Coli berkancing diharamkan pakai kepada pelajar

on Friday, July 12, 2013


Coli berkancing diharamkan pakai kepada pelajar 






Beijing: Langkah keselamatan luar biasa diambil untuk memastikan tiada penipuan berlaku ketika sembilan juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh China.


Peperiksaan yang bermula semalam menyaksikan pihak berkuasa pendidikan turut melarang pelajar memakai coli berkancing besi.
Di wilayah timur laut Jilin, pelajar dilarang memakai pakaian ada besi di dalamnya.


Pihak berkuasa pendidikan memasang alat di pusat peperiksaan untuk mengesan ‘alat penipuan tanpa wayar’, lapor akhbar Global Times.


Pelajar guna telefon pintar


Pihak berkuasa berhati-hati mengenai kemungkinan calon menggunakan alat seperti telefon pintar yang lebih kecil dan mudah untuk disembunyikan sebagai alat bantuan ketika ujian berlangsung.


Seramai 9.12 juta pelajar sekolah tinggi berdaftar di seluruh China untuk menduduki peperiksaan penting selama dua hari yang dipanggil ‘gaokao’, menurut laporan yang memetik Kementerian Pendidikan.
Pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan alat berteknologi tinggi bertujuan menipu dalam peperiksaan itu, lapor Global Times.


Ada juga langkah yang diambil bertujuan memastikan pelajar tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya dianggap keterlaluan.


Antara gambar yang dikirimkan di internet menunjukkan kereta bomba juga digunakan untuk menghantar seorang pelajar berpakaian seragam ke pusat peperiksaan di sebuah kawasan pedalaman Mongolia.


Bandar Guangzhou pula memperkenalkan laluan khas kenderaan yang membawa pelajar ke pusat peperiksaan, lapor media tempatan. - AFP  Sumber

Gambar seni pasir yang pelik sungguh rare


Gambar seni pasir yang pelik sungguh rare





















Kreatif betul orang yang buat benda ni..seakan2 patung or benda yang dah keras..kan?

ISU ARTIS WANITA TIDAK PUASA MAIN MAHJUNG DITAHAN!






ARTIS WANITA TIDAK PUASA SYOK MAIN MAHJUNG DICEKUP | Ketika umat Islam sedang berlumba-lumba mencari pahala di bulan Ramadan ini. Namun ada berita yang kurang enak untuk kita dengar.



Menurut laporan Sinar Harian:


Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di

Sebab Nak Kaya Lembu Digantung Hingga Mati.


BEIJING - Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu.

Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.



Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram.

Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati.

Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka.

MANGSA PERTAMA MERCUN RAMADHAN 2013!








GAMBAR MANGSA PERTAMA MERCUN RAMADHAN 2013 | GAMBAR MANGSA TERKENA LETUPAN MERCUN BUATAN SENDIRI BULAN PUASA 2013 RAMADHAN 1434 HIJRAH | Mangsa mercun yang pertama tahun 2013 ini merupakan dua orang pelajar lelaki dipercayai terkena letupan mercun buatan sendiri mengakibatkan cedera di muka dan jari tangan. (Gambar mangsa sedang dirawat di hospital)



ALOR SETAR – Dua pelajar lelaki

BANTULAH MADRASAH TAQRIBUL IKHWAN FI FUTUHIR RAHMAN MEREALISASIKAN IMPIAN MEREKA!







BANTUAN KEWANGAN UNTUK MADRASAH TAQRIBUL IKHWAN FI FUTUHIR RAHMAN AMAT DIPERLUKAN | Pondok ini sedang melatih lebih kurang 55 pelajar untuk menjadi waris berilmu kepada semua masyarakat. Hampir 40 orang pelajarnya adalah warga Islam Kemboja. Mereka ini dilatih dan diajar ilmu agama untuk menjadi tenaga pendidik.



InsyaAllah suatu hari nanti pelajar ini akan kembali ke negara asal Kemboja

Artis Dicekup Tidak Puasa, Main Mahjung Di Pusat Siber


PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.
Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.
Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.
“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. – Sinar Harian Online