Pesakit Tewas Ditinju Doktor Sesaat Setelah Operasi Jantung

on Sunday, July 7, 2013



Seorang pesakit di Rusia ditinju oleh doktornya sendiri, sesaat setelah menjalani operasi jantung. Si doktor yang merupakan ahli anestesi mengatakan ia tersinggung dengan sikap pesakit yang dianggap tidak menaruh hormat pada dirinya.
Aksi sang doktor yang bernama Dr Andrey Votyakov ini terakam oleh kamera sedang melayangkan tinjunya ke wajah pesakit. Tidak cukup hanya sekali, ia pun kembali membanting kepalan tangannya ke jantung pesakit yang baru saja dioperasi.

Insiden yang terjadi pada Februari 2013 tersebut akhirnya berujung pada tewasnya si pesakit.
Sebelum aksi sadis itu terjadi, sang dokter dan si pesakit tampak saling beradu argumen. Kepada penyidik, Dr Votyakov mengaku tersinggung kerana pesakit tidak menaruh rasa hormat lewat kata-kata yang diucapkan saat ia masuk ke ruangan tersebut.

"Begitu saya masuk, dia mulai memanggil saya dengan berbagai sebutan yang merendahkan. Saya tersinggung. Kami menghabiskan banyak waktu menangani kes rumit dan membantunya pulih, tapi dia tidak mengucapkan satu kata pun yang menunjukkan rasa syukur. Lalu juga saya sedang mengalami kelelahan kronis. Saya jengkel, saya pukul dia beberapa kali," kata Dr Votyakov seperti dikutip dari Daily Mail, Kamis (4/7/2013).

Dr Votyakov yang pada saat itu menjawat sebagai ketua bahagian anestesiologi dan layanan intensif, telah meminta maaf pada keluarga pesakit. Ia pun telah dipecat dari jawatannya kerana ulahnya sendiri yang akhirnya membuat nyawa si pesakit melayang sia-sia.
Kes ini telah ditangani oleh polis setempat untuk selanjutnya akan diinvestigasi.
kredit to>>http://www.borakkosong.com/


Bagaimana Hukuman Hudud Di Jalankan Di Aceh, Somalia Dan Arab Saudi ( 18 Gambar )

Mari kita lihat perlaksanaan hukum hudud di beberapa buah negara di dunia ini, antaranya seperti di bawah:

Hukuman Sebat di Aceh










Hukuman Rejam di Somalia






Hukuman Potong Tangan (kerana mencuri) di Negara Arab



Hukuman Pancung di Negara Arab

Unplugged Siti Nurhaliza, Najwa Latif & Shila Amzah

Muzik yang berbeza, personaliti penyanyi pujaan ramai, vokal terbaik mempersona, imej bertudung, antara kriteria utama yang Budiey lihat program Unplugged di TV3 bakal menjadi perhatian peminat. Apa yang Budiey lihat, empat nama besar dalam industri hiburan ini semakin meningkat populariti sementara Dato’ Siti Nurhaliza bertahan menjadi penyanyi nombor satu negara. Najwa Latif popular di sosial media, begitu juga dengan Shila Amzah yang kini sedang berusaha keras melebarkan empayar seninya di peringkat antarabangsa. Dikatakan oleh Shila Amzah semasa sidang media Pra Dengar Album Terbaru Shila Amzah, menurut beliau, penyanyi Alyah juga tampil mempersembahkan lagunya dalam Unplugged ini. Mmm, menarik gak ni. Sudah tentu penyanyi wanita terbaik di Malaysia ini bakal mempersembahkan lagu mereka dan berkongsi pentas dalam suasana penuh sentosa hari raya.

Mereka bertiga akan bergabung suara dalam program Unplugged yang akan disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal tiga figura ini dalam irama muzik unplugged.

Shila Amzah sendiri mengakui beliau sangat teruja dengan kolaborasi ini. Nantikannya di musim perayaan ini. Segalanya ada di TV9.
sumber : http://www.budiey.com/

GAMBAR: Dua Ditemui Mati Kena Pukul, Sembelih Dalam Pondok Di Hulu Selangor

2

HULU SELANGOR – “Muka dia (arwah) senyum saja bila mencuba baju Melayu yang pak cik belikan, kelmarin.
Dia kata, pakai baju ni selesa tapi seluar panjang sikit, katanya dia nak potong nanti,” kata Omar Puteh, 64, menceritakan keceriaan arwah anaknya, Muhamad Hafiz Omar, 29, sebelum ditemui meninggal dunia bersama rakannya, Hamsi Hashim, 48, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, di sini.
Omar berkata, dia membelikan baju Melayu untuk arwah anaknya kerana kebetulan jualan murah dan boleh digunakan menyambut Aidilfitri nanti.
Bagaimanapun, dia reda setelah menerima khabar anak kesembilannya itu meninggal dunia semalam.
“Pak cik dapat tahu Uda (Mohamad Hafiz) meninggal dunia selepas membuat laporan polis bersama anak sulung pak cik (Mohamad Hatta, 48) mengenai penemuan mayat rakannya, Hamsi.
“Tapi sebelum itu, Hatta dah pergi lihat pondok itu tapi dia tidak jumpa arwah Uda sebab dia dalam pondok. Hatta cuma nampak arwah Hamsi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Menurutnya, sebelum penemuan kedua-dua mayat tersebut, saudaranya dikenali sebagai Pak Musa datang ke rumahnya, kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian, dengan membawa MyKad, lesen memandu dan kunci motosikal Mohamad Hafiz.
1
Katanya, Pak Musa menjumpai dompet anaknya hanyut di Sungai Bernam, dekat Kuala Slim kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.
“Saya rasa tak sedap hati dan menyuruh Hatta cari Uda di pondok itu. Tapi masa itu, Hatta hanya jumpa arwah Hamsi.
“Hanya selepas polis datang, baru nampak mayat Uda dalam pondok,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Suprintendan Zulkifli Bidin berkata mayat Muhamad Hafiz dan Hamsi ditemui kira-kira 4.30 petang semalam oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan.
Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
“Kami percaya kedua-dua mereka tinggal di pondok itu dan merupakan penjaga kebun kelapa sawit tersebut serta ternakan yang dipelihara di situ,” katanya.
Zulkifli berkata, motif kejadian masih disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, bekas isteri arwah Hamsi, Rohani Nazir, 41, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menemui arwah pada Rabu lalu ketika datang melawat dua anak mereka.
Menurutnya, walaupun telah bercerai setahun lalu, hubungan mereka tetap baik dan arwah masih menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah.
“Saya baru saja sambut hari lahir anak kedua saya, Shahrizal Hamsi (adik), 8, tengah hari tadi (semalam) walaupun tarikh lahirnya, 13 Julai nanti.
“Adik kata dia memang nak bagi kek pada ayahnya, tapi tidak sempat kerana dia sudah tiada,” katanya.
Rohani bagaimanapun reda di atas kejadian yang menimpa bekas suaminya. – Sinar Harian

Atlet SUKMA Dakwa Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sepasukan Di Perkampungan Sukan UPM

Dirogol

Kuala Lumpur – Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.
Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada BH semalam.
Berikutan itu, tiga atlit ditahan untuk membantu siasatan. - Berita Harian

KEMALANGAN MAUT: Isteri Sempat Ajar Suami Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Maut

Port Dickson – Perjalanan sepasang suami isteri untuk membeli barangan keperluan menyambut Ramadan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Teluk Temang berdepan Sekolah Agama Rakyat Awaludin, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, penunggang motosikal, Zakaria Tamin, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang juga pembonceng, Sariah Kantan, 58, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Sariah berkata, dia bersama suami dalam perjalanan ke Teluk Kemang dari rumah mereka di Kampung Sungai Raya, di sini, untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan.
“Motosikal ditunggang suami bergesel dengan sebuah lagi motosikal, menyebabkan suami hilang kawalan dan terjatuh.
“Saya menyaksikan suami meninggal di depan mata dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Katanya, dia tidak menyangka ajakan suaminya untuk pergi membeli barang adalah petanda dia akan kehilangan ketua keluarga itu.
“Sedih dan sayu melihat suami meninggal dunia di depan mata, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi. Lebih-lebih lagi suami pergi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan minggu depan,” katanya.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang Zakaria dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha dari arah sama.
“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Raya. –Harian Metro

Atlet SUKMA Dakwa Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sepasukan





Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada BH semalam.

Berikutan itu, tiga atlit ditahan untuk membantu siasatan. - Berita Harian
kredit to http://siemens-melayumaju.blogspot.com/