Dengan Siapa Pula Saya Berkahwin? – Tasha Shilla

on Monday, July 8, 2013

Susah menjadi orang “hot” seperti Tasha Shilla ini. Selain menjadi rebutan jejaka-jejaka di luar sana, kisah-kisah mengarut memang seringkali dikaitkan dengan dirinya. Kompang tak berbunyi, bungga manggar tak dipasang, tup-tup terdengar khabar angin menyatakan Tasha Shilla sudah berkahwin.
Yang menariknya, lelaki yang dikatakan sudah berkahwin dengan Tasha Shilla ini bukanlah Mahali Jasuli atau Datuk J yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Identiti lelaki ini tidaklah pula diketahui. Mungkin lelaki ini sengaja buat cerita kerana kemarukkan Tasha? Terang Tasha Shilla:-
Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu

Kalau betul gentleman, janganlah sebarkan berita mengarut ini. Pergi jumpa Tasha Shilla depan-depan dan luahkan isi hati anda. Jangan pendam. Kang kena rembat dengan orang lain, hati sendiri juga yang merana. Namun mungkin anda perlu bersabar sedikit kerana Tasha Shilla buat masa ini malas lagi nak bercinta.

Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja

Betul tue. Masa muda-muda tengah bertenaga inilah kena kerja keras untuk kumpul duit. Berlakon mana ada EPF semua. Kena pandai cari duit untuk simpanan masa tua. Jangan sibuk nak bercinta sampai kerja pun jadi tunggang-langgang dibuatnya. Semoga Tasha akan dapat terus fokus dengan kerjanya dan mengelakkan percintaan sehingga benar-benar bersedia kelak.
sumber : http://beautifulnara.com/

Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000

                                        
Gambar hiasan

Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.
Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.

Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.

Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak. Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa
sumber : http://www.hmetro.com.my/

(6 GAMBAR) Kejam! Bayi Dicekik & Disepak

Sejauh mana kebenaran dalam gambar ini sukar untuk ditentukan.
Siapa lelaki ini dan apa hubungannya dengan anak kecil itu pun tidak dapat dipastikan.
Banyak blog dan posting di facebook menyebut lelaki itu adalah bapa kanak-kanak berkenaan, namun sejauh mana kebenarannya sukat untuk dipastikan.

Di mana dan bila kejadian ini berlaku pun belum dapat dipastikan.
Namun satu yang pasti, anak kecil itu memang nyata menahan sakit….masih hidupkah dia?
Dan satu lagi yang pasti…lelaki dalam gambar itu sakit otaknya…dia perlukan bantuan.

ISU ABBY ABADI MEMPERTAHANKAN KAFIR SALLY YEN YANG MENGHINA ISLAM!





ABBY ABADI SOKONG KAFIR SALLY YEN YANG MENGHINA ISLAM | Kenyataan Sally Yen dianggap tidak menghormati sensitiviti masyarakat melayu yang menganut agama Islam di Malaysia. Dia kini dikecam hebat oleh rakyat dan mungkin akan dikenakan tindakkan undang-undang kerana telah menyentuh isu sensistif.

Lain pula bagi Ustazah Mee Segera Buatan Afrika Abby Abadi. Beliau mengeluarkan kenyataan

Kakak Nora Danish Yang Cun!


PADAN MUKA HACKERS BANGLADESH - PENGGODAM MALAYSIA BALAS SERANGAN






HACKERS MALAYSIA BALAS DENDAM - BALAS HACK WEBSITE BANGLADESH | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang penggodam (hacker) dari Bangladesh yang bertindak mengodam beberapa laman web di negara ini gara-gara tidak puas hati dengan layanan yang diterima pekerja asing negara itu di Malaysia.



Tindakan itu bagaimanapun tidaklah berakhir begitu sahaja.



Seorang penggodam tempatan

'Kegilaan' sengaja ingin dijangkiti HIV


'Kegilaan' sengaja ingin dijangkiti HIV | London: Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.
Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.

Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.
Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.

Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan. “Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.
“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.
Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab. “Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi HM