Channel 4 Jawab Kritikan Siar Azan.

on Friday, July 5, 2013


LONDON - UNITED KINGDOM - Pengumuman stesen televisyen Channel 4 untuk menyiarkan azan sepanjang Ramadan mendapat bantahan umum.

Ketua Program, Ralph Lee berkata, siaran itu dilakukan sejajar misi syarikat  untuk membantu kumpulan minoriti dan Islam diterima baik di Britain.


Namun, pergerakan berhaluan kanan mengkritik tindakan itu yang disifatkan sebagai provokasi.

"Muslim di Britain sudah peka dengan tanggungjawab beribadah dan perkara itu tidak perlu diingatkan," kata jurucakapnya yang dipetik laporan Reuters.

Sumber 

Awas!!! 'Teh Perasa Air Kencing' Resepi Baru Daripada Amah Anda.

Hati-hati jangan sampai amah anda menghidangkan teh kencing....... resepi baru

Jika anda seorang majikan yang kejam dan tidak berhati perut, anda harus berhati-hati terhadap pembantu rumah anda kerana tidak mustahil anda akan kerap meminum teh resepi baru yang dihidangkan iaitu 'teh perasa air kencing'.

Di Hong Kong  Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.

Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.

Identiti majikan dan pembantu rumah itu tidak dinyatakan.

Tahun lalu, seorang amah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya.

Biar Betul.......Ketua Samseng Hanya Didenda 64 Sen, Penjara 4 Bulan.


Jakarta: Ketua samseng yang pernah menguasai Tanah Abang, Hercules Rozario Marshal, bakal bebas seminggu lagi selepas dihukum penjara selama empat bulan dan denda 64 sen kerana menghasut rusuhan antipolis di Kembangan, Jakarta Barat.

Mahkamah Daerah Jakarta Barat membuat penghakiman itu, semalam.

Keputusan itu mengejutkan polis yang sebelum ini mengkritik pendakwa kerana mencadangkan hukuman penjara enam bulan saja untuk kesalahan yang menyediakan hukuman maksimum sembilan tahun.

Hakim Kemal Tampubolon berkata, defendan disabitkan kesalahan mengugut untuk mencederakan anggota keselamatan. Rakan Hercules, M Sidik yang juga bekas pemimpin Forum Komunikasi Betawi (Forkabi) turut dikenakan hukuman sama. Hercules mengetuai rusuhan di Kembangan dengan merosakkan tingkap kedai sebagai membantah arahan polis membubarkan kumpulan samsengnya yang berselindung di sebalik nama Gerakan Rakyat Indonesia Baru.

Pertubuhan itu didakwa mempunyai kaitan dengan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) pimpinan bakal calon presiden, Prabowo Subianto.

Pertubuhan Hercules menjadi sasaran polis selepas mereka dipercayai aktif dalam kegiatan memeras ugut penduduk setempat serta memungut wang perlindungan daripada peniaga. Hercules ditahan sejak hampir empat bulan lalu dan pelaksanaan hukuman penjara ke atasnya dijangka tamat minggu depan.

Shah Rukh Khan Dapat Anak Ketiga.

Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan


MUMBAI - Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan menimang cahaya mata ketiga mereka dengan kelahiran seorang bayi lelaki menerusi ibu tumpang.

Pesuruhjaya Perbandaran Tambahan badan sivik Mumbai (BMC), Mani- sha Mhaiskar mengesahkan laporan itu melalui sijil kelahiran bayi berkenaan.

"BMC ada menerima sijil kelahiran bayi tersebut dengan nama Shah Rukh Khan dan Gauri Khan sebagai ibu bapa kepada bayi tumpang itu," katanya kepada portal berita The Indian Ex- press.

Pelakon berusia 47 tahun itu dan isterinya sudah pun mempunyai dua cahaya mata iaitu Aryan, 15, dan Suhana, 13.

Menurut satu laporan, bayi itu telah dilahirkan pada 27 Mei lalu oleh ibu tumpang yang merupakan kakak ipar kepada Gauri Khan, Namita Chibber.

Bayi lelaki itu dilahirkan pramatang pada minggu ke-34 dengan berat 1.5 kilogram.

Anak ketiga pasangan tersebut dibawa ke hospital Nanavati sebelum dipindahkan ke hospital Breach Candy di Mumbai, India.

Alga Hijau Penuhi Pantai Di China. (Gambar).

 

BEIJING - Laut di sekitar China dipenuhi alga apabila tumbuhan tersebut memenuhi pantai selepas ia dibawa oleh ombak di perairan Laut Kuning, kata beberapa pegawai laut.

Beberapa gambar menunjukkan pengunjung pantai berenang dan bermain dalam arus berwarna hijau di timur Qingdao, wilayah Shandong.

Beberapa jentolak turut digunakan untuk memindahkan bertan-tan alga tersebut dari kawasan pantai.

Pentadbiran Lautan China di laman webnya menyatakan bahawa alga yang dikenali sebagai enteromorpha prolifera itu muncul pada minggu lalu.

Ia menular ke kawasan seluas 28,900 kilometer (km) persegi, sekali gus menjadi fenomena alga terbesar di negara itu setakat ini.

Rekod tumbuhan alga terbesar sebelum ini dicatatkan pada tahun 2008 yang meliputi kawasan sekitar 13,000km persegi.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sejumlah pegawai di Qingdao telah memindahkan sekitar 7,335 tan alga.







Turkish Man Wears Helmet-Like Head Cage To Quit Smoking.


In an unusual bid to quit smoking, a 42-year-old man in the western province of Kütahya has begun wearing a helmet-like wire cage on his head, locked on two sides.

İbrahim Yücel, who is trying to kick a 26-year habit of smoking two packets of cigarettes per day, gives the keys of his head cage to his wife and daughter when he leaves home every day. In this way, he is unable to open the cage to smoke during the day, even if he craves a smoke.

He says he was inspired to create the helmet-like head cage by observing motorcycle helmets, after trying without success to quit smoking several times in the past. His father died of lung cancer caused by smoking some years ago.

Since donning the head cage two days ago, Yücel has not smoked a single cigarette.

At first shocked by the extraordinary contraption, his family now supports Yücel's determined bid to stop smoking.

Pakai Sangkar Kepala Untuk Berhenti Merokok.


KUTAYHA, Turki - Seorang lelaki Turki di sini sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok, lapor akhbar Turki, Hurriyet.

Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar.

Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah.

Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu.

Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi.