya sendiri memang tidak gemar untuk memuat naik foto-foto anaknya itu menerusi laman Instagram seperti kebanyakan artis lain.

"Sebelum ini pun saya tak pernah nak umumkan dia siapa. Tapi umum tahu anak itu sebenarnya siapa."

"Bagi saya untuk popular itu senang, tapi untuk memikul gelaran popular itu bukan senang, tambah-tambah lagi anak. Bila dia membesar dengan orang sekeliling dan masuk pula ke sekolah, orang akan tanya pada dia macam-macam, jadi nanti dia akan berhadapan dengan waktu yang sukar."

"Mungkin ada perkara boleh kongsi, tapi tidak semua. Seperti apa yang saya buat sekarang. Tambahan pula saya memang jarang nak muat naik gambar anak. Itu memang cara saya. Tapi kalau isteri nak muat naik, biarkanlah. Itu hak dia dan saya hormat."

Untuk makluman, pada Oktober tahun lalu Adi Putra dan isterinya, Aida Yusof telah mengambil bayi perempuan comel iaitu Zara Adelia Haadi sebagai anak angkat mereka. sumber


Zed Zaidi Eksiden?

Tengah malam semalam dunia laman internet, Twitter menjadi kecoh di sebabkan sekeping gambar seorang pelakon lelaki yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi yang sedang berlumuran darah tersebar meluas. Dia dikatakan telah terlibat dalam kemalangan. Dalam jam lebih kurang 2.00 pagi, individu pertama yang menyebarkan gambar itu adalah seorang pelakon dan pelawak lelaki, Mamat Sepah.



Kemudian, Tweet Mamat Sepah itu di’retweet’ pula oleh seorang pelakon wanita, Azza Elite. Dan ikuti pula oleh pelakon dan pengarah wanita lain, Isma AF7. Namun, mungkin Azza dan Isma terfikirkan kebenaran cerita tersebut, mereka berdua telah menyiasat sendiri isu kemalangan Zed Zaidi. Akhirnya, mereka berdua menjelaskan di laman Twitter sambil berbalas Tweet yang cerita itu hanyalah ‘propa’ semata-mata yang dibawa oleh si pembawa cerita yang kuat ‘berpropa’, kata Azza. Jelaslah dalam setiap Tweet Azza dan Isma, mereka berasa marah dengan cerita ‘propa’ yang dibawa oleh si kaki ‘propa’. Kalau dilihat kepada ayat si kaki ‘propa’ yang dikeluarkan Azza, ia jelas menunjukkan kepada Mamat Sepah. Selepas kebenaran terbukti, Mamat Sepah tidak ada mengeluarkan langsung kenyataan itu adalah ‘propa’ sahaja di laman Twitternya. Sebaliknya, dia rancak berbalas Tweet dengan seorang penyanyi Rock lelaki, Amy Search. Tukar topik la konon..


Zed Zaidi sebenarnya sedang menjalani sesi pengambaran laaaaaa.. Gila punya Mamat Sepah!! Takde story lain ke?

Dayana Kamal, Bekas Isteri Naza The Times, Meninggal Dunia

Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya, Dayana Kamal, salah seorang daripada tiga yang rentung dalam kemalangan ngeri di km 2 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, Bunut Payung awal pagi semalam merupakan seorang pelakon filem dan drama.
Wan Nurdiyana, 22, pernah membintangi filem “Black Maria” dan beberapa drama tempatan iaitu “Rumah Itu Duniaku”, “Sumaiyyah”, “Raya Dengan Tok”, “Selamat Tinggal Noni”, “Ayah Kami” dan terbaru siri drama popular “Matahari”.
Ayah Wan Nurdiyana, Mohd Kamarul Zaman Mohd Nor, 44, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik itu kini masih bercuti Aidilfitri dan sedang menunggu tawaran baru untuk berlakon.
“Pada bulan puasa lalu, arwah mahu memakai tudung untuk penampilan baru dan seminggu sebelum kejadian, arwah membaca al-Quran yang menyebabkan ibunya, Wan Norhayati Ismail, 47, rasa sebak dan hairan. Ini merupakan petanda yang Wan Nurdiyana akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk Wan Nurdiyana di Kampung Chempaka di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, selain Wan Nurdiyana yang terkorban, dua lagi adalah warga Amerika yang juga pekerja pelantar minyak di Terengganu Gonzalez Christopher, 30, dan Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah. Pemandu kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mereka, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Wan Nurdiyana pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Muhamad dan bercerai dua tahun lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak perempuan Dayang Fatihah Amanda yang berusia empat tahun.
Jenazah Wan Nurdiyana dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka. Lebih menyedihkan Mohd Kamarul Zaman, dua hari lagi genap setahun adik Wan Nurdiyana, Wan Ikmal Hisham, meninggal dunia juga kerana kemalangan jalan raya di Gua Musang.
“Hati mana tidak sedih kehilangan dua anak dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun berturut-turut,” katanya sayu.
Beliau berkata sehingga kini Dayang Fatihah Amanda masih tidak mengakui ibunya telah meninggal dunia kerana tidak percaya jenazah yang rentung itu adalah Wan Nurdiyana. Bercerita sebelum kemalangan, beliau berkata Wan Nurdiyana telah keluar rumah untuk minum bersama rakan-rakannya di Hotel Renaissance di sini pada pukul 11 malam.
“Saya dimaklumkan mereka berempat keluar untuk makan sup belut yang saya sendiri tidak tahu sehinggalah dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh salah seorang keluarga pada pukul 1 petang semalam,” katanya.
Ibu Allahyarham, Wan Norhayati berkata sebelum ini juga anaknya itu juga enggan mengenakan baju berwarna biru semasa sesi fotografi di Kuala Lumpur dan mahukan baju berwarna putih untuk dipakai.
“Hari terakhir bertemu Wan Nurdiyana seminggu sebelum ini dan tiga hari lalu dia meminta wang perbelanjaan,” katanya yang menetap di Lembah Keramat bersama keluarga yang lain.