Boikot Kurma Dari Yusuf Taiyoob

on Thursday, July 11, 2013

Dari: Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif)
Beberapa tulisan cercaan dan cemuhan memperbodohkan usaha kempen boikot kurma dan produk Iran dibawa kepada perhatian saya. Menerima tujahan peluru peluru spt ini adalah sebahagian dari kempen 'Winning Hearts and Minds' untuk meyakinkan umat supaya menyambut seruan boikot ini.


Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yg di pengerusikan oleh Syeikh dr Yusuf Qardhawi pd 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kpd rakyat Syria dan bantahan kpd Hizbus syaitan dan Iran yg kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan utk membunuh rakyat Syria.
Kpd saudara di luar sana yg sinis dgn usaha ini dan melemparkan cercaan samada secara peribadi atau secara umum hanya akan memperkukohkan seruan ulama ummah untuk menyelamatkan rakyat Syria dari penyembelihan tentera fasad Basyar, Hizbusyatan dan golongan Rafidah Iran dan sekutunya.

Dengan ini saya juga memberi maaf kepada beberapa orang yg mencerca saya khusus ttg usaha ini. saya juga memberi maaf in advance kpd sesiapa lagi yg mungkin memberi reaksi yg sama. Perkataan 'bodoh' yg dilemparkan hanyalah halwa telinga berbanding dgn anak anak kecil yg menahan kesakitan kerana ditetak dan dibakar hidup hidup oleh tentera Basyar Assad.

Sebarkan SEGERA ke seluruh Malaysia!! BOIKOT YUSUF TAIYOOB yang produk dari IRAN !
Sumber Facebook.

Kisah Seram Hutan Aokigahara Di Jepun. (Gambar & Video)

 

BAGI segelintir orang, hutan adalah tempat cukup menenangkan tetapi bagi sebahagian yang lain, ia boleh menjadi sesuatu yang menakutkan terutama apabila dikaitkan dengan tempat penginapan makhluk halus.

Bagi golongan kedua, sebuah hutan di Jepun, Aokigahara atau dirujuk juga sebagai Laut Pokok yang terletak di kaki Gunung Fuji perlu dielakkan kerana didakwa penduduk serta pelancong banyak berlaku fenomena luar biasa di kawasan berkenaan. 
Pemandangan menarik dihutan Aokigahara
Menyeramkan.......

Mayat mereka yang membunuh diri
 

Aokigahara adalah hutan purba yang dilaporkan berhantu berikutan banyak cerita dongeng tempatan berkaitan makhluk aneh, gergasi serta hantu di situ, sekali gus menambah perisa kepada reputasinya yang memang menakutkan.

Tanahnya berbatu dan sukar ditembusi peralatan seperti penyodok, manakala kira-kira satu kilometer ke dalam hutan berkenaan, boleh ditemui tulang manusia yang dipercayai berusia ratusan tahun berserakan yang menandakan kehadiran haiwan pemangsa.

Roh mereka yang mati dikatakan kerap ditemui golongan yang cukup berani meneroka ke dalam Aokigahara, namun kisah paling popular ialah mengenai besi magnetik bawah tanah di kawasan terbabit yang menyebabkan kompas tidak berfungsi dan pelancong tersesat dalam hutan.

Mayat mereka yang membunuh diri
Bagaimanapun, kisah itu nyata pembohongan besar kerana Tentera Jepun dan Tentera Amerika selalu mengadakan latihan di dalam hutan berkenaan dengan kompas digunakan mereka berfungsi baik, begitu juga dengan peralatan elektronik lain.


Aokigahara bukan saja popular dengan Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong tetapi juga dikatakan tumpuan utama mereka yang mahu membunuh diri. Ia dilaporkan lokasi bunuh diri ketiga paling popular di dunia selepas Jambatan Gerbang Emas di San Francisco, Amerika Syarikat dan Bloor Street Viaduct di Toronto, Kanada.

Lagi mayat mereka yang membunuh diri

Sejak 1950-an, lebih 500 orang menemui ajal di hutan berkenaan, kebanyakannya membunuh diri. Purata 30 kes bunuh diri dilaporkan di hutan itu setahun, malah pada 2002 sebanyak 78 mayat ditemui dalam hutan berkenaan, menggantikan rekod sebelumnya iaitu 73 pada 1998.


Kebanyakan yang membunuh diri adalah lelaki, mewakili lebih 71 peratus kes yang dilaporkan pada 2007. Jumlah kes membabitkan golongan berusia lebih 60 tahun juga tinggi tetapi mereka yang berusia lingkungan 30-an adalah kumpulan paling berkemungkinan mengambil tindakan itu, malah bunuh diri juga punca utama kematian penduduk berusia bawah 30 di Jepun.


Antara mayat yang dijumpai disyaki membunuh diri

 

Kadar bunuh diri yang tinggi mendorong pihak berkuasa menaikkan papan tanda, menggesa mereka yang mahu menamatkan riwayat di hutan itu supaya mendapatkan bantuan. Pihak berkuasa juga melakukan gerakan mencari di hutan itu setiap tahun sejak 1970, disertai polis, sukarelawan dan wartawan.

Bagaimanapun, semua kejadian itu tidak pernah mengganggu golongan yang sukakan cabaran untuk terus meneroka hutan penuh misteri terbabit. Kebanyakan pengunjung menandakan laluan mereka dengan meninggalkan plastik warna bagi mengelak tersesat, namun ada pula masalah kerana tindakan itu menimbulkan kebimbangan mengenai ekosistem hutan itu.

Kota Peninggalan Kaum Tsamud.

Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan - Surah al-A’raaf ayat 74.

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)
Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul - Surah al-Hijr ayat 81.


Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59.

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti - Surah al-Israa ayat 59.

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.


Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.” - (surah al-A’raaf: 75-79)


Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan - Surah as-Fushsilat ayat 17.

Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu - Surah at-Thalaq ayat 10.

Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.
Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan
Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.
Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.
Bangunan ini diukir dari gunung
Tempat tinggal yang dipahat dari gunung
Lihatlah hasil kerja mereka
Lagi bangunan yang dipahat dari gunung
 






Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.
Makam nabi Saleh AS.
 


Bila Dapat Suami Kaki Kereta.


Inilah jadinya bila dapat suami yang kaki kereta....... tapi nampak kreatif jugak.

KOLEKSI VIDEO PARODY LAWAK BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU!



VIDEO PARODI BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU – VIDEO PARODI LAWAK PUTERI AWANI AHMAD DENGAN HUZAIRIE YAHYA | Video yang bertajuk TAU TAK? DAH SEMINGGU KITA KAPEL? itu menjadi popular dan viral di laman sosial. Akibatnya, ramai individu yang berkongsi video parodi versi cinta semingu mereka.



Pengajaran, fikir dulu sebelum buat dan jangan salahkan orang lain atas kebodohan anda.



















ISU PERCINTAAN PUTERI AWANI AHMAD DENGAN HUZAIRIE YAHYA - KAMI TAK PUTUS LAGI






KISAH CINTA PUTERI AWANI DENGAN HUZAIRIE - VIDEO BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU | Sebelum ini kita dikejutkan dengan video yang bertajuk BUDAK BARU KAPEL SEMINGGU yang memaparkan seorang gadis yang terlalu taksub dengan percintaan mereka yang baru seminggu membuat video cinta untuk kekasihnya.



VIDEO : TAU TAK? DAH SEMINGGU KITA KAPEL?



Video terbabit telah mendapat kritikan yang sangat

Haiwan pelik aneh rare yang kita mungkin tak tahu

on Wednesday, July 10, 2013

Haiwan pelik aneh rare yang kita mungkin tak tahu | Haa..meh layan dulu gambar-gambar haiwan yang pelik aneh rare ni.. sahih ke tak??anda nilaikan sendiri..=)

















Pelik kan??adakah haiwan2 ni wujud??atau sekadar photoshop??Wallahualam..