Gambar Diana Danielle Bersama Bayinya Di Australia

on Monday, July 8, 2013

Akhirnya setelah sekian lama, Diana Danielle yang kini berada di Australia berkongsi juga gambar bayi lelakinya hasil perkongsian hidup bersama Farid Kamil.
Menerusi akaun Instagram beliau, Diana Danielle buat pertama kali kongsikan gambar beliau bersama bayi lelaki sulung yang di’lahirkan pada 2 Julai yang lalu sekitar 4.30 petang.

“Letting the little boss soak in the sun. Just a slight case of jaundice — nothing the sun can’t solve,” tulis Diana Danielle memberitahu anaknya ada alami sedikit masalah penyakit kuning.
Semoga bayi sulung pasangan Farid Kamil & Diana Danielle yang masih belum kita ketahui namanya ini cepat sembuh dan mereka boleh kongsikan lebih banyak gambar comel beliau. Heh.


sumber : http://kezoom.blogspot.com/

ND Lala selamatkan nyawa Shila


Drama dalam kehidupan sebenar Shila sudah bermula seawal kelahiran beliau lagi ke dunia ini. Puteri sulung kepada pasangan Amir Amzah Salleh (ND Lala), 51, dan Fauziah Sarman, 44, ini selamat dilahirkan kira-kira jam 11 pagi, pada 13 Ogos 1990 di Klinik Shambi, Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur.

Sewaktu lahir Shila seorang bayi yang kecil dan comel, seberat 2.6 kilogram saja. Namun menjelang hari ke-14 Shila menghirup nafas di dunia ini, bapa dan ibu Shila berdepan dengan situasi yang sangat mencemaskan.

“Dia tiba-tiba diserang demam selsema dan mula sesak nafas. Malah kami lihat mukanya sudah kebiruan. Dalam keadaan yang sangat panik itu, saya terus menghubungi doktor dan doktor memberitahu satu saja cara untuk menyelamatkan nyawa Shila sebelum dibawa ke hospital. Saya perlu menyedut hingus dan kahak melalui hidung Shila.

                                                    Keluarga bahagia Shila

“Dengan penuh tawakal, saya pun ikut nasihat doktor dan barulah kahak itu dan lendiran itu dapat dikeluarkan. Kemudian, barulah Shila dapat bernafas seperti biasa dan wajahnya yang kebiruan tadi menjadi segar semula,” kata ND Lala.

Fauziah atau mesra disapa Kak Zie pula akui sehingga kini pun insiden cemas itu tetap menghantui ingatannya.
“Masa itu hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan Kak Zie. Sudahlah baru pertama kali melahirkan anak, sedang berpantang pula, tiba-tiba jadi begitu. Menangis usah cakaplah. Mujurlah Abang ND cepat bertindak, kalau tak... tak tahulah apa yang dah jadi,” katanya bersama genangan jernih di kelopak mata.

Mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 1989, selain Shila, ND Lala dan isterinya turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Amir Syafiq, 20, Amir Syahir, 17, dan Nur Syuhada, 14.
Sebagai suri rumah sepenuh masa yang membesarkan anak-anak tanpa bantuan pembantu rumah, Fauziah juga mula mengajar Shila membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan memasak, seawal usia sembilan tahun lagi.

“Umur sembilan Shila dah pandai ke dapur. Kak Zie memang ajar memasak dan ketika berusia 10 tahun, dia sudah boleh sediakan hidangan untuk satu keluarga!
“Abang ND paling suka Shila masak kari dan makanan Barat seperti pasta. Shila juga pandai masak tomyam, lauk kampung dan paling dia pakar sekali buat rendang kerang. Itu (rendang kerang) memang terbaik!

“Satu lagi kelebihan Shila, dia ada deria rasa dan masak yang baik. Katakanlah kalau dia suka satu makanan di restoran yang kami kunjungi, balik rumah, dia akan cuba masak dan apa yang mengejutkan Kak Zie masakan itu menjadi macam di restoran malah kadang-kadang lebih sedap lagi. Pelik, sebab dia tidak menyalin pun resipi, sekadar ikutkan naluri rasanya.
“Kadang-kadang itu Shila punya masakan sampai abang ND sendiri tak dapat nak bezakan sama ada Kak Zie atau Shila yang masak,” ujar Fauziah.
Dia bercerita lagi, Shila juga pandai menjaga adik-adiknya.

“Masa Kak Zie mengandung anak ketiga, adik bawah Shila baru dalam dua tahun lebih dan Kak Zie pula mengalami alahan yang teruk. Sebenarnya, ketika mengandungkan keempat-empat anak Kak Zie, memang Kak Zie selalu alami alahan teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke hospital.
“Berbalik pada cerita Shila tadi, dialah yang banyak membantu meringankan beban Kak Zie semasa saya berbadan dua. Sewaktu anak bongsu saya, Shada dilahirkan, dialah yang tolong tengok-tengokkan adik-adiknya. Pendek kata, Shila seorang anak yang rajin dan bertanggung jawab,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Rita Rudaini Sebenarnya Masih Sayangkan Aidil Zafuan Lagi

Dalam sedar dan tidak, krisis rumahtangga yang melanda Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sebenarnya sudah berlarutan hampir tiga tahun dan hingga saat ini tiada sebarang tanda ianya akan selesai dalam masa terdekat.

Menerusi laporan Berita Harian, Rita Rudaini dilaporkan berkata, walaupun hatinya terhadap pemain bola sepak pasukan JDT itu kini sudah kosong beliau reda andai ditakdirkan jodoh mereka masih kuat.

“Saya sudah malas untuk fikir mengenani masalah rumahtangga kami. Lebih baik saya fikir bagaimana hendak mencari duit untuk anak, besarkan mereka dan memikirkan pendidikan mereka”

“Saya bahagia walaupun solo. Bagaimanapun jika ditakdirkan jodoh saya dengan Aidil masih kuat, saya reda. Saya melihat kematian peguam Aidil pada Mei lalu seperti petanda mahu melengahkan proses penceraian kami. Siapa tahu, mungkin Allah mahu kami berbaik kembali”

“Jika itu terjadi, saya terima dengan hati terbuka. Walaupun perasaan sayang terhadap Aidil sudah tiada, saya akan akan kembali cuba untuk pupuk kembali rasa sayang kepadanya,” tambah Rita Rudaini lagi.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Sengaja Mahu Dijangkiti HIV

                                 
London: Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.

Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.

Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.

Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.

Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan. “Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.
“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.
Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab. “Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan.
sumber : http://www.hmetro.com.my/

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Hani Nur Zara Dan Shamsul Akmar

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis pernikahan pelakon Hani Nur Zara Harmi, anak kepada produser Julie Dahlan dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Shahbudin, apa kata kita lihat set gambar dari jurugambar rasmi RED Photography untuk majlis resepsi perkahwinan mereka di Seni Menanti, Negeri Sembilan, 6 Julai lepas.



sumber : http://beautifulnara.com/

Dengan Siapa Pula Saya Berkahwin? – Tasha Shilla

Susah menjadi orang “hot” seperti Tasha Shilla ini. Selain menjadi rebutan jejaka-jejaka di luar sana, kisah-kisah mengarut memang seringkali dikaitkan dengan dirinya. Kompang tak berbunyi, bungga manggar tak dipasang, tup-tup terdengar khabar angin menyatakan Tasha Shilla sudah berkahwin.
Yang menariknya, lelaki yang dikatakan sudah berkahwin dengan Tasha Shilla ini bukanlah Mahali Jasuli atau Datuk J yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Identiti lelaki ini tidaklah pula diketahui. Mungkin lelaki ini sengaja buat cerita kerana kemarukkan Tasha? Terang Tasha Shilla:-
Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu

Kalau betul gentleman, janganlah sebarkan berita mengarut ini. Pergi jumpa Tasha Shilla depan-depan dan luahkan isi hati anda. Jangan pendam. Kang kena rembat dengan orang lain, hati sendiri juga yang merana. Namun mungkin anda perlu bersabar sedikit kerana Tasha Shilla buat masa ini malas lagi nak bercinta.

Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja

Betul tue. Masa muda-muda tengah bertenaga inilah kena kerja keras untuk kumpul duit. Berlakon mana ada EPF semua. Kena pandai cari duit untuk simpanan masa tua. Jangan sibuk nak bercinta sampai kerja pun jadi tunggang-langgang dibuatnya. Semoga Tasha akan dapat terus fokus dengan kerjanya dan mengelakkan percintaan sehingga benar-benar bersedia kelak.
sumber : http://beautifulnara.com/

Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000

                                        
Gambar hiasan

Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu.
Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.

Fayez berkata, dia tersilap mencurah petrol ke badan rakannya yang lebih muda dalam kejadian berhampiran rumahnya di bandar Turaif.

Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak. Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa
sumber : http://www.hmetro.com.my/