RAHSIA BESAR MASJID NABAWI YANG DISEMBUNYIKAN!

on Sunday, July 7, 2013





RAHSIA BESAR TANDA KEAGUNGAN MASJID NABI YANG DISEMBUNYIKAN | Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?



Umat Islam

BENARKAH DR. MUHAMMAD MURSI TIDAK LAYAK MENTADBIR MESIR?






DOSA-DOSA DR. MUHAMMAD MURSI SELAMA MEMERINTAH NEGARA MESIR | Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi.



Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut

TRANSFORMASI RUPA ARTIS HOLLYWOOD DI DALAM FILEM!

Kemahiran dan teknologi yang digunakan oleh penerbit filem di Hollywood merupakan yang terbaik di dunia. Filem akan diteliti dari setiap aspek baik dari aksi, dialog dan pastinya paras rupa pelakon dalam melakonkan sesuatu babak.

Heath Ledger sebagai Joker di "The Dark Knight".

Melissa Cowan jadi zombie di "The Walking Dead".

Ralph Fiennes sebagai Voldemort di "Harry Potter".

Jim Carrey dalam film "The Grinch".

Eric Bana sebagai Nero di "Star Trek".

Michael Keaton dalam film "Beetlejuice".

Ron Perlman sebagai Hellboy di "Hellboy 2".
sumber : http://www.mazeermohamad.com/




Kereta Perdana Mamat Sepah Kemalangan Kecil


Zizan Dan Kaka Ke London Promosi Mamee Chef

Zizan, walaupun baru sahaja pulang dari Paris sempena Global Smurfs Day kini dilaporkan terbang kembali kenegara eropah kerana urusan kerja. Terbaru, Zizan bersama Kaka telah hadir ke rangka promosi Mamee Chef di London bagi memperkenalkan produk mereka disana. Jom layan beberapa keping gambar Zizan dan Kaka semasa berada di kota London.





sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gosip Cinta Awi Rafael, Shila Harap Hanez Tak Terguris


Tidak berniat untuk mengguris hati pelakon, Hanez Suraya, sebaliknya penyanyi, Shila Amzah terkejut bagaimana gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi, Awi Rafael baru-baru ini boleh timbul.

Shila Amzah berkata gosip itu tidak sepatutnya timbul di saat pasangan Hanez Suraya dan Awi Rafael baru sahaja melalui proses putus cinta.

"Terus-terang bila terbaca gosip ini saya agak terkejut dan tertanya-tanya apa tujuan gossip ini timbul, malah rasa agak sakit hati juga. Malah, ianya seolah-oleh seperti ada unsur negatif seperti hendak melaga-lagakan saya dengan orang lain.

"Namun sebenarya saya tidak kisah atau ambil peduli selagi cerita itu tak datang daripada mulut saya. Cuma saya rasa ianya timbul dalam masa yang agak tidak sesuai kerana mereka baru sahaja putus cinta. Malah ia akan menimbulkan tanda Tanya daripada ramai pihak.

"Saya faham perasaan Hanez bagaimana rasanya melalui proses cinta, hatinya pasti akan lebih sakit apabila mendengar gossip ini. Yelah, sepatutnya waktu ini dia perlu diberikan kata-kata semangat. Saya harap dia kuat," katanya kepada murai.com.my selepas majlis Pra Dengar Album terbarunya berjudul Shila Amzah di Red Box Plus, Pavilion, petang semalam.

Shila Amzah diminta mengulas mengenai gossip yang timbul apabila Murai Batu ada mengatakan cinta antara Awi dan Shila pernah berputik suatu ketika dahulu ketika masing-masing sedang solo. Malah sebelum Shila bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Ditanya mengenai hubungan sebenar yang terjalin diantaranya dan Awi, Shila memberitahu mereka pernah berkawan dan berkolaborasi dalam sebuah persembahan pada 2 tahun yang lalu.

"Saya jadi tak faham dan sakit hati mengapa orang kaitkan saya dengan Awi,sedangkan saya dengan dia tidak pernah ada hubungan cinta pun sebelum ini.

"Saya cuma mengenali dia selepas saya baru sahaja lepas putus cinta dengan seseorang dan ketika itu saya mencari pasangan untuk berduet dalam persembahan yang saya mahu adakan ketika itu.

"Ianya berlaku 2 tahun yang lalu, bermula Dripada situ kami berkawan dan dia juga seorang yang open minded serta senang untuk berkongsi cerita mengenai kerjata seni kerana dia juga seroang singer songwriter.

"Hubungan kami tidak lebih daripada seroang rakan biasa. Malah, sejak daripada itu kami tiada pun berhubung antara satu sama lain," jelasnya lagi.

Album baru terbitan syarikatnya sendiri, Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB itu, memuatkan lima buah lagu kesemuanya yang dicpta sepenuh olehnya. Lima buah lagu tersebut adalah Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf
sumber :http://www.murai.com.my/

Raja Ema Tegangkan Kulit Muka Demi Comeback!


Demi membuat semula comeback di dalam industri muzik tahan air, penyanyi Raja Ema Raja Ibrahim yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman serta Angan-Angan akui menjalani rawatan thread lift untuk menegangkan kulit mukanya.

Raja Ema yang kini sudah kembali solo berkata demikian ditemui ketika sesi temubual bersamanya di pejabat Warner Music Malaysia itu bercerita mengenai rahsia dia kekal muda dan jelita selepas menjalani rawatan kosmetik 'thread lift'.

Sejujurnya bila dah memasuki peringkat umur macam saya ini, kulit-kulit memang dah tidak tegang macam zaman muda-muda dahulu. Bila nak buat comeback, pada saya rawatan yang saya jalani itu sesuai kerana ia bukan mengubah bentuk muka saya.

"Ia merupakan sebuah rawatan penegangan kulit yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan cuma ianya adalah prosedur yang normal dan tiada sebarang penggunaan botoks dan sebagainya.

"Bila saya mengetahui mengenai rawatan ini dan melihat kepada proses serta cara pembuatannya saya yakin. Lagipun ia tidak mengubah mana-mana bentuk muka saya, cuma sekadar menegangkan kulit muka,"ceritanya apabila ditanyakan rahsia masih kekal muda pada usia 45 tahun.

Ibu kepada dua orang anak ini pada mulanya enggan menceritakan mengenai kisah peribadinya yang terus menjadi rahsia selepas dia pun menyepi daripada industri. Namun begitu, Raja Ema akhirnya berkongsi mengenai status dirinya kini yang kembali solo setelah beberapa kali diasak soalan mengenai status sebenarnya kini.

"Memang sekarang ini saya solo. Perkahwinan sebelum ini memang telah berakhir tetapi cukup sekadar itu sahaja yang boleh saya kongsi. Bila dan mengapa biarlah perkara itu saya sahaja yang tahu. Kini saya mahu tumpukan fokus pada bidang seni.

"Anak-anak pun cakap pada saya bahawa mereka melihat saya semakin gembira apabila dapat kembali semula dalam bidang lakonan dan nyanyian. Mungkin sebelum ini saya tiada sebarang aktiviti seni jadi mereka tidak melihat saya seperti sekarang.

"Mereka pun dah besar, kalau dahulu mungkin saya sibuk besarkan mereka dan kini mereka pun ada kehidupan sendiri. Jadi tiada sebarang bantahan bila saya mahu kembali ke dunia seni ini,"tambah Raja Ema ketika menjawab statusnya kini serta penerimaan keluarga terhadap comebacknya itu.

Mempertaruhkan single terbaru, Warnai Hatiku feat RJ, ikon pop remaja pada era 80an pujaan ramai ini mula membuat comeback semenjak dia ditampilkan di kulit muka hadapan majalah Nona pada pertengahan 2012.

Bukan sahaja menyanyi, anak kepada Allahyarhamah Seniwati Yusni Jaafar ini juga kini sibuk dengan tawaran berlakon yang semakin bertambah semenjak dia ditampilkan di kulit muka hadapan majalah Nona pada pertengahan 2012. Bertitik tolak daripada kemunculannya menghiasi majalah Nona itu membuatkan dia terus yakin untuk kembali ke dunia hiburan.

Mengenai single baru Warnai Hatiku, ianya telah dimuatkan di dalam album kompilasinya. Masih mengekalkan gaya muzik di zaman lagu Jejaka Idaman, Raja Ema yakin pertaruhannya itu dapat menambat hati peminatnya yang juga pendorong Raja Ema kembali mewarnai persada dunia seni di negara ini.
sumber:  http://www.murai.com.my/