Kisah sang semut dengan Nabi Sulaiman A.S.

on Friday, July 5, 2013

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semutini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Sang Semut!! Sumber

Jijik! Awek yang pengotor sekali dalam dunia!


Awek yang tergoda melihat lelaki sasa


Gambar: Tiz Zaqyah & Kekasih Bercuti Ke Pulau Perhentian


Ah bunyi tajuk kami ini macam Tiz Zaqyah pergi berdua dengan kekasih beliau, nyatanya mereka berdua di’temani rakan rakan lain yang turut sama ingin merasai keindahan alam di Pulau Perhentian.

Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini.

Seperti biasa sebelum ada peminat yang melatah & kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang di’kongsikan — perlu kita ingat yang aktress ini pernah berpesan yang ini memang dirinya & peminat perlu terima.

“Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan”

Berikut beberapa keping gambar percutian Tiz Zaqyah ke Pulau Perhentian untuk tatapan anda. Enjoice!-ROTIKAYA-











                 Lagi Gambar Mesra Tiz Zaqyah Dengan Kekasihnya Di Pulau Perhentian

                 Lagi Gambar Mesra Tiz Zaqyah Dengan Kekasihnya Di Pulau Perhentian


Awek nampak bulu ketiak!

Awek yang FAIL!

Baim Wong dan Elfira Loy sah bercinta, kongsi gambar romantik


Baim Wong dan Elfira Loy sah bercinta - Menerusi program hiburan MeleTOP yang bersiaran malam tadi, pasangan Baim Wong dan Elfira Loy telah dijemput hadir untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka Untuk Terakhir Kali yang bakal disiarkan di Astro RIA pada 9.00 malam Jumaat, 27 Jun 2013.


Dalam program itu, Neelofa sempat bertanya kepada Baim Wong berkenaan keistimewaan telefilem ini berbanding telefilem lain, dan pelakon berasal dari Indonesia itu dengan spontan dan bersahaja menjawab kerana adanya Elfira Loy.

“Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa dan Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy. Pengakuan Baim Wong itu disambut dengan sorakan satu studio.

Baim Wong turut sudi menunjukkan SMS antara beliau dan Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan SMS itu tanpa mendedahkan kepada umum, dipetik dari rotikaya.