Kerosakan Yang Telah Dibuat Kamal Atarturk

on Saturday, July 13, 2013


Kerosakan Yang Telah Dibuat Kamal Atarturk | Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Kenali Mustafa Kamal Ataturk dan Kematian Yang Menyeksakan

Kenali Mustafa Kamal Ataturk dan Kematian Yang Menyeksakan

Siapa Mustafa Kamal Ataturk?



Mustafa Kamal Ataturk | Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.


 m

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. -Sumber

Bayi 8 bulan ditikam 90 kali gara-gara menggigit ketika menyusu

Bayi 8 bulan ditikam 90 kali gara-gara menggigit ketika menyusu



Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan bayi yang diberi nama Xiao Bao itu menerima 100 jahitan.


Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah untuk tujuan kitar semula.




Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.


Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Walau bagaimanapun, penduduk setempat telah meminta pihak berkuasa supaya mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental. Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional-Sumber

Nekad terjun laut

Foto
KERETA yang ditinggalkan mangsa sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang, semalam.
Georgetown: Masalah keluarga dipercayai menjadi punca seorang lelaki terjun ke laut sebelum mayatnya ditemui terapung sejam kemudian di Kilometer 7.4, Jambatan Pulau Pinang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Chiew Chin Lee, 41, dari Balik Pulau yang juga seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dilihat memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum terjun.

Tindakannya itu menarik perhatian pengguna jalan raya lain sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian sebelum usaha mencari dan menyelamat dilakukan Polis Marin menemui mayat mangsa sejam kemudian.

Difahamkan, mangsa ahli jawatankuasa PPS bahagian Komtar dan berkhidmat sejak setahun lalu dalam pertubuhan itu.

Sementara itu, dalam satu kejadian di Pulau Kendi, seorang nelayan menemui satu rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai terbabit semalam.

Malam Pertama Yang Mengaibkan


Makcik malu Nok..... Malu!.   Waaaaaa!!!   Mana Makcik nak letak muka Makcik ni....  sob sob sob.

*eh "Nok" tu apa?.   Makcik pun tak tau, selalu terbaca kat forum2,  mungkin shorform untuk perkataan "anak" kot?.  

Bagi korang, mungkin malam semalam adalah malam keempat, tapi idok pula bagiku sebab semalam tu lah buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke surau untuk berterawih.   Tapi bukan bermakna 3 hari tu aku tak posa... Eh aku posa!!.   Alhamdulillah belum cuti lagi buat setakat ni.. 


Jadi apa pula yg aku menjerit "Malu2"... tu??.  Buat terkejut orang je tau!  Itu nantilah aku cerita kat perenggan terakhir, aku tgh nak  mendescribekan akan keindahan malam ramadhan kat kawasan perumahan aku ni.    Memang sangat feel tau!.  Damaiiii je.. disulami hujan rintik2.

Qistina mulanya enggan pegi, Ain pula berkobar2, Shashal pula sgt teruja sebab selalunya hanya pegi berdua dgn abah dia, kali ni berlima, sukalah dia... tapi sebaik aku bagitau Qistina pegi takyah pakai baju lawo2, sekadar bertelekung je, takyah bawak beg tangan bagai....dia terus exited.  

Pling!!.   Sebelum aku mengenakan telekung, teringat aku akan artikel yg kwn aku post tentang "wanita ke mesjid dan punca2 wanita tak berapa digalakkan" (lebih kurang camtu kot ayat dia.. karang aku skodeng balik FB kawan aku tu ye.  Kang salah, aku pulak yg menanggung dosa.. sambil2 tu korang pegi la tanya Ustaz untuk memperdalamkan lagi ilmu. 


Update :  Ok aku dah jumpa, korang klik sini ye utk info tentangnya.  Itu pun kalau2 beliau publickan.

Antara punca2nya masalah tabaruj (berhias berlebihan) yg menjadi punca fitnah.     

Ok k.... aku akan cuba patuhi syarat2 itu.  Takde hal punya.   Lepas ambik wudhu aku terus sarung je telekung!.   Berehhh....  takdenya nak tepek compact atau sebagainya.  

Tengok....... mana ada aku bersolek?.   Yes... bereh.  


Namun.... ramalanku tersasar belaka.  Huaaaa..... sob sob sob.... ngis ngis ngis..... again!.  Makcik malu Nok...... mana Makcik nak letak muka Makcik ni??.

Usai solat dan makan sedikit hidangan kat situ, kami  pun masuk la dlm keta...   Masuk je dlm keta, IRP tetiba bersuara.   

Rupa2nya  ada jemaah lelaki kat situ dah menengur cara Makcik berpakaian.  Diorang kata...seluar Makcik tu tak sesuai dibawak ke mesjid (sila fokus pada gambar seluar tersebut ye).    Entah la ye... Makcik rasa takde la fit sgt pun seluar makcik tu... cuma mungkin agak striking kot warna dia sbb si Ain pun pakai gak seluar, mungkin sebab kaler dia itam.. idok le pulak menjadi isu..  Makcik malu Nok... mcm la Makcik tak bersekolah agama pulak... huaaaaa.... Tapi takpe la.... makcik terima je la teguran tu dgn berlapang dada.   Lain kali nak dtg masjid, pakai la jubah ye Makcik... kain batik ke tentu bebas dari segala fitnah.

Begitulah kisah malam pertama Makcik berterawih.  Moga menjadi pengajaran buat semua. Sekian.

Adakah Masjid ini dibina oleh makhluk halus?

Adakah Masjid ini dibina oleh makhluk halus? | Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.



Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. 



Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.Bangunan Masjid Nando dikategorikan Unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. 

Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid. Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid. Sumber

VIDEO GWIYOMI PUTERI AWANI AHMAD BUDAK COUPLE SEMINGGU!


GWIYOMI BUDAK COUPLE SEMINGGU - PUTERI AWANI AHMAD | Sebelum ini kita dikejutkan dengan video yang bertajuk BUDAK BARU KAPEL SEMINGGU yang memaparkan seorang gadis yang terlalu taksub dengan percintaan mereka yang baru seminggu membuat video cinta untuk kekasihnya.





Selain kekasihnya yang bernama Huzairie, rupa-rupanya Puteri Awani Ahmad juga mempunyai video Gwiyomi.






LAYAN VIDEO