Kecantikan Puteri Arab Saudi

on Saturday, July 6, 2013

Kita semua tahu Angelina Jolie dan Aishwarya Rai dikenali sebagai wanita tercantik di dunia, itupun kerana mereka adalah selebriti. Tetapi menjadi selebriti, bukanlah bermaksud mereka paling cantik di dunia. Kecantikan, sesuatu yang subjektif. Setelah melihat gambar-gambar di bawah ini, anda pasti kagum dan menyukai wajah unik Ratu Saudi Arabia, Queen Fathima Kulsum Zohar Godabari.

Info Ringkas Queen Fathima Kulsum Zohar Godabari :
Fathima Kulsum Zohar Godabari sebelum ini merupakan puteri diraja kerajaan Arab Saudi, dan kini telah ditabalkan sebagai Ratu rasmi kerajaan Diraja Arab Saudi.
Beliau baru sahaja memperoleh MBA daripada universiti di UK dan kini sangat aktif dalam badan-badan kebajikan yang ditubuhkan khas bagi menjaga kebajikan wanita-wanita Arab.
Baru-baru ini, beberapa gambar yang memaparkan wajah Queen Fathima tanpa memakai niqab diwajahnya telah tersebar di internet, memaparkan kecantikan sebenar ratu ini.











sumber : http://ceritaapakah.blogspot.com/




Pergaduhan Kumpulan gangster(08) dan Kumpulan(36) - ditetak hingga tangan putus (VIDEO)





Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia setelah pergelangan tangannya putus akibat ditetak oleh sekumpulan pemuda bertopeng di hadapan sebuah stesen minyak Shell di Ligamas Batang Kali, semalam.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapat rawatan lanjut, tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku akibat sekumpulan gangster yang mahu membalas dendam ekoran kejadian pergaduhan sebelum ini yang melibatkan dua kumpulan gangster di Taman Ketoyong Permai, Tanjung Malim, Perak.

Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.


Tonton VIDEO di bawah ini


video


Linda Hashim & Beego Berlakon Bersama Selepas Kahwin


Linda Hashim dan Beego mendapat tawaran berlakon bersama selepas bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim bersyukur kerana mendapat tawaran berlakon di samping suaminya iaitu pelakon Beego selepas mereka bergelar suami isteri.
Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 29, juga amat gembira kerana rezekinya semakin bertambah selepas berkahwin.

"Alhamdulillah kami ada dapat beberapa tawaran lakonan untuk RTM selepas kami berkahwin. Mungkin pihak produser melihat kami pasangan yang sesuai untuk digandingkan,” katanya yang membintangi drama Balkis yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan di TV1.

Sebelum ini, pasangan ini pernah di gandingan dalam drama bersiri Fatimah Julingdan Seuntai Tasbih masing-masing terbitan Astro dan RTM.Sementara itu, ditanya mengenai penglibatan mereka yang sering berlakon untuk siaran RTM berbanding stesen lain, Linda berkata, perkara itu bukanlah satu masalah buatnya.

"Ya... memang benar banyak tawaran yang datang adalah dari RTM.
"Saya tidak kisah berlakon di stesen TV mana pun, yang penting ada rezeki, tapi bagi saya bayaran untuk drama RTM lebih baik berbanding stesen lain," katanya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupan berkeluarga, Linda berkata, dia kini lebih bahagia dan masih lagi belajar menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar, kami baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Bali, Indonesia.
"Banyak perkara yang saya belajar menjadi seorang isteri dan tidak sabar untuk memasuki bulan Ramadan ini," katanya.

Linda Hashim dan Beego atau nama sebenar Md Aszerul bin Nizam Abdullah, 33, bernikah pada 7 Jun lalu di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, dekat sini.

sumber : http://titiburuk.blogspot.com/

Gambar Anak Tomok

Inilah anak Tomok. Usianya kini setahun.






sumber :http://izyan.com/

Belum Mahu Bercinta


Elfira Loy dan Zoey Rahman sudah lama mengenali antara satu sama lain.

JIKA diimbas kembali gosip-gosip yang melanda artis terutamanya artis di usia remaja, Elfira Loy antara artis yang paling banyak dikaitkan bercinta.

Bukan calang-calang artis yang dikaitkan dengan dirinya, semuanya aktor terkenal yang sudah menempa nama dalam industri.

Jangan silap, bukan artis tempatan sahaja yang dikaut oleh pelakon remaja berkening tebal ini, pelakon dari Indonesia juga antara yang berada dalam genggaman gosip cinta Elfira.

Antara aktor yang pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira termasuklah Randy Pangalila, Zizan Razak, Baim Wong dan Zoey Rahman.

Baru-baru ini begitu galak pencari gosip mengatakan bahawa Elfira kelihatan begitu intim dengan Zoey Rahman.

Masakan tidak, gambar-gambar di laman sosial Instagram menunjukkan betapa rapatnya mereka seolah-olah sudah muncul bibit-bibit percintaan.

Lalu, soalan berkaitan dengan kisah cinta tidak diketahui ini ditanyakan. Seperti yang dijangka, Elfira menafikan dakwaan yang dia kini sedang bercinta dengan Zoey.

Bagi Elfira, hubungan rapat antara mereka berdua sudah terjalin dalam masa yang lama lagi, bukan ketika dia digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri Demi Dia.

"Saya sudah kenal Zoey sejak kecil lagi, Malah, bukan saya sahaja, keluarga kedua-dua pihak pun saling mengenali antara satu sama lain.

"Malah, kalau diikutkan, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan dikaitkan bercinta dengan mereka.

"Padahal sebelum ini ada juga saya ambil gambar berdua dengan Zoey, tetapi tidak pula dihebohkan.

"Bila dah berlakon bersama, baru ada yang mengatakan kami bercinta dan sebagainya. Itu yang saya musykilkan," kata pelakon remaja ini sambil tersenyum.

Jelas Elfira yang kini sedang menuntut diploma dalam jurusan Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU), dia tidak menafikan hubungan dengan Zoey memang rapat.

"Kalau hendak dibandingkan bagaimana rapatnya hubungan kami berdua, saya rasa hubungan kami seperti adik-beradik. Dia abang dan saya adik.

"Sebab itu bila kami berganding bersama sebagai suami dan isteri walaupun kekok tetapi selesa kerana sudah mengenali dia lama," katanya sambil tertawa.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah gosip seperti ini berkeliaran kerana ia menunjukkan bahawa lakonannya bersama dengan Zoey memang menjadi.

"Saya tahu bagaimana hubungan kami berbanding mereka di luar. Itu sudah cukup. Lagipun ia menunjukkan betapa lakonan kami dilihat dan dinilai oleh penonton hingga dikatakan bercinta," katanya.

Menjelaskan persoalan sama ada dia sudah bertemu cinta hati atau tidak, ujar Elfira, dia masih lagi belum berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan uda dan dara yang serius.

"Buat masa ini, saya lebih selesa untuk fokus pada pelajaran saya dahulu dan rasanya itu yang terbaik buat diri saya.

"Lagipun, dengan usia yang baru mencecah 19 tahun, saya merasakan terlalu awal untuk bercinta. Malah, saya belum terfikir lagi untuk bercinta dan sebagainya," katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/

Perkahwinan Beckham Hampir Musnah!


Perkahwinan Beckham Hampir Musnah! | Victoria mengakui sejak dia digelar isteri kepada David Beckmen hidupnya cukup tertekan. Bagaimanapun kita patut memberi pujian kepada Isterinya ini kerana sungguh tabah mengharungi pelbagai gosip liar dan kontroversi terutama dalam isu Skandal yang kini telah bersama di alam rumah tangga selama 15 tahun tanpak memberikan pengalaman cukup berharga buat mereka.

Sebagai isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Victoria mengakui, dia sememangnya tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Sementelah Beckham sering menjadi buruan peminat, terutamanya wanita.

“Pelbagai dugaan yang saya dan Beckham terpaksa hadapi. Malah banyak gosip dan kontroversi sering menghampiri suami saya.

“Namun demi mempertahankan rumah tangga dibina, saya harus sentiasa tabah dalam hadapi ujian,” katanya.

Akui Victoria, isu skandal seks Beckham pada 1999 lalu hampir meruntuhkan rumah tangga mereka, tapi kini segalanya semakin pulih dengan adanya empat anak mereka, Brooklyn, Romeo, Cruz, dan Harper.

Menurut Victoria, anak-anaklah yang menjadi benteng pertahanan yang paling kuat buat dia dan suami dalam melayari perkahwinan.

sumber : http://aiskosong.com/

Senyuman terlukis di hari bahagia

DARI awal tahun ini, sudah ramai artis tanah air sudah menamatkan zaman bujang mereka. Beberapa gambar menarik mereka yang sudah ke jinjang pelamin. Jom imbas wajah-wajah spontan mereka pada hari berbahagia masing-masing.

 
Awin Nurin membetulkan sesuatu di pipi suaminya, pelakon Izzue Islam.
BEEGO menadah tangan sambil tersenyum ceria di sisi isterinya, aktres Linda Hashim.

LIYANA Jasmay ketawa tersipu-sipu di samping suami tercinta, Fathuddin Mazlan

PRODUSER Julie Dahlan terharu tatkala hendak melepaskan anak bongsunya, Siti Hani Nur Zara yang kini bergelar isteri.

sumber :http://www.hmetro.com.my/