Tragedi Berdarah Awal Ramadan

on Wednesday, July 10, 2013

Ramadan yang baru bermula hari ini sudah pasti berbeza bagi Shariza Abdul Manan, 25, apabila suami yang selama ini menjadi peneman hidupnya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.


Lebih menyedihkan, persiapan untuk menghadapi Ramadan sudah dilakukan awal malah baju raya sedondon untuk mereka sekeluarga sudah ditempah sebelum tragedi memilukan kira-kira jam 2.45 petang semalam.
Suaminya, Muhamad Faizal Abdul Hamid, 28, maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori di Jalan Greenlane di Georgetown.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pejabat di sebuah kedai jualan kenderaan di sini baru sahaja menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah hospital swasta sebelum motosikalnya bergesel dengan lori berkenaan.
Bapa mertua mangsa, Abdul Manan Othman, 52, berkata, kejadian berkenaan berlaku hanya beberapa minit selepas mangsa menghantar isterinya dan mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke pejabatnya yang terletak satu kilometer dari tempat kejadian.
“Mereka sudah lakukan persiapan untuk berpuasa malah baju raya untuk mereka sekeluarga termasuk anak perempuan yang berusia sembilan bulan juga sudah ditempah awal bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Walaupun sedih namun saya reda dengan apa yang berlaku dan saya berharap anak saya tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika ditemui di unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.
Abdul Manan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan menantunya itu petang kelmarin ketika menghantar cucunya ke rumah mangsa di Jalan Kurau.
Katanya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya berhati-hati di jalan raya ketika dia mahu pulang ke rumah.
“Saya pelik dengan sikapnya kerana sebelum ini dia hanya bersalaman sahaja dengan saya tetapi kelmarin dia menunjukkan sedikit perubahan.
“Mungkin itu petanda bahawa dia bakal meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila isteri mangsa dilihat meratapi kematian mangsa yang terbaring berlumuran darah berhampiran motosikalnya.
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak hari ini.
Dalam pada itu jurucakap polis berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. sumber

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru | Polis tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kota Baharu.
Pembunuh Upahan Di Percayai Bunuh Guru

Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.

Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.

“Setakat ini kita terima khabar angin sahaja yang mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.

“Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam. sumber


Padah rempuh polis

Foto
ANGGOTA polis memeriksa kereta suspek yang terbabas selepas berbalas tembakan.
Johor Bahru: Tindakan ganas dua penjenayah dipercayai cuba membunuh anggota polis dengan melanggar kereta peronda dalam kejadian berhampiran Balai Polis Tampoi, di sini, semalam, membawa padah apabila mereka ditembak anggota polis terbabit.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, anggota polis melihat kelakuan mencurigakan dua lelaki yang menaiki Proton Satria sebelum cuba menghampiri mereka.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, sebaik melihat anggota polis mendekati mereka dua lelaki berkenaan merempuh kereta peronda berkenaan.

Katanya, anggota terbabit terus mengejar suspek sambil meminta bantuan sebelum sebuah kereta peronda lain mengepung laluan Proton Satria berkenaan.
“Bagaimanapun, dua lelaki itu dilihat cuba merempuh kereta peronda polis itu dengan terus memecut kenderaannya.

Nora Danish dengan Porsche miliknya

Nora Danish bela burung hantu

Kisah Sedih Seorang Isteri Tidak Dapat Tunai Hajat Suami Kali Terakhir





Selamat Datang Semoga Info Dapat Beri Manfaat Para Isteri Di luar Sana....Selamat Membaca...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar t idak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya. - 

Syazwan bergambar mesra dengan Izara Aishah