
Home > All posts
Hidung Tempat Berkumpul Syaitan.
Posted by TerbaikLaH at 7:27 PM
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Riwayat Muslim).
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa mereka suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia boleh buat. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur, segeralah bersihkannya dengan berselawat dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana bimbang hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah S.W.T. dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Diana Danielle Kongsi Gambar Dirinya Bersama Anak
Posted by TerbaikLaH at 7:17 PM
Comelnya ~~ Geram pulak Abang Nara melihat gambar yang dikongsikan oleh Diana Danielle ini. Memang comel anaknya. Secomel emaknya juga. Untuk makluman, Diana Danielle dan anaknya masih berada di Australia. Ini adalah kali pertama Diana Danielle berkongsi gambar dirinya bersama buah hatinya ini.

Gambar ini dikongsi dengan caption “Letting “the little boss” soak in d sun. Just a slight case of jaundice, nothing the sun cant solve“. Nampaknya anak sulung Diana Danielle terkena sakit kuning. Sememangnya sinaran cahaya matahari di kala pagi adalah yang terbaik untuk merawat sakit ini.

Semoga kuning anak Diana Danielle akan hilang dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Diharap Diana Danielle dapat berkongsi lebih banyak gambar si comelnya. Pasti ramai ingin melihat kecomelan anaknya.
Hati-Hati Jika Ingin Memakan Buah Apple.
Posted by TerbaikLaH at 6:59 PM
Inilah Alasan Kenapa Perlu Berhati-Hati Makan Buah Apple.
Rasa-rasanya hampir semua orang pasti pernah makan appel, tapi harap hati-hati ketika makan buah-buahan kerana boleh jadi terdapat zat yang tidak baik bagi kesihatan tubuh.
Salah satunya adalah lilin yang berfungsi sebagai pengawet yang masih melekat dalam buah-buahan yang kita makan.
Sebaiknya makanlah apple dengan membuang kulitnya kerana boleh saja masih ada lilin yang melekat di kulitnya yang digunakan dalam pengawetan dalam mesin pendingin, ini biasanya terdapat pada apple dari Amerika.
Silakan makan apple setelah menghilangkan lilin seperti yang ditunjukkan di bawah ini.
Bayi Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari.
Posted by TerbaikLaH at 6:50 PM
Hanya kuasa Allah S.W.T. yang menentukannya............. seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan.
Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar.
Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
![]() |
| Saat bahagia Mahmoud Soliman dan Jayne |
Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
![]() |
| Saat manis semasa perkahwinan mereka |
Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa Arab yang bererti keajaiban. Itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.
(25 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Noor Nabila, Kakak Kepada Neelofa
Posted by TerbaikLaH at 4:53 PM
Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot. Jadi sambil nak menunggu tue, Abang Nara kongsikanlah gambar perkahwinan kakak si Neelofa yang bernama Noor Nabila. Kesimpulan yang Abang Nara dapat buat ialah memang adik beradik Neelofa ini cun melecun orangnya. Untung sungguh!!!
Neelofa pun kelihatan cantik berseri-seri menemani kakaknya di sisi sepanjang majlis perkahwinan ini. Orang kata kalau dah jadi pengapit, tak lama lagi confirm akan naik pelamin punya. Abang Nara percaya korang kalau jadi pakwe Neelofa, confirm akan memasuk minang secepat mungkin kan? Takut terlepas ke tangan orang lain pulak nanti.
Lagi 23 keping gambar majlis perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada FotoCantik Studio kerana sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.






























