Home > All posts
Mereka Ini Berfesyen Atau Dah Biol?. (24 Gambar)
Posted by TerbaikLaH on Tuesday, July 9, 2013 at 1:22 AM
Pelik!! Wanita Kahwin Menara Eiffel
Posted by TerbaikLaH at 12:45 AM
Lain pula ceritanya di Menara Eiffel di Perancis. Seorang wanita, Erika La Tour Eiffel, 42, membuat keputusan untuk 'berkahwin' dengan menara telekomunikasi itu pada 2007.
Dia yang merupakan seorang bekas tentera yang berasal dari San Francisco, Amerika Syarikat juga menukar namanya kepada menara itu sebagai tanda cintanya kepada menara itu.
Erika turut mendakwa, dia mempunyai hubungan fizikal dengan kipas yang wajib diletakkan bersebelahannya setiap kali ingin tidur.
Tetapi, Menara Eiffel merupakan satu-satunya objek yang dia cintai sehingga mengambil keputusan untuk 'berkahwin' dengan bangunan ikonik itu.
"Saya hairan mengapa manusia tidak boleh mencintai sesuatu benda atau bangunan.
"Menyayangi benda serta bangunan seperti manusia kerana 'mereka' juga ingin dibelai dan mendapat perhatian sewajarnya,' ujarnya.
Wanita ini mendakwa, sifat peliknya itu bermula kerana diabaikan sejak kecil oleh keluarga.
Pasar Jual Beli Barangan Ahli Sihir.
Posted by TerbaikLaH at 12:35 AM
Biar Betul! Wujud Pasaraya Jual Beli Barangan Ahli Sihir (6 Foto) | Pernah menonton filem Harry Potter? Sebuah filem berkisar tentang perjalanan seorang budak lelaki dalam mempelajari ilmu sihir demi menentang kuasa jahat. Percaya tak bahawa wujudnya pasar barangan ahli sihir di dunia? Bunyinya seperti pelik kan? Tetapi itulah yang nyata ada. Pasar ahli sihir ini dikenali sebagai Market fetish Akodessewa Togo. Ia diiktiraf sebagai pasaran fetish terbesar di dunia, tempat di mana pengamal Voodoo boleh mencari apa-apa yang mereka perlukan untuk ritual mereka. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Amalan sihir bermula di Afrika Barat, sebelum hamba dibawa ke oleh Amerika, dan di negara-negara seperti Togo, Ghana, atau Nigeria agama sangat penting. Ramai orang percaya penyembuh yang menggunakan bahagian-bahagian haiwan dan azimat pelik boleh sembah roh dengan ritual pelik mereka, dan menyelesaikan masalah mereka. Dan jika ada satu tempat di mana tukang sihir boleh menyimpan bekalan menyeramkan , ia adalah Pasaran Akodessewa fetish, di ibu kota Togo, Lome. ia sebagai farmasi luar di mana pelbagai bahagian-bahagian binatang, patung tulang dan herba mengambil tempat perubatan konvensional.
Pasar Jual Anak Dara.
Posted by TerbaikLaH at 12:10 AM
MENCARI jodoh merupakan salah satu proses asas sebelum perkahwinan. Pelbagai medium digunakan untuk si uda dan dara mengenali hati budi masing-masing. Ada yang selesa diperkenalkan saudara-mara, laman sosial ataupun agensi mencari jodoh.
Namun, di sebuah kampung terpencil Prohorovo, Bulgaria, penduduk kampung tersebut yang terdiri daripada kaum Gipsi mempunyai cara unik untuk menemui jodoh sejak ratusan tahun lagi.
![]() |
| Pelanggan dan peniaga anak dara sedang menjalankan aktiviti mereka |
Wanita atau gadis yang masih bujang akan berkumpul di sebuah pasar 'Bridal Market' di kampung berkenaan dengan memakai pakaian yang seksi serta menggiurkan bakal suami.
![]() |
| Sedang menunggu pelanggan |
Cuma individu berumur 15 hingga 30 tahun yang ditemani ibu bapa dibenarkan menyertai acara itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Sesi tawar-menawar berlaku seperti pasar awam tetapi syarat utama gadis atau wanita itu mestilah masih bujang selain paling utama masih, dara.
![]() |
| Antara gadis yang akan dijual |
![]() |
| Gadis yang akan dijual bersama ibunya sedang menanti pelanggan |
![]() |
| Wang sudah bertukar tangan, maka gadis ini sudah menjadi hak lelaki ini....... bestnya. |
Sekiranya terbukti anak perempuan tidak lagi perawan, ibu bapa gadis perlu memulangkan semula wang tawaran yang diberikan.
Selain itu, ibu bapa tidak dibenarkan menyertai acara sama pada masa hadapan.
Kebiasaannya, ibu bapa yang membawa anak gadis masing-masing datang daripada keluarga miskin yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka.
Semakin cantik gadis yang dilelong semakin tinggi harga bidaan yang akan diperoleh.
Beli dara
Situasi itu dialami Hristos Georgiev, 18, yang bersandar di bahagian hadapan but kereta sambil menikmati pemandangan sekelilingnya.
Dia berdiri bersebelahan ayahnya sambil berbincang dengan Donka Dimitrova yang akan dikahwininya tidak lama lagi.
Proses rundingan selama hampir empat jam itu selesai hingga melibatkan bayaran RM20,000. Hristos harus rasa bangga kerana bakal suaminya sanggup meletakkan harga tinggi memandangkan pendapatan purata rakyat Bulgaria hanyalah sekitar RM8,000 setahun.
Menurut Dimitrova, dia menyimpan wang tersebut hasil pekerjaan sebagai buruh binaan di Cyprus.
Bagi seorang ahli etnografi Akademi Sains Bulgaria, Velcho Krustev, setiap lelaki yang memilih pasangan di 'Bridal Market' bukannya membeli isteri tetapi 'dara' mereka.
"Pembayaran itu lebih bersifat situasi menang-menang kerana kedua-dua belah pihak mendapat manfaatnya. Lelaki juga tidak berasa tertipu kerana bakal isteri masih dara.
"Jika tidak, wang itu akan dikembalikan dan keluarga terbabit akan disenarai hitam daripada memasuki pasar itu pada masa hadapan," katanya.
Perceraian selepas perkahwinan jarang berlaku.
Terang Krustev, kecantikan juga menjadi salah satu elemen utama kerana harga bagi bakal isteri boleh mencecah RM50,000.
Pendidikan bukanlah satu keutamaan bagi mereka kerana kajian pada 2004 mendapati 25 peratus wanita kampung tersebut buta huruf dan hanya 10 peratus yang menamatkan pendidikan peringkat menengah.
Namun, Krustev memberitahu, tradisi 'Bridal Market' semakin pupus dan wanita di perkampungan itu tidak seperti dahulu dan sama seperti wanita moden lain.
"Ramai yang sudah berhijrah ke bandar besar dan menjalani kehidupan moden sebelum berkahwin.
"Walaupun dahulu dianggap satu larangan berkahwin dengan orang luar tetapi kini tidak lagi," katanya.
Zaryl Hakiem - Part 1
Posted by TerbaikLaH on Monday, July 8, 2013 at 11:52 PM
Zaryl Hakiem - Part 1 |
"Hallo,boleh saya bercakap dengan Shamsul?",ringkas pertanyaan tersebut.Terkedu seketika si gadis yang menjawab panggilan di telefon bimbitnya."Maaf,mungkin encik salah nombor." kata si gadis bersuara manja itu.Bagai nak tergigit lidah Zaryl apabila mendengar kemerduan suara halus dan manja itu."Ini bukan nombor Shamsul ke?" kata Zaryl lagi.
"Maaf encik,ini bukan nombor Shamsul.Ini nombor saya.".
Zaryl masih lagi cuba memanjangkan tempoh perbualan telefon dengan meneruskan pertanyaan,
"Mungkin abang awak ke,adik awak ke yang guna nombor ni?"."Tak ada." dengan pantas gadis itu menjawab.
"Dah berapa lama awak guna nombor ni?""Dah lama,tak pelah encik,encik salah no ni.Maaf,saya ada kerja sekarang.Assalamualaikum."
Begitu pantas gadis tersebut bercakap dan mematikan panggilan sehingga Zaryl tak mampu untuk bersuara.
"Aku mesti dapatkan gadis ni,"getus hati Zaryl penuh makna.
Sebenarnya nombor telefon bimbit itu sememangnya telah diberikan rakan Zaryl dan semuanya telah dirancang untuk Zaryl mendekati dan mengenali gadis tersebut.
Semuanya di sebabkan Hafiz kawan Zaryl yang selalu berceritakan tentang gadis itu.Gadis yang cantik,matanya bundar,bulu kening yang semulajadi lentik,hidung yang agak mancung seakan2 anak mami,bibir yang mugil dan lesung pipi yang menarik hati sapa pun yang memandang.
Macam-macam yang Hafiz ceritakan pada Zaryl sehinggakan Zaryl tidak senang duduk dan ingin sangat mengenali gadis tersebut.
Malamnya,sekali lagi Zaryl cuba menghubungi gadis tersebut.Dengan niat tersembunyi,Zaryl mendail nombornya.
"yang selalu ku inginkan,yang selalu ku nanti,kau cuba untuk mengerti,"
Bait-bait lirik caller ringtone gadis itu di layan penuh asyik oleh Zaryl.
"apalah erti mencinta,yang harus kau sedari,bila ingin bersamaku,jangan cuba kau ingkari,cubalah untuk set.."
"Baru aku nak layan lagu ni,dia dah angkat telefon,"kata Zaryl dalam hatinya.
"Halloo,Assalamualaikum wbt,"panjang kali ni salam yang Zaryl berikan,langkah pertama untuk menawan hati si dia.
Zaryl terkenang kembali saat-saat bagaimana dia boleh menjadi seorang jejaka yang ingin didampingi oleh ramai wanita di sisinya.
Menjadi seorang yang bergelar 'playboy'.Playboy yang hanya untuk bersuka ria.Yang hanya untuk kepentingan seketika sahaja.Sekadar berhias-hias
Bersambung.....
GAMBAR AWEK YANG MINTAK PENUMBUK DI MUKA!
Posted by TerbaikLaH at 11:45 PM
GAMBAR GADIS YANG MINTAK KAKI DAN PENUMBUK DI MUKA | Awek ini dengan selamba telah menyebarkan gambarnya yang ghairah dan pastinya memikat hati para jejaka di luar sana. Mungkin tujuannya sememangnya untuk mendapatkan perhatian dari jejaka tampan.
Saksikan gambar aksi ghairah beliau di bawah yang patut diberikan penumbuk di muka.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|









































