Remaja 19 Tahun Bunuh Diri Di Times Square

on Thursday, July 4, 2013


Pada pukul 11 pagi tadi, satu kejadian dikatakan kejadian bunuh diri terjadi di Berjaya Time Sqaure, Kuala Lumpur.
Difahamkan lagi, perempuan berusia 19 tahun tersebut telah patah hati selepas bergaduh dengan teman lelakinya yang dikatakan bertindak terjun dari dalam bangunan tersebut dari tingkat 6 bangunan terbabit.
Gambar di bawah menunjukkan kain merah yang dikeliling pasu bunga bagi menutup mayat mangsa apabila orang ramai mula penuh di tempat kejadian yang kemudian pihak polis sampai dan membungkus mayat mangsa dengan beg plastik hitam.
Perempuan tersebut telah jatuh dihadapan Papa John, tingkat Ground floor bangunan tersebut. Walaupun malumat sahih masih diperlukan berkaitan kejadian ini. sumber

Metallica Sah Turun Malaysia Ogos Ini

Metallica

Metallica menerusi laman web rasmi mereka hari ini telah mengesahkan kehadiran ke Malaysia buat pertama kali dan akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 21 Ogos ini.
Berita yang di’tulis juga memaklumkan yang penjualan tiket untuk konsert Metallica ini akan bermula 11.30 pagi pada 6 Julai ini di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang.
Menurut maklumat awal, harga tiket untuk tempat duduk bebas (free seating) berharga RM380/RM350/RM195 manakala kawasan ROCKZONE berharga RM680/RM550/RM450.
Manakala penjualan tiket secara atas talian (online) hanya akan bermula pada 8 Julai (Isnin) melalui www.ticketcharge.com.my dan juga laman web penganjur www.galaxy.com.my. Anda teruja untuk pergi? – Rotikaya

Susu Ibu Jadi Kegilaan Terbaharu Orang Kaya!

China

BEIJING – Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.
Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.
“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.
Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. – AFP

[Foto] Buat "Projek" Hingga Tertidur Sampai Pagi


Pernah dengar tak perbuatan jahat seseorang ada masanya di balas di dunia lagi ? tidak perlu tunggu hingga seseorang itu meninggal dunia. Kenapa ini terjadi ? Tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk memberi peringatan dan pedoman untuk manusia lain. Supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan apa yang saya ceritakan diatas. Pasangan ini telah melakukan zina didalam sebuah kereta. Akibat terlalu letih mereka tertidur hingga kesiangan hari. Apa yang lebih mengaibkan dan memalukan lagi, mereka tertidur dalam keadaan bogel sehingga mendedahkan alat sulit mereka, Kelihatan juga kondom masih tersarung pada alat sulit si lelaki.


Mungkin pasangan ini berzina di kawasan tapak senaman, menyebabkan ramai orang yang keluar pagi untuk berjogging terperanjat dengan penemuan aksi memalukan dan mengaibkan pasangan ini. Kelihatan juga ada yang mengambil gambar mereka.


Sumber

Tentera Mesir guling Presiden Mohammed Mursi.


KAHERAH 4 Julai - Tentera Mesir semalam menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.

Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.

Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.

Tindakan Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa...total blackout!



Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:


General Abdel Fattah Al-Sisi telah

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Konsert Metallica di Kuala Lumput 21 Ogos ini.


KUALA LUMPUR 4 Jun - Kumpulan thrash metal legenda dari Amerika Syarikat, Metallica mengesahkan akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia iaitu di Stadium Merdeka, di sini pada 21 Ogos ini.

Pengumuman mengenai tarikh konsert itu diumumkan menerusi laman web rasmi Metallica iaitu www.metallica.com baru-baru ini.

Sebelum ini Metallica yang dianggotai oleh James Hetfields (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich (dram), Kirk Hammett (gitaris) dan Rob Trujillo (bassis) dikatakan akan mengadakan konsert di Malaysia tetapi tiada pihak yang mengesahkannya.

Selepas berkunjung ke Kuala Lumpur, Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill'em, Ride The Lightning dan And Justice For All, akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos ini