Adira Nak Kahwin? Gambar Calon Suami?

on Friday, July 12, 2013

Wah dengar khabar Adira dah siap menempah baju dari pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dengan memuatkan gambarnya untuk diukur. Difahamkan Ezuwan Ismail adalah pereka fesyen yang kini memfokuskan baju pengantin kepada pelangganny dan difahamkan berhenti daripada menerima tempahan pakaian untuk Hari Raya. 


Maka mungkinkah Adira menempah baju pengantin/tunangan buat dirinya? dan seterusnya mendirikan rumahtangga tak lama lagi? yang itu masih lagi dalam tanda tanya, dan yang pasti lagi ketika tempahan baju yang dilakukan oleh Adira, dia bersama seorang jejaka yang turut bersama dengan dirinya.

Jejaka itu apabila diselidiki, dia merupakan ahli politk yang juga orang kuat kepada ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Khairi Jamaluddin (KJ). Nama orangnya adalah Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Wah baguslah tu, kalau dah suka sama suka eloklah disegerakan kahwin, tak usah couple2 lagi. Tambahan pula bab kahwin ni, baguslah juga kan, lagi pula perkara elok bagus dihebahkan.

Pelakon Terkenal 80-an, Putri Salbiah Dituduh Menipu, Palsukan Kad Pengenalan

Pelakon Popular 80-an, Putri Salbiah Dituduh Menipu, Palsukan Kad Pengenalan


KUALA LUMPUR – Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar selain dua tuduhan memalsukan kad pengenalan, tiga tahun lalu.
Putri Salbiah Megat Razalli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menipu Ng Miow Hia, 48, dalam satu urus niaga pembelian tanah dengan memperkenalkan dua individu sebagai pemilik tanah di Mukim Rim di Jasin, Melaka.
Dia didakwa telah memperkenalkan Ng kepada Majid Senan dengan nama Ahmad SK Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaccob dengan nama Sipah Duis @ Sipak Duez semasa bertemu di sebuah restoran di KLCC pada 1 April 2010.
Putri Salbiah juga dituduh mengulangi perbuatan itu di lokasi sama pada 23 Jun 2010.
Empat kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.
Putri Salbiah juga didakwa memalsukan kad pengenalan untuk kegunaan Majid dan Yang Azizah dengan nama palsu mereka di antara Januari dan April 2010.
Kesalahan di bawah Peraturan (25)(1)(j) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) itu jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum selama tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan tertuduh enggan bekerjasama dalam siasatan kes tersebut.
Tambah Anthony, tertuduh juga sebelum ini pernah melarikan diri ke Brunei yang kemudiannya di tangkap oleh pihak berkuasa negara itu pada 9 Julai lalu sebelum di reman di Mahkamah Majistret di Miri sebelum didakwa.
Peguam Mohd Shahrullah Khan pula berkata, Putri Salbiah telah kembali ke Brunei untuk menjaga bapanya yang sakit dan meminta ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain bagaimanapun menetapkan ikat jamin sebanyak RM24,000 dikenakan terhadap Putri Salbiah bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasportnya ditahan.
Beliau menetapkan 16 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan pihak pendakwa membatalkan perintah tahanan yang dibuat di Miri dan mahkamah akan mengeluarkan surat kepada Mahkamah Majistret di Miri bagi tujuan tersebut.
Putri Salbiah sebelum ini dikenali dalam filem 80-an iaitu Ranjau Sepanjang Jalan di samping pelakon Sarimah dan Ahmad Mahmud.
Dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam filem Keluarga 99 pada tahun 1987 bersama Salih Yaacob, Mr. Os dan Din Glamour. – Mstar.com.my

Pelajar 16 Tahun Dipaksa Mengaku Seks Dengan Cikgu


Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Pendang membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. 

Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah. 

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Jun lalu. 

Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.

“Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan. 

“Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu. 

“Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Jun lalu,” katanya ketika ditemui.


Wan mendakwa, dua hari kemudian dua guru lelaki datang semula ke rumahnya memaksanya mengisi borang pertuduhan kes berkenaan. 

“Dua guru lelaki itu termasuk ustaz datang ke rumah dan mengajak saya ke sebuah kedai makan atas alasan untuk menenangkan fikiran saya. Bagaimanapun, saya tidak dibawa ke kedai berkenaan, sebaliknya diminta mengisi borang pertuduhan dan menandatanganinya sebelum dihantar semula ke rumah. 

“Selepas itu, pada 21 Jun lalu, saya terima surat pemberhentian daripada pihak sekolah yang bertarikh 15 Jun. Ia amat memusykilkan kerana surat penggantungan bertarikh 4 Jun hanya diterima pada 24 Jun. 

“Justeru, saya tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama selepas berasakan diri teraniaya,” katanya. 

Sementara itu, ibu saudara pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, keluarganya tidak berpuas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikan kes berkenaan kerana mereka dinafikan hak untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya. 

“Saya terima jika tuduhan itu benar, namun mereka tidak memanggil keluarga berbincang dan langsung tidak menunjukkan sebarang bukti jelas serta semuanya hanya pada peringkat dakwaan,” katanya. 

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat pelajar terbabit. sumber

Che long banker di kuala besut di beserah siapa pula?


Berikut satu petikan yang SH pinjam dari seorang sahabat yang buat status di wall Facebook dia malam semalam mengenai calon PRK Kuala Besut:
Haji Enduk @ Azlan Jusoh diakui bukan USTAZ atau ‘ALIM’ untuk mengambil hati pengundi, sebaliknya beliau dicanang sebagai ‘kaya raya’. 

Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari Pas Besut. Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai ‘BANK’ Pas. Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:

“Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ Pas Kawasan Besut.“ – Harakahdaily

Jelas, jolokan ‘BANK’ ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari Pas tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti. Beberapa laman web dan blog pro-Pas juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.
Terang - terang PAS dalam Haprak Daily mengakui bahawa calon mereka itu dianggap sebagai 'Banker' bagi kawasan dia memandangkan dia seorang yang kaya raya.

Sekarang kita nak tanya sikit, siapa pulak 'Banker' PAS di kawasan Beserah? Dengar kata, PAS Beserah ni pun ada jugak 'Banker' mereka sendiri.

Banker PAS Beserah ni katanya bukan dari kalangan kontraktor atau pun ahli perniagaan. Tapi dari golongan mereka yang Profesional. Siapa agaknya ye?

Dari maklumat yang SH terima, Banker PAS Berserah ni jugak pernah menaja ceramah yang disampaikan oleh Ostad Mcdee diperkarangan tempat dia beroperasi.

Dan apa yang memeranjatkan kita, Banker PAS Beserah ni jugak mempunyai kontrak istimewa dengan kilang Lynas yang terletak didalam kawasan Beserah tu jugak.

Agak - agak, PAS melalui akhbar lidah rasmi dia berani tak nak buat pendedahan dan nyatakan siapa Banker berkenaan kepada rakyat?

SH bukan apa. Kalau kita dedahkan, nanti diorang kata ini semua fitnah. Ini semua cerita rekaan dan sebagainya. Jadi, ada lebih baik mereka sendiri yang buat pendedahan. Itu lebih baik daripada diorang sibuk menjadikan isu Lynas tu sebagai modal untuk berpolitik!!!

Serangan Terburuk Ke Atas Raja-Raja Melayu Di Facebook!

rudy ball

Sejak semalam, satu bentuk serangan yang boleh dikatakan terburuk ke atas Raja-Raja Melayu dapat dilihat pengguna Facebook negara ini.
Ia sebarkan melalui satu akaun bernama Rudy Ball yang berkongsi kenyataan menghina di beberapa fanpage termasuk seperti Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat.
Gambar yang digunakan tidka membawa sebarang maksud buruk tetapi kenyataan yang mengiringi gambar-gambar berkenaan amat teruk sekali.
Antaranya, pihak berkenaan menyamakan para permaisuri dan raja perempuan sebagai pelacur dan sebagainya.
Banyak pihak dilihat marah dengan perbuatan itu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Talam dari misalnya berkata;
“org islam mesti taat pada org islam,hanya munafik dan kafir harbie menderhaka kpd pemimpin islam”
Kabhi Ismail pula berkata;  Bulan Ramadhan cubalah beradab sedikit….. jgn ikut suka saja nak kata rudy ball….
Beberapa gambar yang didakwa pengguna Facebook sebagai Rudy Ball juga mula tersebar sejak pagi ini namun penulis tidak akan meletakan gambar-gambar berkenaan kerana bimbang ia mungkin fitnah atau salah orang.
Tinjauan ke akaun Rudy Ball juga tidak menemukan apa-apa bukti yang menarik melainkan dia memiliki hampir  700 orang kawan dan beberapa gambar berkumpulan termasuk empat lelaki dalam kolam renang
Penulis yakin serangan ini didalangi Red Bean Army yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang di negara ini..
Red Bean Army boleh melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira air muka dan keselamatan pihak lain.
Gambar dan kenyataan penghinaan ke atas Raja Melayu pun hanya sekeping akan diletak penulis (di atas)...bukan sama sekali bersekongkol dengan apa yang berlaku tetapi sebagai bukti kepada para pembaca.
Nilai sendiri bahasa yang digunakan. Itu baru sekeping. Kalau tidak silap sudah ada 4 keping gambar yang disertakan dengan kata-kata kesat ke atas Raja-raja Melayu sejak semalam.
Pada hemat penulis, ini adalah serangan paling buruk ke atas institusi Raja di negara ini.
Apakah peranan yang mampu dimainkan pihak berkuasa dan SKMM? sumber

Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

BAYI

Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional. sumber

Mamat Sepah- Dulu Ducati Kini Mini Cooper

Mamat Sepah- Dulu Ducati Kini Mini Cooper | Menurut satu portal hiburan, Mamat Sepah yang dulu bergaya dengan motorsikal Ducati kini telah pun bertukar kepada kereta Mini Cooper yang berharga RM300,000.
Mamat Sepah- Dulu Ducati Kini Mini Cooper

Kereta Mini Cooper yang dibeli Mamat Sepah pula bukan calang-calang iaitu mini cooper edisi terhad iaitu Mini John Cooper yang dikeluarkan pada tahun 1999.

Dilaporkan juga, Mamat sudah pun membeli kereta itu sejak beberapa bulan yang lalu dan yang pentingnya ianya adalah Mini John Copper yang baru dan bukannya yang terpakai.

Mamat Sepah- Dulu Ducati Kini Mini Cooper
Mini John Copper
Siapa cakap kerjaya pelawak tidak mampu menjamin kehidupan yang selesa? Harap-harap lepas ni, Mamat akan beli rumahnya sendiri pulak... sumber

Mamat Sepah- Dulu Ducati Kini Mini Cooper
Mini John Copper - Interior