
Home > All posts
GAMBAR: Dua Ditemui Mati Kena Pukul, Sembelih Dalam Pondok Di Hulu Selangor
Posted by TerbaikLaH on Sunday, July 7, 2013 at 4:18 PM

Atlet SUKMA Dakwa Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sepasukan Di Perkampungan Sukan UPM
Posted by TerbaikLaH at 4:16 PM

Kuala Lumpur – Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang. Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada BH semalam.Berikutan itu, tiga atlit ditahan untuk membantu siasatan. - Berita Harian
KEMALANGAN MAUT: Isteri Sempat Ajar Suami Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Posted by TerbaikLaH at 4:16 PM

Port Dickson – Perjalanan sepasang suami isteri untuk membeli barangan keperluan menyambut Ramadan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Teluk Temang berdepan Sekolah Agama Rakyat Awaludin, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 9.30 pagi, penunggang motosikal, Zakaria Tamin, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang juga pembonceng, Sariah Kantan, 58, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.Sariah berkata, dia bersama suami dalam perjalanan ke Teluk Kemang dari rumah mereka di Kampung Sungai Raya, di sini, untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan. “Motosikal ditunggang suami bergesel dengan sebuah lagi motosikal, menyebabkan suami hilang kawalan dan terjatuh.“Saya menyaksikan suami meninggal di depan mata dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.Katanya, dia tidak menyangka ajakan suaminya untuk pergi membeli barang adalah petanda dia akan kehilangan ketua keluarga itu.“Sedih dan sayu melihat suami meninggal dunia di depan mata, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi. Lebih-lebih lagi suami pergi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan minggu depan,” katanya.Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang Zakaria dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha dari arah sama.“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Raya. –Harian Metro
Atlet SUKMA Dakwa Dirogol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sepasukan
Posted by TerbaikLaH at 4:15 PM

Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada BH semalam.
Berikutan itu, tiga atlit ditahan untuk membantu siasatan. - Berita Harian
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya bergilir-gilir bersama rakannya.Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu kepada BH semalam.
Berikutan itu, tiga atlit ditahan untuk membantu siasatan. - Berita Harian
kredit to http://siemens-melayumaju.blogspot.com/
Sempat ajar suami mengucap
Posted by TerbaikLaH at 4:07 PM
![]() |
| SARIAH di sisi mayat suaminya, Zakaria yang maut dalam kemalangan di Telok Kemang. |
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, penunggang motosikal, Zakaria Tamin, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang juga pembonceng, Sariah Kantan, 58, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Sariah berkata, dia bersama suami dalam perjalanan ke Teluk Kemang dari rumah mereka di Kampung Sungai Raya, di sini, untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan.
“Motosikal ditunggang suami bergesel dengan sebuah lagi motosikal, menyebabkan suami hilang kawalan dan terjatuh.
“Saya menyaksikan suami meninggal di depan mata dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Katanya, dia tidak menyangka ajakan suaminya untuk pergi membeli barang adalah petanda dia akan kehilangan ketua keluarga itu.
“Sedih dan sayu melihat suami meninggal dunia di depan mata, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi. Lebih-lebih lagi suami pergi ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan minggu depan,” katanya.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang Zakaria dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha dari arah sama.
“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Raya.
Atlet bola jaring SUKMA dirogol bergilir-gili
Posted by TerbaikLaH at 4:02 PM
KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama



