Rahsia Besar Manusia Terapung Dibongkar

on Sunday, July 7, 2013

Tahukan anda bagaimana lelaki ini mampu terapung dengan sebelah tangannya melekat pada dinding bangunan.Ini kelihata sangat mustahil untuk dilakukan tampa sebarang bantuan peralatan tertentu.Kini rahsia bagaimana lelaki ini mampu berada dalam keadaan sedemikian telahpun dibongkar.Sekarang mari kita lihat aksi lelaki ini mengapungkan dirinya.

Dalam gambar terakhir ini segala teknik mengapungkan diri beliau telah dirungkai. Dia menggunakan satu palang kukuh berupa tangan manusia yang boleh melekat di dinding. Set keselamatan yang berupa tali kukuh diikat pada kedudukan bikininya dan disembunyi dalam pakaian sut berwarna hitam. Seniman ini memaut palang tersebut sambil beraksi seolah-olah memegang dinding sambil terapung.
sumber : http://malaysiatopbloggers.blogspot.com/

Kasih Suami Merelakan Isterinya Pergi.. ABIL & ALLAYARHAMAH ISTERI

"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.

"Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini."

Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.

Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.

"Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.

"Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap..."

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali...

"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik," nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas
kehilangan isteri tercinta.

"ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!"

Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup.

Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.

"Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.

“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.

“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu.

Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.

“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga.

Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi
berfungsi.

Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.

"Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi."

Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Runtuh, Kontraktor Akan Di Dakwa Cuai

Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Runtuh, Kontraktor Akan Di Dakwa Cuai |  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesahkan wujud unsur kecuaian oleh kontraktor dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan, 6 Jun lepas.
Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Runtuh, Kontraktor Akan Di Dakwa Cuai

Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Johari Basri berkata siasatan ke atas jambatanruntuh tersebut mendapati berlaku kecuaian dari segi prosedur dan teknikal dalam kerja-kerja pembinaan oleh syarikat kontraktor terbabit.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kontraktor berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan seterusnya.

Johari berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan cek kepada 876 pekerja Samina-Sci Corporationy yang diberhentikan oleh syarikat itu, Oktober, tahun lepas.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot.

Dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh, mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Dalam pada itu, dalam majlis berasingan di sini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata kementeriannya akan turut menggunakan hasil siasatan oleh DOSH itu untuk menambahbaik perjalanan sektor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata laporan DOSH itu akan digunakan oleh kumpulan pakar yang ditubuhkan oleh kementerian untuk merangka piawaian, garis panduan dan peraturan untuk dijadikan Amalan Pembinaan Baik dalam sektor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata kumpulan pakar itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim.

"Ini perlu supaya kita dapat mengangani dan kurangkan risiko kejadian tidak diingini sama ada runtuhan, kematian, kemalangan yang harus kita tangani secara komprehensif dan bukan hanya secara ad-hoc, "katanya.-BERNAMA

Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef

Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef | Zizan, walaupun baru sahaja pulang dari Paris sempena Global Smurfs Day kini dilaporkan terbang kembali kenegara eropah kerana urusan kerja. Terbaru, Zizan bersama Kaka telah hadir ke rangka promosi Mamee Chef di London bagi memperkenalkan produk mereka disana. Jom layan beberapa keping gambar Zizan dan Kaka semasa berada di kota London. sumber

Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef

Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef

Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef

Artis comel dah mula lupa diri

hiasan
Kebelakangan ini susah benar artis berwajah comel ini dihubungi. Walaupun meninggalkan pesanan SMS minta hubungi semula, sampai ke sudah diam membisu.

Tak tahulah kalau dia sibuk dengan penggambaran sampai tak ada masa langsung untuk membalas panggilan wartawan atau paling tidak pun kirimkan SMS. 
Itulah antara rungutan yang Sha dengar daripada beberapa teman media yang terkilan dengan sikap artis itu yang dikatakan mula berubah. Bak kata seorang rakan, barangkali ‘job’ sudah banyak, jadi dia tak kuasa layan media. 

Dalam pada itu, Sha dengar artis ini tergamak melupakan jasa mereka yang pernah menaja pakaiannya. Dia ibarat kacang lupakan kulit apabila langsung tidak menghubungi pereka fesyen yang dipertanggungjawabkan mereka pakaian untuk satu majlis berskala besar.

Khabarnya, sebelum itu baju digayakannya ditaja pereka fesyen itu, malah ramai memuji penampilannya semakin bijak berfesyen. Semuanya kerana jasa pereka fesyen itu yang tidak pernah berkira dalam mereka gaya terkini untuknya.
Sebelum majlis berlangsung, dia minta pereka fesyen itu menyiapkan dua persalinan untuknya. Seperti biasa, pereka fesyen itu bertungkus lumus menghasilkan ‘karya’ terbaik. 

Bagaimanapun, pada hari dia berjanji mahu ambil dua baju itu, batang hidung pun tak nampak. Tup-tup pada hari majlis berlangsung, artis itu bergaya sakan dengan baju yang direka pereka fesyen lain.

Terasa hatilah pereka fesyen itu. Kalau dari awal beritahu mahu pakai baju orang lain, mereka tak kisah. Lebih kecewa apabila artis yang dianggap seperti kawan itu langsung tidak menghubungi atau minta maaf. 

Sha tak pasti kenapa artis ini bersikap sedemikian. Apapun sebabnya, tindakan itu tidak patut. Sha harap mereka dapat selesaikan perkara ini secara baik. Jangan dibiarkan berpanjangan kerana industri kita bukan besar mana pun. Pusing-pusing, jumpa orang sama.
sumber : mymetro

Artis Comel Dah Mula Lupa Diri

sumber : http://www.borakkosong.com/

Beyonce Tak Hadir Perkahwinan Bapanya Dengan Ex-Model

Bapa Beyonce, Mathew Knowles telah pun berkahwin semula. Kali ini dengan seorang bekas model iaitu Gena Charmaine Avery pada 30 Jun lalu di Houstan, Texas.

Sebelum itu, bekas pengurus kepada Beyonce yang berusia 61 tahun ini ini telah pun mengikat pertunangan bersama Gena Charmaine Avery,48, selama setahun setengah.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan bapanya, Mathew Knowles berkata, kedua-dua anak perempuannya iaitu Beyonce, 31, and Solange, 27, tidak dapat menghadiri perkahwinannya.
"Malangnya pada hari berkenaan, Beyonce dan Solange terpaksa menghadiri majlis lain yang kebetulan diadakan serentak dengan majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, agak mustahil untuk mereka datang ke majlis perkahwinan saya ini," katanya.

Knowles yang juga pengurus di Music World Entertainment mual berhenti menguruskan kerjaya seni anak perempuannya pada Mac 2011.
Dalam pada itu, Beyonce yang juga isteri kepada Jay_z memberitahu bahawa dia langsung tidak menyimpan rasa dendam terhadap tindakan bapanya untuk berkahwin lagi.

"Saya berpisah dengan bapa saya dari sudut bisnes. Tapi, walau macam mana pun, dia tetap bapa saya dan saya amat menyayangi bapa saya sepenuhnya. Saya bersyukur kerana dia banyak membimbing dan mendidik saya. Saya membesar dan melihat bagaimana dia dan ibu saya, Tina Knowles mengendalikan dan membuka perniagaan masing-masing.

"Mereka adalah usahawan yang sangat bekerja keras. Saya pasti akan mengikuti jejak langkah mereka," katanya.
Mathew Knowles menceraikan ibu Beyonce dan Solange's mother iaitu Tina pada 2011 selepas 31 tahun mendirikan rumahtangga.
sumber : http://www.murai.com.my/