Inilah Jambatan Gantung Yang Paling Tinggi Di Dunia

on Saturday, July 13, 2013

Jambatan gantung tertinggi di dunia baru saja dirasmikan di China selatan, Provinsi Hunan. Jambatan gantung Aizhai terletak 330 meter dari atas tanah

Penduduk melihat pembukaan jambatan gantung Aizhai di Wilayah Xiangxi Tujia dan Wilayah Autonomi Miao, Wilayah Hunan. Xiangxi Tujia and Miao Autonomous Prefecture, Hunan province, 31 Mac 2012.
- See more at:









Artikel Lainnya

Gambar Artis Hollywood Yang Tidak Memakai Bra Di Tempat Awam

Paris Hilton Kantoi Membetulkan Seluar Dalamnya Ketika bercuti Di Australi

Video Pasangan Remaja Berasmara Di Taman Awam



Gambar Mawi dan Ekin bersama anaknya

Isteri Iezlan Yusof dan anaknya


VIDEO: Lagu Sahabat Dinyanyikan Pelajar Di Amerika, Najwa Latif Terharu!


PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter.


“Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.
“Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.
“Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.
Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.
Tambah Najwa, dia menyifatkan lagu itu mempunyai kelebihan sendiri mungkin kerana ia mudah diterima ramai di samping mempunyai mesej berguna kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Beritahu Najwa, keadaan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mencipta pelbagai lagu pada masa hadapan.
“Jujur dikatakan saya sendiri tidak terfikir bahawa ada pihak di negara luar yang mahu membawakan lagu Sahabat.
“Namun, apabila melihat video tersebut membuatkan saya yakin untuk memperkenalkan muzik saya di Eropah. Mana tahu, kalau diberi peluang, apa salahnya, ” tutur Najwa.
Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single lagu terbaharunya berjudul I Love You.
Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan. – mStar Online

(Gambar) Norman Hakim seperti Mak Nyah


Selepas drama terbaru JS Pictures Sdn Bhd, Mabuk Estrogen didakwa menampilkan adegan `bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya, karya terbaru produksi milik Sheila Rusly, Donut dijangka bakal mengundang kontroversi apabila menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.

Drama itu yang bakal ditayangkan di Astro Ria, menampilkan pelakon yang sebelum ini cukup ‘panas’ dengan isu perceraiannya, Norman Hakim, menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Norman Hakim turut tampil berpakaian wanita dalam satu babak penggambarannya di Peninsular Residence di Jalan Damansara di sini, semalam, dan turut beraksi mesra dengan Fizz.

Bagaimanapun, Norman menafikan watak lelaki homoseksual dalam Donut sebahagian usahanya untuk menarik perhatian bagi memulihkan namanya dalam industri perfileman tempatan selepas diselubungi isu perceraian dengan Abby Abadi dan hubungannya dengan Memey.

Pelakon Eira Syazira Minta Penyebar Fitnah Buat Amal

2013 07 13 060957 Pelakon Eira Syazira Minta Penyebar Fitnah Buat Amal
Pelakon Eira Syazira Minta Penyebar Fitnah Buat Amal-NAMA Eira Syazira tidak asing lagi dalam persada seni tanah air apabila dia sering muncul di kaca televisyen dengan watak air mata.

Pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini muncul kembali setelah menyepi seketika selepas melahirkan puteri sulungnya, Amarra Sofea Rose, beberapa bulan lalu, hasil perkongsian hidup dengan pelakon Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin.
Bagaimanapun, dia yang kini aktif berlakon semula termasuk membintangi drama rantaian yang sedang hangat ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3 iaitu Ramadan Yang Hilang tiba-tiba dilanda kontroversi.
Eira didakwa sudah tidak seperti dahulu. Dia dituduh tidak berdisiplin, datang lambat ke lokasi penggambaran dan dilabelkan sebagai artis yang tidak pernah menghormati masa orang lain.
Sikapnya yang kurang sensitif itu hanya menyusahkan orang sekeliling sehingga ada yang angkat bendera putih gara-gara serik untuk bekerjasama dengan Eira.
Kosmo! menghubungi Eira untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai spekulasi tersebut.
Kosmo!: Apakah reaksi anda apabila ada spekulasi yang mengatakan anda seorang artis yang tidak berdisiplin?
EIRA SYAZIRA: Sebenarnya saya tergelak apabila membaca berita yang dikeluarkan oleh pihak akhbar tersebut. Timbul pertanyaan, mengapakah ada sesetengah pihak yang melulu menuduh saya sebegitu tanpa bertanyakan saya dahulu. Saya dapat katakan, semua itu adalah fitnah yang hendak menjatuhkan saya semata-mata. Perkara itu tidak pernah terjadi.
Apakah impak terhadap karier anda selepas gosip tersebut tersebar?
Alhamdulillah, sekarang saya mendapat banyak tawaran berlakon. Mungkin ini merupakan rezeki anak saya. Saya tidak kisah apa orang ingin kata tentang saya, atau mungkin si pengadu tersebut ada mempunyai niat dan agenda tersendiri. Dalam dunia seni, saya sedar bahawa kita selalu tidak terlepas daripada fitnah orang. Ada yang suka dan tidak suka kita.
hi 02.2 Pelakon Eira Syazira Minta Penyebar Fitnah Buat Amal
 
BAHAGIA. Eira dan suaminya, Azad, bergilir-gilir menjaga anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose.



Mungkin anda ada nasihat untuk pengadu yang sengaja mereka cerita itu?
Saya harap dalam bulan Ramadan yang mulia ini, berhentilah daripada membuat cerita yang tidak elok tentang orang lain dan banyak-banyak membuat amal ibadah sahaja. Tidak ada hasil jika hanya membuat fitnah.
Menyentuh mengenai kerjaya pula, apakah perkembangan terkini anda selepas melahirkan anak?
Selepas berehat kerana melahirkan anak, sekarang saya kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berpantang selama dua bulan. Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan masih banyak seperti sebelum ini. Malah, sekarang saya sedang melakukan tiga penggambaran yang akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini.
Siapakah akan jaga anak apabila anda keluar bekerja?
Jika saya ada penggambaran, suami saya akan jaga anak, jika kami berdua bekerja pada waktu yang sama, mak mertua saya akan membantu menjaga anak kami.
Adakah anda bakal terlibat dengan sebarang naskhah sempena Aidilfitri ini?
Ya, alhamdulillah, saya akan muncul dalam dua drama yang ditayangkan seminggu sebelum raya, antaranya Madu-Madu Raya di Astro Ria dan sebuah cerekarama untuk tayangan di TV3 berjudul Demi.
Adakah anda tidak bosan apabila hanya memegang watak berunsur sedih?
Sebenarnya sejak dari dulu, saya sering menerima watak sedih, mungkin watak sebegitu sesuai dengan saya berbanding watak lain. Namun, tidak mustahil jika satu hari nanti saya akan turut memegang watak antagonis.
http://www.kosmo.com.my

Aaron Aziz sedang bergambar