Bila Semua Pelakon Kanak-Kanak Harry Porter Telah Dewasa

on Sunday, July 14, 2013

Assalamualaikum w.b.t




Saya pernah terjebak dengan cerita Harry Porter waktu kecik-kecik dulu. Sekarang dah tak berapa minat dengan cerita kanak-kanak penuh khayalan tu. Buat malu kat anak buah je kalau saya tengok jugak =.='

Tapi.... saya rasa saya lupa yang pelakon yang membawa watak-watak dalam Harry Porter jugak dah dewasa.



Mungkin kalau diorang di gandingkan lagi untuk berlakon dalam Harry Porter versi dewasa, saya akan fikirkan semula nak tengok ke tak.... *hehe*

#padahal paling suka tengok cerita bebudak kecik yang cute

Kisah Nabi Musa dan Penzina

wanita berzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.


Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 

(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.-  i luvislam
 

Siasat pasangan blogger melampau


SEREMBAN - MCA negeri membuat laporan polis, semalam berikutan tindakan pasangan blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasa-ngan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.

“Bagi kita, ini bukanlah satu perkara lucu yang boleh dibuat main-main. Mereka tidak sepatutnya menghina umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa.

“Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, termasuk di kalangan kaum Cina sendiri. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir akan menjejaskan perpaduan antara kaum dan menimbulkan masalah lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam.

Kata Chai Thiam, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan terbabit supaya menjadi contoh, sekaligus amaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Terdahulu, pasangan blogger berkenaan yang turut mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaparkan aksi seks mereka dalam laman blog, telah mengepos satu foto memaparkan mereka sedang menikmati juadah tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam.

Turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan.

Sinar Harian

Besi tertusuk dalam kepala

Besi tertusuk dalam kepala 

Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan.

Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.

Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas. “Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.
Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.

Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.

Doktor menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong. Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya. - Agensi -Sumber

Maut dihempap tiang gol

Maut dihempap tiang gol

Klang: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bertukar tragedi apabila dia maut dihempap tiang gol besi sekolahnya, petang kelmarin.

Sekadar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, di sini, disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan bergayut pada tiang gol berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa ketika bergayut bersama rakannya, tiang gol besi itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang tersepit di bawahnya.

"Kejadian itu menyebabkan rakannya segera memaklumkan kepada guru bertugas sebelum mangsa dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di bahagian kanan kepala dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya, semalam.Sumber

Malam Pertama Yang Mengaibkani


Makcik malu Nok..... Malu!.   Waaaaaa!!!   Mana Makcik nak letak muka Makcik ni....  sob sob sob.

*eh "Nok" tu apa?.   Makcik pun tak tau, selalu terbaca kat forum2,  mungkin shorform untuk perkataan "anak" kot?.  

Bagi korang, mungkin malam semalam adalah malam keempat, tapi idok pula bagiku sebab semalam tu lah buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke surau untuk berterawih.   Tapi bukan bermakna 3 hari tu aku tak posa... Eh aku posa!!.   Alhamdulillah belum cuti lagi buat setakat ni.. 


Jadi apa pula yg aku menjerit "Malu2"... tu??.  Buat terkejut orang je tau!  Itu nantilah aku cerita kat perenggan terakhir, aku tgh nak  mendescribekan akan keindahan malam ramadhan kat kawasan perumahan aku ni.    Memang sangat feel tau!.  Damaiiii je.. disulami hujan rintik2.

Qistina mulanya enggan pegi, Ain pula berkobar2, Shashal pula sgt teruja sebab selalunya hanya pegi berdua dgn abah dia, kali ni berlima, sukalah dia... tapi sebaik aku bagitau Qistina pegi takyah pakai baju lawo2, sekadar bertelekung je, takyah bawak beg tangan bagai....dia terus exited.  

Pling!!.   Sebelum aku mengenakan telekung, teringat aku akan artikel yg kwn aku post tentang "wanita ke mesjid dan punca2 wanita tak berapa digalakkan" (lebih kurang camtu kot ayat dia.. karang aku skodeng balik FB kawan aku tu ye.  Kang salah, aku pulak yg menanggung dosa.. sambil2 tu korang pegi la tanya Ustaz untuk memperdalamkan lagi ilmu. 


Update :  Ok aku dah jumpa, korang klik sini ye utk info tentangnya.  Itu pun kalau2 beliau publickan.

Antara punca2nya masalah tabaruj (berhias berlebihan) yg menjadi punca fitnah.     

Ok k.... aku akan cuba patuhi syarat2 itu.  Takde hal punya.   Lepas ambik wudhu aku terus sarung je telekung!.   Berehhh....  takdenya nak tepek compact atau sebagainya.  

Tengok....... mana ada aku bersolek?.   Yes... bereh.  


Namun.... ramalanku tersasar belaka.  Huaaaa..... sob sob sob.... ngis ngis ngis..... again!.  Makcik malu Nok...... mana Makcik nak letak muka Makcik ni??.

Usai solat dan makan sedikit hidangan kat situ, kami  pun masuk la dlm keta...   Masuk je dlm keta, IRP tetiba bersuara.   

Rupa2nya  ada jemaah lelaki kat situ dah menengur cara Makcik berpakaian.  Diorang kata...seluar Makcik tu tak sesuai dibawak ke mesjid (sila fokus pada gambar seluar tersebut ye).    Entah la ye... Makcik rasa takde la fit sgt pun seluar makcik tu... cuma mungkin agak striking kot warna dia sbb si Ain pun pakai gak seluar, mungkin sebab kaler dia itam.. idok le pulak menjadi isu..  Makcik malu Nok... mcm la Makcik tak bersekolah agama pulak... huaaaaa.... Tapi takpe la.... makcik terima je la teguran tu dgn berlapang dada.   Lain kali nak dtg masjid, pakai la jubah ye Makcik... kain batik ke tentu bebas dari segala fitnah.

Begitulah kisah malam pertama Makcik berterawih.  Moga menjadi pengajaran buat semua. Sekian.

Kubur kumpulan pontianak di temui!

Kubur kumpulan pontianak di temui!

Salah satu kubur dipercayai pontianak yang ditemui kumpulan saintis.

WARSAW - POLAND. Sekumpulan pakar arkeologi Poland, mendakwa menjumpai kubur besar dipercayai dimiliki kumpulan pontianak.

Lapor The Telegraph, kubur berkenaan ditemui sewaktu operasi membina jalan berhampiran bandar Gliwice beberapa hari lalu.

"Pada mulanya, kumpulan saintis menyangka ia adalah kubur askar yang terkorban ketika Perang Dunia II, namun mereka menjumpai rangka dan kepala terputus di bahagian kaki si mati," kata ahli forensik antropologi, Matteo Borrini dipetik dari Reuters.

Saintis menyimpulkan, rangka-rangka itu adalah hasil upacara pembunuhan yang direka bagi memastikan individu itu tidak hidup semula.

"Mengikut kepercayaan purba, mayat tidak akan kembali hidup jika dipisahkan kepala dari badannya," kata Matteo. SH