Berita Baik Untuk Wanita - Seluar Dalam Anti Rogol Dicipta di India.

on Wednesday, July 10, 2013



Untuk mengurang atau mencegah berlakunya kejadian jenayah sek dikalangan wanita di India, sekumpulan pelajar kejuruteraan disebuah universiti di India telah mencipta sesuatu yang dipanggil ‘Seluar Dalam Anti Rogol’.


Prototaip GPS dan papan litar kejutan
Seluar dalam anti rogol tersebut akan memberikan kejutan elektrik terhadap perogol-perogol dan seterusnya akan menghantar maklumat dimana tempat berlakunya kejadian tersebut melalui GPS kepada pihak polis.

Seluar dalam elektrik tersebut dicipta oleh sekumpulan pelajar kejuruteraan di Sri Ramaswamy Memorial University in Chennai, India, iaitu Manisha Mohan, Rimpi Tripathi dan Neeladri Basu Pal.

Seluar dalam yang dilengkapi dengan GPS (global positioning system) dan GSM (global system for mobile communications) serta sensor tekanan itu boleh memberikan kejutan terhadap perogol tersebut dengan kekuatan 3,800 KV.

Kejam, Kerana RM5, Drebar Teksi Sanggup Bunuh Pelancong.

Mendiang Troy Lee Pilkington


Bangkok: Polis menahan seorang pemandu teksi yang dituduh membunuh seorang ekspatriat warga Amerika Syarikat selepas mereka bertengkar mengenai tambang sebanyak RM5.

Gambar yang berjaya dirakam CCTV
 


Chidchai Utmacha, kanan menunjukkan bagaimana beliau mentak parang keatas mangsa 
Chidchai Utmacha, bergari dan dibawa ke Balai Polis untuk disoal siasat
Jurucakap polis Bangkok, Teerayut Maiplaeng berkata, pemandu berusia 32 tahun itu mengaku menikam Troy Lee Pilkington dengan parang Sabtu lalu.

Menurut Teerayut, Pilkington, 51, bekerja dengan syarikat kejuruteraan Amerika, Caterpillar dan menetap di Thailand sejak tiga tahun lalu.

Pemandu terbabit, Chidchai Utmacha memberitahu penyiasat, Pilkington menuduhnya menggodam meter sebelum meluru keluar dari teksinya di satu persimpangan jalan dan enggan membayar tambang sebanyak 51 baht (RM5). Dia juga mendakwa lelaki Amerika itu menyimbahnya dengan kopi apabila dia meminta tambang itu.

Chidchai berdepan dengan tuduhan membunuh dan membawa senjata di tempat awam tanpa alasan munasabah.

Sumber

Cara makan mee yang betul!

Marsha berposing cara apa ni?

on Tuesday, July 9, 2013

Wanita selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak


Wanita selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak | New Delhi: Laxmi Yedev secara tragis bagaikan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup - wanita yang selamanya terperangkap dalam tubuh kanak-kanak.
Dia masih mampu mengukir senyuman ketika diwawancara walaupun jelas Laxmi kelihatan berusaha untuk mengekalkan semangatnya.

Dengan ketinggian 0.99 meter (3 kaki 3 inci) dan mempunyai berat 19.05 kilogram, penyakit hormon yang karang berlaku meragut kehidupan biasa daripada Laxmi. Dia tidak lagi membesar sejak berusia lima tahun dan sehingga ini masih memakai baju kanak-kanak berusia enam tahun.

Dia melihat kawan-kawannya membesar menjadi wanita, sepanjang masa mengetahui dia tidak akan mencapai akil baligh.

Mereka akan menjadi isteri dan ibu, manakala Laxmi terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan dan cemuhan.
Laxmi

Laxmi berkata: “Saya dibuli sepanjang usia dewasa kerana saiz yang kecil. Saya jarang keluar rumah kerana takut disakiti.”

Bapanya, pengawal keselamatan, Bahadur, 58 meraih 8,000 rupee (RM423) sebulan, tidak mampu untuk mendapatkan hormon pembesaran yang mungkin dapat membantu keadaan Laxmi jika diambil sebelum dia mencecah usia 16 atau 17 tahun.

Nasib baik Laxmi yang berasal dari Gurgoan dekat ibu negara India, New Delhi dapat pergi ke sekolah yang sama seperti Azad dan adiknya, Suman, 15, yang mempunyai ketinggian normal.

“Saya benci bertemu dengan rakan baru kerana ia menyakitkan apabila setiap kali direnung dan dibuli. Saya kini belajar untuk tidak mempedulikan mereka dan kadangkala saya agak biadap dan memberitahu mereka apa yang saya fikirkan,” katanya. - Sunday People HM

Zaryl Hakiem - Part 2


Sambungan dari Part 1

Zaryl Hakiem Part 2 | Zaryl mula terjebak menjadi seorang 'playboy' kerana pengaruh rakan sebaya.Orang yang paling banyak mempengaruhi Zaryl adalah rakan baiknya sendiri,Zarul Hazieq.Di sebabkan nama mereka yang hampir sama,mereka mula menjadi rapat sejak tingkatan 1 lagi.Sekolah Menengah Sains Teluk Intan menjadi tempat dua sahabat ini menuntut ilmu.Sebelum kedua-dua mereka memasuki sekolah ini,mereka terlebih dahulu bersekolah di kampung masing-masing.

Zaryl belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim manakala Zarul Hazieq di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin,Batu Kurau.Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan sementara menunggu panggilan ke sekolah berasrama penuh atau sekolah bestari,mereka bersekolah di kampung masing-masing.Zaryl mendapat 4A dan 1B manakala Zarul pula 5A.Setelah beberapa bulan menunggu panggilan,Zaryl mendapat panggilan untuk memasuki Sekolah Menengah Anderson,Ipoh iaitu salah sebuah sukan yang terkenal di Malaysia.
Sekadar hiasan


Zaryl bukanlah seorang atlit seperti pelajar yang mendapat tempat di sekolah itu,tetapi atas prestasi pelajarannya yang bagus.Sekolah itu ada menempatkan beberapa kelas untuk pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.Zaryl memasuki sekolah yang kebanyakkannya adalah lelaki di sebabkan tiada tawaran lain yang dia terima.Setelah beberapa bulan,memasuki bulan Julai,sekali lagi Zaryl mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Kali ini memasuki sekolah bestari,iaitu antara sekolah yang terpilih di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Di sekolah itulah dia bertemu Zarul yang lebih awal mendaftar dan belajar.

Zarul Hazieq,seorang pelajar pintar,memiliki rupa paras yang sememangnya menjadi pujaan dan kegilaan gadis-gadis yang memandangnya.Raut wajah yang putih,jernih dan tampan,susuk tubuh yang tegap dan agak tinggi membuatkannya menjadi tarikan ke mana sahaja dia melangkah.Ketampanannya lebih terserlah dengan susunan kata-kata yang mampu mencairkan setiap gadis yang cuba dihampirinya.

"Nama saya Zaryl Hakiem bt Mustaffa.Saya berasal dari Kulim Kedah.Sebelum ni saya bersekolah di Sekolah Menengah Anderson,Ipoh." Zaryl memperkenalkan diri di hadapan kelas.
Terasa gugup berucap di hadapan kelas yang memuatkan 27 org pelajar itu.Semua mata memandang ke arah Zaryl dengan penuh khusyuk.Shima dan Anis berbisik-bisik sesuatu tentang Zaryl."Boleh tahan jugak budak baru ni ye,"kata Shima kepada Anis."Ada peluang nak mengorat ni,"balas Anis."Shima,Anis,boleh kongsikan kepada kelas apa yang kamu berdua bisikkan.Semua pasti ingin tahu apa yang sedang kamu bincangkan."tiba-tiba suara Cikgu Fatimah mencelah perbualan mereka.


Bersambung..

PUTERI AWANI AHMAD PUTUS DENGAN KEKASIH!





HUBUNGAN PUTERI AWANI AHMAD DENGAN HUZAIRI YAHYA (ERY) TELAH BERAKHIR | Nampaknya setelah video yang menjadi kritikan ramai itu tersebar, hubungan cinta antara Awani dengan Ery telah sampai ke titik noktah. Ery atau nama sebenarnya Huzairi Yahya menimbulkan rasa insaf terhadap apa yang berlaku.




Tak perlulah adik nak menyalahkan sesama sendiri terhadap apa yang berlaku. Sila ambil iktibar