Zizan berposing dengan model SMURF!

on Sunday, July 7, 2013


Gadis Bengang Terima Komen Negatif Dari Member Facebook


Hish! Apa nak jadi budak-budak sekarang ni. Semua ni pengaruh dari artis-artis barat la ni yang kononnya mengalami 'wardrobe malfunction'.


Tak sangka pula ada yang nak meniru..heh!
Kami kurang pasti sama ada gadis ini sengaja atau tak memuat naik gambarnya yang agak seksi, sehingga kelihatan seluar kecik berwarna putih.

Mengikut 'amarah' yang dilemparkan dalam ruangan komen, gadis ini mendakwa beliau memakai seluar, jadi tak perlulah ada yang memberi komen negatif kepadanya.

Mungkin juga seluar yang dipakainya terlalu kecik, hingga menimbulkan perspektif negatif kepada viewer diluar sana.


Dik, lain kali pakai aja skirt labuh, tutup semua, senang cerita!

Gadis Mengaku Sangap


Memang Mengejutklan!! biasanya orang cakap lelaki ni memang gatal tetapi tak sangka pula perempuan pun ada yang gatal terlebih had.Sampai Mengaku Sangap kote mungkin ia gurauan namun perkara begini tidak boleh ambil enteng.Walaupun info ini telah lama namun sebagai pengajaran kita perlu berhati-hati dalam setiap perkara Setiap apa yang kita post di laman sosial adalah melambangkan keperibadian kita lihat sendiri mengaku gadis ini.


Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

                                  
Petua untuk awet muda cara islam. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.




1.Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
2.Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
3.Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
4.Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

5.Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

6.Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

7.Amalkan solat tahajud.

8.Sentiasa tenang dan bersikap positif.

9.Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

10.Maafkan semua orang sebelum tidur.
sumber : http://luvislam92.blogspot.com/

Panas: Tiz Zaqyah Dimarah Kerana Sekeping Gambar


Panas: Tiz Zaqyah Dimarah Kerana Sekeping Gambar | Sudah lama rasanya Tiz Zaqyah bercuti di Pulau Perhentian bersama kekasih hati dan rakan-rakan.
Terbaru, Tiz Zaqyah ada memuat naik beberapa foto di Instagram dan Twitter miliknya. Namun terdapat sekeping gambar mesra Tiz Zaqyah dengan kekasih di pulau tersebut yang mencetus amarah peminat.

Gambar yang membuatkan peminat menegur Tiz
Sebenarnya kalau orang biasa yang mengambil gambar sebegitu mungkin tak diperbesarkan namun disebabkan Tiz adalah seorang selebriti, terpaksalah juga dia menerima teguran daripada peminat.

Menurut laporan, pengikut Tiz di Instagram telah menegur cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur. Bagaimanapun, komen tersebut sudah dipadam Tiz atas sebab yang tidak diketahui.

Namun, peminat wanita tersebut tetap cuba untuk memprovok Tiz hingga menyebabkan pelakon itu membalas komen tersebut dengan kenyataan yang agak "makan dalam".

Dibawah adalah keratan Twitter Tiz Zaqyah dan komen peminat tersebut.











Apabila Aksi Memalukan Lelaki Ini Dirakam CCTV


Kepada pompuan-pompuan yang rasa payah sangat pakai tudung atau pendek kata payah sangat nak tutup aurat..maka anda harus berhati-hati supaya kejadian "gampang" macam kat atas ni tak berlaku..jangan pula salahkan sesiapa kalau anda menjadi mangsa seterusnya..sebab anda menggalakan perbuatan ini berlaku..
Anda mampu mengubahnya..yang si lelaki pula janganlah sebab NAFSU korang sanggup jadi macam lelaki dalam gambar ni..korang tak malu ke buat macam tu? Masuk CCTV pula tu..kan dah kene maki..

Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib


Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻟَﺎ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ , ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ , ﻲﻴﺤﻳ ,ﺖﻴﻤﻳﻭ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧﻲ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”Boleh juga membaca :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa
at-Tarhib: 1/306)Imam an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.” Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua?

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata ; Nabi S.A.W bersabda,

“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:
“Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)- 
sumber : http://luvislam92.blogspot.com/