Atlet SUKMA Dirogol Peserta Lelaki Bergilir-gilir

on Sunday, July 7, 2013

Atlet SUKMA Dirogol Peserta Lelaki Bergilir-gilir | Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dia dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
atlet kena rogol di hotel, gambar dirogol, atlet dirogol, perempuan kena rogol, universiti putra malaysia, atlet sukma 2013, senarai peserta sukma 2013, atlet bola baling sukma 2013


Remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu mendakwa bahawa dia telah dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Memetik laporan Berita Harian, selepas kejadian, dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.

Keputusan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2013


KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.

Bagi bahagian qariah, ia dimenangi peserta Maghribi, Hajar Boussaq.
Naib johan qari pula dimenangi peserta dari Iran, Mohammad Mashmoul sementara peserta Malaysia, Anuar Hasin menduduki tempat ketiga.

Sementara Hanimzah Jalaluddin dari Malaysia muncul naib johan bahagian qariah dan peserta Thailand, Natita Manasiya menduduki tempat ketiga.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang kepingan emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 bersama wang tunai RM40,000, sebuah piala iringan, cenderamata dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.
Dasrizal yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah menyifatkan kemenangannya itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T di atas usahanya selama ini selain dorongan daripada keluarganya.

"Tak ada kata lain yang bisa diungkap atas kemenangan ini yang bukan mengambil masa yang sekejap, dan saya bersyukur menjadi peserta antara yang terbaik," kata pensyarah di Maahad Tinggi Agama Islam Indonesia ini.
Hajar Boussaq, 23, pula menyifatkan pengiktirafan sebagai johan qariah sebagai batu loncatan untuk beliau mengembangkan pengetahun serta kemahirannya dalam bacaan ayat suci Al-Quran.

"Saya tujukan kemenangan ini kepada kerajaan Malik Mohammed ke-VI selain bersyukur kerana menjadi juara dalam pertandingan yang mencabar di peringkat antarabangsa ini," kata pelajaran jurusan Pengajian Islam di Universiti Hamzah II, menerusi terjemahan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Khalid Osman.
Hanimzah pula berazam untuk terus memperbaiki mutu bacaannya yang diakuinya masih mempunyai kelemahan.

"Segala usaha saya tidak sia-sia dan saya berpuas hati dengan kejayaan ini," kata penjawat Jakim ini.
Seramai 43 peserta lain turut menerima hadiah saguhati bernilai RM3,000 setiap seorang beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Para juri berpendapat setiap peserta telah memperdengarkan mutu bacaan yang amat baik serta lancar dengan memelihara hukum tajwid.
Seramai 15 juri dari 10 negara antaranya Jordan, Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Lubnan dan Qatar dipertanggungjawabkan untuk menilai bacaan setiap peserta.

Tilawah yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula sejak 29 Jun lepas disertai 59 peserta terdiri daripada 37 qari dan 22 qariah dari 48 negara termsuk Sudan, Timor Leste, Mesir, Maldives, Sri Lanka serta Mauritius.

Tahniah juga kepada peserta Malaysia yang mendapat tempat ketiga bagi qari dan naib johan bagi qariah. Syabas kepada Maghribi kerana berjaya mengekalkan kejuaraan qariah bagi tahun kedua.

sumber : http://eriyza.blogspot.com/

Bayi Kembar 12 Terpaksa Dibunuh

Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''
 - See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/bayi-kembar-12-terpaksa-dibunuh.html#_

Gadis Dirompak Dan Dipukul


Memang menyedihkan!!! bayangkan jika ia berlaku kepada kita atau saudara atau adik-adik kita bagaimana perasaannya ketika itu? inilah nasib malang seorang gadis melayu yang bekerja di kedai-kedai yang tiada majikan.


sumber : http://gempaqgiler.blogspot.com/

Wanita parah rambut tersepit celah eskalator


New York: Seorang wanita yang pitam ketika berada di atas eskalator cedera parah apabila rambutnya tersepit pada celahan tangga bergerak itu, semalam.
Saksi berkata, wanita berusia 32 tahun itu tidak sedarkan diri di Broadway, New York, kira-kira jam 3.30 petang.

Rambut wanita tersebut

Ketika dia terkulai pada eskalator berkenaan, alat itu terus bergerak naik seperti biasa dan rambut wanita terbabit akhirnya tersepit dan ditarik mesin berkenaan.

Sumber berkata, wanita itu dipercayai mengalami serangan sawan. “Pekerja penyelamat kemudian mematikan suis eskalator bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

Menurut sumber, mangsa cedera pada muka, kaki dan tangan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini stabil. 
sumber : http://realitiabadi.blogspot.com/

Gambar kereta Apex yang terlibat dalam kemalangan

KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEX) KEMALANGAN – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat telah terlibat dalam satu kemalangan di Kelantan semalam.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum diketahui. Apex memandu kereta Audi miliknya semasa kemalangan.

Sesiapa saja boleh menconteng kereta ini


Phillip Romano berpose bersama kereta unik miliknya. Nydailynews.com

New York - Ketika ada seseorang yang sedang mencoret-coret di kereta anda, tentu hal ini akan membuat jengkel, marah, atau bahkan menuntut orang iseng tersebut. Namun, berbeza dengan sebuah kereta yang saat ini sedang mencuri perhatian masyarakat sekitar di jalanan utama Bandar New York.

Seperti yang dilaporkan Ny Daily News, pemiliknya, Philip Romano, yang berasal dari Armonk, telah membiarkan keretanya menjadi papan tulis berjalan. Ia bahkan menawarkan orang-orang untuk menggambar ataupun menulis suasana hati mereka di keretanya. Tak tanggung-tanggung, Romano juga menyediakan kapur aneka warna untuk dipakai mencoret keretanya.

Romano, yang saat ini berusia 20 tahun, dengan senang hati membiarkan orang-orang mencoret Hyundai Elantra tahun 2004 miliknya. "Ketika aku letak di suatu tempat, orang-orang pun mulai menggambar sesuatu di keretaku," katanya.

Mahasiswa jurusan psikologi dan linguistik di Universiti Negeri New York di Geneseo ini pun mengusung tagline "DRAWONME" di keretanya. "Aku suka kalau orang menulis di keretaku. Terima kasih untuk itu semua, "kata Romano.
sumber : http://www.relevansokmo.com/