Rahsia Besar Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan

on Friday, July 5, 2013


Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?



Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?



Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan



Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.

                                Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah

                                     Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan

                                     Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi

                               Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai

Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


                                      Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku


                                                  http://www.islamiclandmarks.com

Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi



http://silverheritage.blogspot.com/2013/06/rahsia-masjid-nabi-yang-di-sembunyikan.html

KISAH SEBENAR LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL!



KISAH SEBENAR KENAPA LELAKI TERKENA PARKINSON DI ATAS MOTOR | Sebelum ini viral di laman sosial video seorang lelaki yang dikatakan menggeletek di atas motosikalnya sehingga membuat ramai orang yang pelik dengan gelagatnya termasuklah mereka yang berada di tempat kejadian. Namun, tahukah anda kisah di sebalik kejadian itu?
Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya bro ni bergoyang-goyang atas motor. Ramai juga yang mengatakan beliau menghidap penyakit parkinson.
Namun ada juga yang mengatakan ia pembawakan akibat mabuk. Ada juga yang katakan ini cara ranggi beliau menangani stress.
Menurut pembaca setia mazeermohamad.com, lelaki ini telah terkena buatan orang dan sudah lama menghidap penyakit berkenaan dan tak pulih sampai sekarang.

bro, nampak gaya mcm kat melaka. ade org opis aku (bukan satu opis, tapi satu bangunan) peel dia mcm ni.. dia ni kene buatan org.. tak baik2 smpi skrg.. melaka ni kecik ja..aku rase dgn pe'el mcm ni, dia ni budak yg aku maksudkan.. remove la artikel ni sebelum berbatalion org dok ngutuk dia ni.. bukan dia nak pun diri dia jadi mcm ni..erm..(Anonymous)
salam... saya pernah nampak abang ni kat melaka... masa tu dia tengah berhenti kat trafik light... saya rasa abg ni mempunyai penyakin kenan (sila rujuk buku2 yg berkenanan)atau parkinson... jgn la kiter tertawakan beliau... die pun manusia biasa... tp sy respect kat die, wlaumacam tu still bley prgi kerja sendri... (Nurfarhanadilah Fadil)
ko kenal ke abg ni?? sampai ko nak kate mcm tu?? abg ni keje satu bangunan dengan aku laa... abg ni baik orgnye.. tapi abg ni sakit.. bukan sakit yang biase tapi "sakit"(Anonymous)

Untuk keterangan lebih lanjut, anda bolehlah merujuk entri VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL! dan pihak kami memohon seribu kemaafan seandainya entri berkenaan menyinggung ramai pihak.

Photoshop model yang kantoi!

VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL!



VIDEO LELAKI TERKENA PARKINSON DI ATAS MOTOR | Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya bro ni bergoyang-goyang atas motor. Ramai juga yang mengatakan beliau menghidap penyakit parkinson.

Namun ada juga yang mengatakan ia pembawakan akibat mabuk. Ada juga yang katakan ini cara ranggi beliau menangani stress.

Apa-apa pun jom layan video BRADER SENGAL MENARI ATAS MOTOSIKAL INI.

Jangan lupa tinggalkan komen.


STOKIN ANTI ROGOL VERSI CHINA (4 Gambar)


Dihasilkan oleh China dan kini pihak Eropah turut sama menggunakannya.
Oh lupa nak bagi tahu, haram seseorang itu mencukur bulu kaki. Tahu dok?


Penjelasan Mat Yo isu buang medal

Penjelasan Mat Yo isu buang medal | PENYERANG sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.SH


7 kepala disumbat dalam beg plastik dijumpai di lebuh raya

7 kepala disumbat dalam beg plastik dijumpai di lebuh raya | Penemuan mengerikan dalam beg plastik bukti keganasan masih melanda Mexico

Bandaraya Mexico: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala yang dipenggal dan disumbat ke dalam sebuah beg plastik di tepi satu lebuh raya di bandar Guadalajara semalam, kata seorang pegawai pendakwa di negeri Jalisco.
Sekadar hiasan

Penemuan mengerikan kira-kira 40 kilometer dari bandar kedua terbesar di Mexico itu memberi isyarat bahawa keganasan dan jenayah masih melanda Mexico, walaupun kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa kadar kejadian pembunuhan semakin berkurangan.

Lebih 60,000 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan dengan kartel dadah dalam tempoh 2006 hingga 2012, di bawah pemerintahan Presiden Felipe Calderon.

Pembunuhan meningkat


“Kejadian pembunuhan meningkat lebih lima peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” kata seorang pegawai di jabatan polis Mexico.Beliau berkata, purata, 1,000 dibunuh setiap bulan di bawah pentadbiran pengganti beliau Enrique Pena Nieto yang mengambil alih jawatan pada Disember.

Negeri Jalisco yang menjadi pembekal utama minuman keras tequila dan terkenal dengan muzik mariachi, dilanda keganasan hampir sepanjang masa.Awal minggu ini, mayat dua muris sekolah yang disyaki membuli anak seorang pengedar dadah berpengaruh ditemui di Jalisco.Mac lalu, menteri pelancongan Jalisco ditembak mati di Guadalajara hanya selepas seminggu menyandang jawatan.BH