3.2 Juta Tonton Drama ‘Teduhan Kasih’

on Thursday, July 4, 2013


3.2 Juta Tonton Drama 'Teduhan Kasih'

KUALA LUMPUR – Drama bersiri Teduhan Kasih pernah mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding drama-drama lain menerusi slot berkenaan.

“Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7 juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang.
“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama pelakon-pelakonnya,” kata beliau pada sidang media tayangan eksklusif episod akhir drama itu di Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini petang Selasa.

Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu.
Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam.
Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.

“Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra.
“Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton,” ujarnya.

Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar.

Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon.
Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).

Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda).Sementara itu drama Demi Dia arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh Zoey Rahman serta Elfira Loy akan mengambil alih slot berkenaan bermula Rabu. – mStar

Ummi Nazeera Sudah Berhijrah Sepenuhnya?


ummi nazeera
Agak terkejut juga pada awalnya. Antara kelainan dapati ialah segala gambar Ummi Nazeera memang sudah tiada. Jika sebelum Ummi sering berkongsi gambar-gambar dirinya menghadiri majlis, kini kesemua itu telah dibuang. Malah tiada gambar membuka aurat yang dipaparkan oleh Ummi.
ummi nazeera
Didapati lebih banyak perkongsian-perkongsian Islamik seperti gambar di atas dilakukan oleh Ummi Nazeera. Adakah Ummi telah berhijrah ke arah kebaikan sepenuhnya? Perkara ini masih tidak dapat disahkan kerana tiada gembar-gembur dilakukan oleh Ummi. Apa pun jika benar, tahniah diucapkan dan semoga terus istiqamah. Sama-sama kita doakan.-beautifulnara.com

Wang hantaran tinggi?Mungkin boleh guna cara ni..!!




Wang hantaran tinggi?Mungkin boleh guna cara ni..!! | Pernah terbaca keratan surat khabar seperti di atas?mahal ke? murah je…ini jawapan balas pihak lelaki UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH:

Mak Cik : “Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. “.
Mat : “Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat
“..Mak Cik : “Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap “.
Mat : “Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 200ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus dan pernah rebore.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

Sekadar gurauan. Jangan ada pihak yang terasa pula ya. Pandai2lah berbincang..supaya kemudiaan hari xsusah. Nak hidup bersama selamaya,jadi bawak2lah berbincanng..Terbaik

Isu Mat Yo:Jangan ulangi lagi!!

Hamidin: Jangan ulang kesilapan Mat Yo | “JANGAN ulangi lagi perbuatan itu selepas ini,” demikian nasihat Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha yang bertindak membuang pingat ke dalam tong sampah setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan, Sabtu lalu.



Sambil menganggap tindakan Norshahrul atau Mat Yo itu disebabkan hilang pertimbangan kerana terlalu kecewa selepas pasukannya tewas, Hamidin bagaimanapun berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan oleh bekas pemain Kelantan itu. “Mungkin dia (Mat Yo) tertekan dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan disebabkan itu dia terbawa-bawa ke luar padang.

“Cuma nasihat saya, jangan ulangi lagi tindakan sebegitu kerana tidak elok sebagai pemain berpengalaman, lagipun kita kena faham dan ingat dalam bola sepak ada menang, ada kalah. “Kita takkan selalu menang saja, pada masa yang sama kena terima kekalahan juga,” kata Hamidin.

Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika ditanya adakah Mat Yo bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM, Hamidin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap beliau memandangkan FAM tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

“Kami tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap dia, ini kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung tindakan itu. “Cuma yang boleh saya katakan jangan buat lagi,” jelas beliau.SH


Mengerikan! Hampir 100 Wanita Diperk0sa di Mesir ketika Aksi Demonstrasi



aksi demo di Lapangan Tahrir, Kairo (Reuters)

Kaherah, – Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo antipemerintah.

Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013).


“Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir … di tengah iklim kekebalan dari undang-undang,” demikian disampaikan HRW dalam statemennya.


HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat.


Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat.


HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu.


“Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam,” cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah.


“Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara,” tambahnya.


Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. “Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau,” demikian statemen HRW.


Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan aparat keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah.


* Sumber detiknews

VIDEO: Cara Elak Bayar Tol…



APABILA melihat video ini, mungkin ada pihak yang rasa ia ‘cool’.
Apa tidaknya, si pelaku dengan bangganya menunjukkan ‘cara’ untuk mengelakkan diri daripada membayar tol, siap keluar perkataan lucah lagi.
Tetapi ada pihak merasakan inilah contoh sikap manusia yang hanya mahukan keselesaan memandu tetapi enggan mengeluarkan duit dari poketnya.
Semuanya mesti selesa, semuanya mesti percuma.
Anda rasa macam mana? MyNewsHub

Remaja 19 Tahun Rogol Dan Samun Pembantu Rumah


Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, Kajang.
Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.
Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.
Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.
Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. sumber